Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MENGGAPAI ATAP SUMATERA, GUNUNG KERINCI!
Oleh : Nadzirahata
Gunung Kerinci merupakan puncak tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl) dan merupakan puncak volkano tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci ataupun digelar ‘Puncak Indrapura’ merupakan puncak tertinggi setelah Gunung Cartenz Jaya Wijaya yang terletak di Papua. Para pendaki khususnya pencinta gunung sudah pasti akan memasukkan Gunung Kerinci ke dalam salah satu list gunung impian yang akan didaki.
Gunung Kerinci yang dikenali juga sebagai ‘Atap Sumatera’ merupakan gunung yang fenomena di Indonesia dan termasuk dalam salah satu ‘seven summit Indonesia’. Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatera. Di pintu masuk pendakian terdapat Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.
Terdapat dua jalur pendakian untuk sampai ke puncak Kerinci, iaitu melalui Kersik Tuo atau Solok. Jalur Kersik Tuo merupakan jalur yang paling digemari dan banyak dilalui oleh para pendaki, manakala jalur Solok memiliki jalur pendakian yang agak ekstrim dan susah untuk didaki. Meskipun begitu jalur Kersik Tuo juga tidak boleh dipandang sebelah mata.
14 Ogos 2017, Isnin
Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia. Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Waktu di Kota Padang adalah lewat sejam dari Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatera Barat di Pulau Sumatra, Indonesia. Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau.
Line up trip kali ini terdiri dari pendaki-pendaki hebat yang menjadi idolaku dalam arena pergunungan iaitu Hafizzuddin (Fizue) selaku ketua rombongan, Zek, Wak, Fizin, Zura, Aimi, Fatin, Roza, Farah dan aku. Sebut sahaja mana-mana gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ni, semua mereka dah tapau habis! Padu-padu belaka! Walaupun aku yang baru pertama kali bersua muka, tetapi jelas tergambar kemesraan mereka.
Untuk ke kaki gunung Kerinci, kami perlu menempuh perjalanan yang panjang dan penuh berliku dari Airport Bandara Minang yang terletak di Kota Padang ke Desa Kersik Tuo, Kayu Aro di daerah Jambi. Perjalanan mengambil masa selama 11 jam disebabkan terdapat beberapa masalah berkaitan mobil dan supir. Kami anggap sahaja ia sebagai cabaran yang harus ditempuh dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk menggapai Atap Sumatera!
15 Ogos 2017, Selasa
Pendakian ke puncak gunung Kerinci memakan masa selama dua hari 1 malam mulai dari Pos Kersik Tuo. Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay, sepanjang jalan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh yang seluas mata memandang! Orang Jambi boleh berbangga! Kerana mereka mempunyai ladang Teh Kayu Aro, yang disebut tertua di Indonesia dan tertinggi kedua di dunia iaitu berada di ketinggian 1,600 mdpl setelah ladang teh Darjeling di Himalaya India yang berada di ketinggian 4,000 mdpl!
Ladang Teh Kayu Aro tetap hijau sepanjang tahun, berbeza dengan di Himalaya sana yang sering tertutup salji. Ladang seluas 3,020 hektar ni juga merupakan perkebunan teh dalam satu hamparan terluas di dunia! Hampir seluruh hamparan di lereng gunung ni ditumbuhi teh beraroma segar.
Hamparan teh dengan Gunung Kerinci yang menjulang biru di belakangnya sungguh menyejukan mata ditambah dengan udara dingin di pagi hari. Sebahagian desa Kayu Aro juga menjadi hamparan ladang sayuran yang subur. Di sisi kiri-kanan jalan terlihat hamparan ladang sayuran para petani.
Kami memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi. Sepanjang jalur pendakian, terdapat 6 perhentian yang terdiri dari 3 pos pendakian dan 3 shelter pendakian. Jalur pendakian Gunung Kerinci memang tidak mudah. Trek pendakian Gunung Kerinci sendiri disebut sebagai jalur air. Pada awalnya kami akan melalui pintu rimba, iaitu pintu masuk menuju ke trek pendakian Gunung Kerinci.
Nak mendapatkan sesuatu yang indah itu memang tidak mudah. Trek perjalanannya becak dengan lumpur, basah dan licin. Ayuhlah membajak sawah di tengah hutan! Yang pakai kasut baru dan masih bau kedai, harap bertenang lah layan trek macam ni! Hahaa
Trek dari pos satu ke pos dua masih ok lagi, di mana jalur berupa jalan yang agak landai dan sedikit pacak yang didominasi akar-akar pohon yang besar. Bagi mengekalkan momentum, kami berhenti berehat sekejap je di sini. Tak boleh berhenti terlalu lama disepanjang pos 1, 2 dan pos 3 kerana ia merupakan jalan yang masih dilalui harimau sumatera.
Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dengan jalan menegak dan didominasi akar pepohon dengan tanah padat yang licin. Ternyata jarak antara Pos 2 ke Pos 3 itu agak lumayan jauh dan medannya sudah banyak memacak. Pos 3 berada pada ketinggian 2,225 mdpl.
Kemudian, jalan yang terus menegak mulai memerah keringatku! Geng-geng pendaki handal dan padu berdesup iaitu Zek, Roza, Fatin, Kak Aimi, Fizin & Zura sudah jauh mendahului aku. Tinggallah kami geng-geng dibelakang yang masih lagi setia disisi Fizue, Farah dan Wak.
Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Suasana di dalam hutan Kerinci lebih kurang seperti hutan di Malaysia. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Suasana semakin dingin, kabus tebal, tanjakan padu dan licin telah kami lalui. Untuk sampi ke Shelter 1 jaraknya agak jauh. Tidak seperti jarak antara ketiga-tiga Pos yang kami lalui sebelumnya.
Dalam pendakian ni, kami mengupah guide dan porter untuk membawa barang seperti khemah, beg tidur, bekalan makanan dan pakaian. Guide kami ada 2 orang. Kami wanita hanya memikul beg galas kecil bersaiz 20 hingga 30 liter sahaja. Beg kecil tu diisi dengan lampu suluh, baju hujan, makanan tenaga seperti coklat, gula-gula dan air minuman. Tu pun dah pewai terok juga! hahaa… Lelaki semua katang belaka & gagah perkasa bawa beg sendiri jer!
Oh ya, sepanjang pendakian ni, hanya kami satu-satunya team dari Malaysia. Jarang juga kami nampak pendaki dari negara lain. Mungkin Gunung Kerinci tidak begitu popular berbanding Gunung Rinjani ataupun Semeru! Bila pendaki Indonesia tegur kami sepanjang trek, semua rasa teruja sebabnya bila sebut je nama Malaysia, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran rakyat tempatan ni adalah Upin Ipin! Betul betul betul! Lepas tu habis la segala watak mereka sebut, Kak Ros, Opah, Abang Roi, ayam goreng dan lain-lain. Ishhh aku sendiri pun tak tengok Kartun Upin Ipin tu! Memang satu fenomena betul kat sini! Hahaaa..Terbaekkk weyhh!
Shelter 1 merupakan tempat yang aman untuk mendirikan khemah dengan ketinggian 2,505 mdpl. Shelter 1 merupakan tempat terbuka yang mampu menampung sebanyak 15 buah khemah dengan pemandangan lereng Gunung Kerinci yang menjulang gagah.
Perjalanan menuju ke Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, iaitu sekitar 2-3 jam. Jadi kami fuel up energy masa di shelter 1 kerana perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kami buka pek makanan yang kami bawa dan makan di sini. Carbo loading katanya! Lepas ni nak pakai lebih banyak tenaga, jadi memang perlu makan yang cukup.
Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1.30 pm. Hujan mula turun dengan lebat mengiringi pendakian. Kami semua dah standby pakai baju hujan siap-siap! Jalur pendakian menuju Shelter 2 semakin menaik, licin dan curam. Pendek kata, memang tak kasi chance lansung. Tak de diskaun dah!
Masa ni aku dah pewai teruk juga. Jadi aku percepatkan langkah dengan harapan nak sampai ke campsite cepat! Yang lain pun bergerak dengan pace masing-masing. Harus diingatkan jika berjalan di dalam hutan, jangan jalan berseorangan. Jadi aku tinggalkan Farah dengan Wak! Ini adalah gunung pertama yang didaki oleh Farah. Aku yakin Wak mampu menjaga Farah dengan baik! Jadi aku jalan berdua je la dengan Fizue! Thanks abang gogo sebab teman dan mampu bersabar dengan aku!
Akhirnya aku dan Fizue sampai di shelter 2 agak awal dalam pukul 4.00pm. Area campsite di Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah. Tapi yang bagusnya di sini masih ada pokok-pokok yang agak tinggi dimana ada kelebihan mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang.
Dalam pukul 5.00 petang khemah kami siap dipasang. Boleh la beristirehat seketika. Malam tu dinner kami makan maggi sup! Lepas dah makan malam, kami pun dapat berehat dengan tenang. Dalam pukul 8.00 malam dah siap-siap nak tidur sebab pukul 2.00 pagi dah nak bersiap gerak ke puncak!
Tapi malam tu aku tak dapat tidur pun sebabnya tapak khemah kami tak rata dan senget! Memang asyik melurut je sampai ke hujung bucu khemah! Licin. hahaa.. Nak tido pon kene hiking lagi dalam khemah! Jadi suster ngesot pula! Adehhh… Lagipun suhu udara malam tu sangat sejuk sampai ke tulang rusuk! Dah pakai jaket tebal dengan sarung tangan dan berselubung dalam sleeping bag pun masih menggigil! Bertabah je la.
16 Ogos 2017, Rabu
Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi. Berbekalkan cahaya lampu suluh, kami meredah kepekatan hening pagi dengan suhu yang begitu sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka. Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa lima hingga enam jam.
Dari shelter 2 menuju ke shelter 3 kami berjalan menegak melewati jalan yang berupa terowongan panjang yang curam. Sesekali tangan menyentuh dinding terowong terasa seperti menyentuh ais. Ya, amat dingin. Hanya cahaya head lamp lah yang menjadi penerang kami menerobos di terowongan panjang, curam dan lembab itu. Bagi aku trek menuju ke shelter 3 ni yang paling susah dan mencabar yang pernah aku daki! Benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal!
Sesekali perasaan gayat dan putus asa menerpa disebabkan perlu memanjat tebing yang tinggi dengan akar-akar kayu. Pacak dia memang padu, sehingga lutut bertemu dagu! Ada ketikanya, laluan yang ditempuh terlalu sempit sehingga memaksa kami naik ke tebing curam dan berpaut pada pokok. Nasib baik Fizue gigih guide aku mana nak pijak, mana nak pegang! Kalau tak memang kelaut aku! hahaa..
Dah sampai di shelter 3 memang rasa lega! Lepas dah satu hazab! Kami berhenti seketika untuk solat subuh. Aku berdoa minta perlindungan pada Allah dan supaya kami semua berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat!
Summit Attack Atap Sumatera
Sewaktu melihat ke arah puncak, tampak cahaya berbaris bagai ular meliuk-liuk. Itu adalah pendaki-pendaki lain yang sedang berjalan perlahan menuju puncak. Kami semua awalnya berjalan beriringan namun lambat laun mulai berpecah mengikut kelajuan masing-masing. Namun kami sudah sepakat untuk saling menunggu di puncak.
Pendakian ke puncak ini, kami berjalan di lereng berbatuan yang loose dan pasir kasar. Jika tersalah langkah boleh tergolek dan agak berbahaya. Di tambah bila angin berhembus kencang, abu dan pasir berterbangan sehingga kadang masuk ke mata dan menganggu pernafasan. Trek pendakian ke puncak Indrapura tidak boleh dipandang enteng. Yang diperlukan sekarang adalah kekuatan mental, semangat dan keinginan yang kuat untuk mengharungi rintangan yang ada. Oleh itu, kami terus memerah kudrat yang berbaki untuk sampai ke puncak.
Langit cerah pertanda sang fajar telah tiba. Di bawahnya samar terlihat lapisan gunung dengan bulatan putih. Itulah Danau Gunung Tujuh. Subhanallah!… pemandangan yang sangat indah. Tampak jelas garis horizon dari ketinggian ini. Sungguh sempurna lukisan alam di hadapanku ini. Disini aku tidak berhenti lama kerana aku bersendirian sementara teman-teman lainnya sudah di depan dan ada juga yang dibelakang. Walaupun tak dapat menikmati sunrise di puncak, tapi aku dapat layan sunrise sorang-sorang di sini. Sunrise yang sangat indah di waktu fajar di lereng gunung.
Untuk sampai ke puncak, kami harus berjalan di celah tanah atau ‘longkang’ agar terhindar dari terpaan angin kencang. Muat-muat boleh dilalui seorang pendaki sahaja. Di kiri dan kanan ‘longkang’ adalah tebing yang tinggi.
Tugu Yudha
Setelah beberapa jam mendaki tibalah kami di Tugu Yudha, iaitu berupa dataran padang pasir yang luas terletak di bawah puncak gunung kerinci. Tugu Yudha ini sangat terkenal dengan ceritanya. Ada pendaki bernama Yudha yang mendaki gunung kerinci bersama adiknya.
Mereka berkhemah di shelter 3 sebelum ke puncak. Ketika mahu ke puncak, tiba-tiba kabus tebal menyelimuti pemandangan yang membuat jalur trek tidak kelihatan. Pendaki lain mengingatkannya agar menunda pejalanan ke puncak, namun dia tetap degil dan nekad mengharungi kabus tebal tersebut. Kemudian dia terjatuh dan hilang bahkan jasadnya tak ditemukan sampai sekarang.
Untuk mengenang beliau maka tepat di bawah puncak utama kerinci didirikan sebuah tugu yang di beri nama Tugu Yudha. Setiap pendaki pasti akan melalui tugu ini bila hendak ke puncak kerinci.
Lepas dari tugu Yudha kami harus mendaki trek berbatu curam dan menegak untuk sampai di puncak. Impian untuk menggapai atap Sumatera semakin hampir! Dekat di mata namun jauh di kaki! Oh puncak Kerinci kami datang! Disini bukan hanya kaki yang bekerja, bahkan tangan juga. Ia agar setiap langkah tidak melurut dengan batuan longgar dan tidak stabil, jadi tangan harus mencengkam batu dengan kuat.
Berjalan perlahan namun pasti, aku keseorangan meniti ke puncak! Walaupun penat, sekarang bukan masanya untuk aku berputus asa! Namun tekad sudahku tetapkan, harus terus mendorong batas kemampuan untuk sampai ke puncak Indrapura. Satu hal yang membuatku bersemangat waktu itu adalah, akan berdiri di Puncak Tertinggi Sumatera, Gunung berapi tertinggi di Indonesia!
Kemudian, ada seorang pendaki yang baru turun dari atas mengatakan puncak sudah berada di depan mata. Perkataan itu membuatkan semangatku bangkit kembali. Segera aku mempercepatkan langkah dan tepat pukul 8.00 pagi, tibalah aku di puncak Gunung Kerinci! Yeayhhh….
Atap Sumatera!
Sangat bersyukur akhirnya kami semua berjaya sampai di Atap Sumatera di ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl)! Alhamdulillah! Terasa diri ini begitu kerdil berdiri di lereng kawah di Puncak Gunung Berapi tertinggi di Indonesia! Kawah aktif dengan luas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter sedang mengepulkan gas belerang pekat. Rasa amat gerun dan teruja! Perasaan yang sukar untuk digambarkan bila dah berada di atas ni! The best feeling ever!
Ni adalah gunung berapi ketiga yang berjaya aku jejaki selepas Rinjani dan Bromo. Kawah dia lebih kurang macam Bromo, tapi ni lebih besar, dengan jurang yang sangat dalam dan ngeri!
Langit berwarna biru cerah waktu itu. Gumpalan awan berlapis-lapis di bawah kami. Terasa luar biasa kami dapat berdiri di ketinggian 3,805 meter. Sepertinya tepat dinamakan ‘Negeri di Atas Awan’ kerana posisi kami berdiri saat ini lebih tinggi dari gumpalan awan. Di puncak Kerinci ni, kami boleh melihat pemandangan indah Kota Padang, Jambi, Gunung Tujuh, lautan hindi dan trek berbatu yang kami lalui tadi! Sungguh asyik dan lumayan pemandangannya!
Rasa sungguh terharu bila berada di puncak Gunung Kerinci dengan segala perjuangan melewati trek esktremnya. Mendaki Gunung Kerinci akan menjadi momen hidup yang tidak akan kami lupakan. Suatu kebanggaan atas keberhasilan dari perjuangan yang panjang. Jalur gemilang kami keluarkan dan berkibar megah di Puncak Indrapura!
Terima kasih sahabat yang menjadi teman sepanjang mengharungi suka duka perjalanan ini. Gelak tawa dan ramah mesra membuatkan ku terasa bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Moga ketemu lagi di lain masa. Akhir kata, jangan mati dulu sebelum sampai ke puncak Gunung Kerinci!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ladies Trip Jejak Negara Balkan Selama 16H15M, Bajet Seorang RM5.2K. Gadis Ini Kongsi Itinerari!
Negara-negara Balkan memang terkenal dengan kawasan yang kaya dengan sejarah dan bentuk muka bumi yang cukup mengagumkan. Justeru kesempatan melawat ke negara-negara yang ada dalam kawasan Balkan tidak disia-siakan oleh Norshaheera Kamis dan temannya.
Menjejaki negara-negara Balkan dalam masa 16 hari 15 malam, wanita ini berkongsi itinerari dan juga beberapa maklumat tentang pengembaraan mereka. banyak juga tip yang dikongsikan untuk rujukan pembaca lain yang ingin berkelana seperti mereka.
Lebih menarik, bajet yang digunakan sepanjang dua minggu lebih memang cukup jimat dan berpatutan. Namun menurut Norshaheera, ada beberapa negara mereka hanya touch and stay selama semalaman kerana masa yang tidak mengizinkan.
Travel light hanya dengan membawa beg pack 10kg, dua wanita ini sempat melakukan banyak aktiviti menarik termasuk bermain ski di Bursa.
Ikuti perkongsian gadis ini:
Ladies Trip Jejak Negara Balkan
Balkan 16h15m ()
Total hangus dalam RM 5.2k/person (all in)
Trip berdua guna public transport
Itinerary ringkas
17/2 : KUL-AUH-IST (RM 2414 return)
18/2 : IST airport ke Taksim (+)
Check in dreamer v&v (RM 82.50/room)
Jln2 sekitar Taksim
19/2: SAW-Sarajevo (RM 215.92)
Check in hotel (RM 90.00/room)
Ptg Jalan-jalan sekitar Old Town Sarajevo
20/2: Jalan-jalan sekitar Old Town Sarajevo
Jalan-jalan di Sarajevo
Check out
Sarajevo-Mostar (RM 35.00)
Check in Guest House Nana
(RM84/room)-recomendd sbb dkt dgn
stesen ketapi dan selesa
21/2: Mostar-Blagaj (2.10 KM)
Entrance fee Dervish House (€ 5.00)
*kalau tak masuk pun tak rugi
Blagaj-Mostar (2.10 KM)
Mostar-Split (RM 50.25)
(tido di stesen bas)
*terpaksa reroute msk ke Split sbb xder
trip direct ke Dubrovnik untuk tarikh ni
22/2: Split-Dubrovnik (RM 94.00)
* amik bas pukul 4.00 pg sampai
pukul 9.00 pagi dan sempat jalan-jalan Dubrovnik.
Dubrovnik-Kotor (RM 95.00)
check in hotel Studios Kono
(RM230 untuk 2 malam/room)
23/2: Jalan-jalan di Kotor (memang tak mengecewakan)
24/2: Kotor-Tirana (RM 138)
(ambil bas kul 8.00 pagi dan sampai tengahari)
Check in di Mosaic Home (RM 101/room)
Jalan-jalan di Tirana
25/2: Check out
Tirana-Skopje (RM102) (Tido dalam bus)
26/2 : Sampai Skopje dalam kul 3.00 pagi
Pagi jalan-jalan di Skopje
Skopje-Sofia (RM 132)
(bas ptg dan sampai dlm pkl 9.00 mlm)
check in (RM 90/room)
27/2: Jalan-jalan di Sofia
28/1: Sofia-Istanbul (RM 95)
Ambil bas pukul 12.01 pagi dan sampai dalam
pkl 9.00 pagi
Istanbul-Bursa (TL 190)
*agak mahal berbanding tiket feri &
perjalanan pun lama dekat 4jam
check in Kule Apartment (RM 70)
jalan-jalan sekitar Bursa
1/3 : Bursa Teleferik (TL 490) mahai tapi berbaloi
Sewa peralatan ski (TL 150)
Bursa-Istanbul (TL 110) (90 mnt)
* Ambil feri petang sebab nak main ski puas-puas
check in Golden Horn area spice bazar
(RM 140 untuk 2 malam/room)
Jalan-jalan dan survey harga di spice bazar
2/3 : Jalan-jalan area Sultanahmed, grand bazar
spice bazar. Time ni baru shopping betul-betul
3/3 : Pagi lepas breakfast check out & pi taksim
Taksim ke IST airport (TL 87)
IST-AUH-KUL
**pandangan saya, balkan secara backpacker agak mencabar. Toilet banyak tutup waktu malam. Kita pula, bila takdak time tu la nak guna
** hotel/room yang kami stay bukan yang berbintang-bintang ye. Sesuai la dengan harga dia yang murah.
** kami bawa alat untuk vacum baju dan winter coat supaya jimat ruang
**kalau dalam town, kebanyakkan tempat memang kami berjalan kaki saja. Musim sejuk ni jalan tak rasa letih sangat
**trip kami ni lebih kpd touch stay semalam & go…masa tak mengizinkan
**dari Malaysia kami hanya tukaq euro dan lira saja…currency lain kami tukaq kat negara tersebut dan tukaq bagi cukup-cukup saja. Sebelum keluaq dari negara tersebut kami akan shopping baki duit syilling siap-siap
**sentiasa check email sebab kadang-kadang trip bas yang kita beli batal…company akan email maklumkan. Kami terkena 2 kali trip cancel…satu tu last minit baru tau dan terpaksa beli tiket lain on the spot. Refund jangan risau, so far yang kami beberapa hari je dia akan refund balik kat kredit kad yang kita guna time bayar
**disebabkn umo yang makin meningkat, kami cuba kurangkn tido di stesen bus/overnight bus….hahaha
**cara kami, 6 bulan awal kami beli tiket flight untuk point masuk dan keluar dulu. Pastu baru plan dan muktamadkan route lain dan survey-survey hotel. 2 atau 3 bulan sebelum baru start beli tiket bas/ketapi. Lepas beli tiket baru book hotel tapi make sure hotel yang free cancellation. Kira lepas beli tiket bagai sempat lagi la nk menabung untuk perbelanjaan kat sana
Kredit: Norshaheera Kamis
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Lengkap Redah Solo Ke Negara ‘Mutiara Lautan Hindi’, Sri Lanka!
Perkongsian oleh: Romi Zunaidi
Solo Traveller to Sri Lanka
(Colombo – Kandy – Sigiriya – Ella – Nuwara Eliya – Mirissa – Colombo)
Sri Lanka is one of the “most beautiful countries in the world” & is ideal for people hoping to experience nature on an adventure holiday.
Full Itinerary
Catatan sepanjang di Sri Lanka ❤
1. Bagi saya kos penginapan dan makan/minum di Sri Lanka berpatutan dan murah. Penginapan di luar Colombo anda boleh dapat bilik untuk dua orang dibawah RM50 sahaja. Carilah guesthouse/homestay yang termasuk breakfast maka secara tidak langsung dah jimat kos breakfast.
2. Saya membuat secara online ETA visa sri lanka. Prosesnya amat mudah dan sekejap sahaja approve.
3. Tempat-tempat menarik di Sri Lanka jauh antara satu sama lain.Tempoh 7 hari sebenarnya tidak cukup buat anda yang ingin menjelajah ke seluruh Sri Lanka. Perjalanan saya yang paling jauh adalah dengan menaiki bas dari Nuwara Eliya ke Mirissa selama 7 jam manakala perjalanan saya menaiki train paling jauh dari Kandy to Ella selama 6 jam. Banyak tempat-tempat menarik di Sri Lanka yang tidak sempat saya terokai antaranya Adam Peak yang terletak tidak jauh dari pekan Dalhousie. Asalnya mahu ke sana namun mengubah plan di saat akhir di sana dengan ke Mirissa yang terletak di bahagian selatan Sri Lanka. Beza antara Adam Peak dan Little Adam Peak adalah ketinggian dan juga kedua-duanya terletak di lokasi yang berlainan.
4. Di Sri Lanka banyak anjing yang berkeliaran, bagi yang fobia boleh pergi by group untuk mana-mana aktiviti. Tapi boleh dikatakan pada mulanya saya agak cuak terutama ketika hiking Little Adam Peak dalam 4pagi dimana sepanjang perjalanan ke puncak lebih dari 10 ekor anjing yang saya temui malah ada antaranya yang turut serta hiking umpama ‘tour guide’ namun tidak apa yang terjadi malah walaupun ikut sekali namun tak bersentuhan atau digomolnya kita seolah-olah berdisplin pula anjing-anjing ni.
5. Pengangkutan awam di Sri Lanka sangat murah jika anda menaiki bas atau train. Naik bas sepanjang 7jam perjalanan hanya 573Rupee/RM13 dan naik train sepanjang 6jam perjalanan cuma 300 rupee/RM7 (Class2).Kesemua perjalanan saya menaiki train adalah dengan tiket class 2. Jadual train adalah tepat dan anda boleh merancang perjalanan anda dalam link yang saya beri di atas. Untuk info terkini mulai 1 Oct 2018 tambang train sudah dinaikkan jadi jika anda ke search di website harga 230 rupee , tetapi bila anda beli di kaunter harganya mungkin 300 rupee. Ada notis sudah dikeluarkan di train station tetapi pada ketika saya menulis hari ini, di website masih belum update harga yang terbaru.Mungkin mengambil masa.
6. View train dari Kandy to Ella sangat menarik. Boleh dikatakan di bahagian pintu gerabak penuh dengan pelancong yang turut tidak melepaskan peluang bergambar. Ada yang duduk di pintu berjam-jam. Class 2 dipenuhi dengan pelancong dari luar terutamanya dari Eropah. Mostly Sri Lanka menjadi tumpuan backpackers dari Eropah.
7. Nuwara Eliya adalah salah satu tanah tinggi dan sejuk di Sri Lanka. Sewaktu saya menginap di sana semalam, suhunya 13 darjah celcius.
8. Nine Arch Bridge boleh ditembusi melalui Ella Railway Station dengan berjalan kaki dari station dengan jarak lebih kurang 2km.
9. Sri Lanka menggunakan matawang Rupee. Saya menukar dari RM ke Rupee di salah satu money changer di area Masjid Jamek, KL
10. Bagi mereka yang berhasrat mencari souvenir yang cantik dari Sri Lanka. Boleh ke satu kedai souvenir di Colombo. Search ‘ LUV SL Odel ‘. Pelbagai pilihan souvenir yang ada di sini.
11. Penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Colombo mengambil masa selama 3jam lebih. Beza masa antara Sri Lanka dan Malaysia pula adalah Sri Lanka 2 jam 30 minit lewat dari Malaysia.
✔Day 1 ▪ KLIA2-Sri Lanka. Sampai di airport lebih kurang 10pm ▪ Beli Sim Card 5gb 800 Rupee/RM18 ▪ Bas dari Airport to Colombo Fort 300 Rupee ▪ Check in Star Anise Boutique Capsules, Colombo. 2260 Rupee/RM53 |
✔Day 2 ▪ Check out ▪ Train dari Colombo Fort to Kandy 250 rupee ▪ Bas dari Kandy to Dambulla 114 rupee. Sampai Dambulla tukar bas ke Sirigiya 50 rupee. ▪ Check in Danushi Homestay, Sirigiya. 1000 Rupee/RM25 ▪ Hiking Lion Rock Sirigiya (One of the eight unesco world heritage sights) |
✔Day 3 ▪ Check out ▪ Ambil direct bas dari Sirigiya to Kandy. 6.30pagi. 300 Rupee. ▪ Ambil train dari Kandy Railway Station to Ella Railway Station. 300 rupee ▪ Check in Forest Homestay, Ella. 1600 Rupee/RM37 |
✔Day 4 ▪ Hiking Little Adam Peak ▪ Nine Arch Bridge ▪ Check out ▪ Ambil tuk-tuk ke Ella Railway Station. 200 Rupee ▪ Ambil train dari Ella Railway Station to Nanu Oya Station (Nuwara Eliya). 150 rupee. ▪ Check in Yoho The Train View, Nanu Oya. 1750 Rupee/RM41 ▪ Ambil tuk tuk ke Lovers Leap Waterfalls, Tea Plantation & Gregory Lake. 1500 rupee |
✔Day 5 ▪ Check out ▪ Ambil tuk-tuk ke Nuwara Eliya Bus Station. 600 Rupee. ▪ Ambil bas dari Nuwara Eliya ke Matara Bus Station (7jam perjalanan). 573 Rupee. ▪ Dari Matara Bus Station ambil bas ke Mirissa Beach. 30 Rupee ▪ Check in Golden Rose Guesthouse, Mirissa. 1250 Rupee/RM29 ▪ Coconut Tree Hill, Mirissa |
✔Day 6 ▪ Mirissa Beach ▪ Check out ▪ Ambil tuk-tuk ke Matara Railway Station.700 Rupee. ▪ Ambil train dari Matara ke Colombo Fort. 300 Rupee. ▪ Check in Star Anise Boutique Capsules, Colombo. 2260 Rupee/RM53 ▪ Jalan-jalan sekitar Colombo City (Pettah Market, Red Mosque dll) |
✔Day 7 ▪ Jalan-jalan sekitar Colombo City (Galle Face Beach, Lighthouse dll) ▪ Check out ▪ Ambil highway bas 187 dari Colombo to Airport. 300 Rupee. ▪ SriLanka to KLIA2 ▪ Arrive KLIA2 – 6am on 18/11 |
▪Total Makan/Minum 3x sehari = 6025 Rupee/RM142
▪ Total Tuk-tuk = 3000 Rupee/RM70
▪ Total Tiket Bas = 1667 Rupee/RM39
▪ Total Tiket Train = 1000 Rupee/RM23 (https://eservices.railway.gov.lk)
▪ Total Penginapan = 10120 Rupee/RM239
▪ Tiket Flight Pergi Balik = RM520 (AirAsia)
▪ ETA Visa Sri Lanka = 35USD/RM146
(www.eta.gov.lk)
▪ Entrance fees Sirigiya Lion Rock = 30USD/RM125
▪ Sim Card = 5gb 800Rupee/RM18
Total semua kos perbelanjaan = RM1322
Okay itu sahaja serba sedikit perkongsian saya tentang Sri Lanka. Negara yang pada asalnya saya rasa biasa-biasa sahaja namun luar biasa apabila tiba di sana. Sungguh indah ❤
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI