Dubai Miracle Garden, Syurga Bunga Di Tengah Gurun

Share

Dubai sememangnya terkenal dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mengagumkan dunia. Antara yang menjadi kebanggaan mereka pastinya Burj Khalifah, bangunan tertinggi di dunia selain bergelar negara maju.

Bukan saja Burj Khalifah tapi Dubai juga terkenal dengan pulau buatan berbentuk pokok palma dan peta dunia. Apa yang membanggakan Dubai menonjolkan tiada apa yang mustahil di mata orang lain biarpun mereka berada di tengah-tengah gurun yang gersang.










Keajaiban Taman Bunga di Tengah Gurun

Untuk tarikan pelancongannya, Dubai terus memacu ke hadapan termasuk membuka Dubai Miracle Garden di tengah gurun yang gersang. Jika difikirkan tiada tanaman mampu hidup di tanah yang gersang tetapi Dubai berjaya menampilkan keindahan yang bukan calang-calang kerana taman bunga terbesar ini menerima pengiktirafan dari Guinness Book of World Record

sebagai Taman Bunga Terluas Dunia dengan keluasan 72,000 meter persegi selain terdapat 45 juta jenis bunga di atas gurun ini.

Ada berbagai spesis bunga di sini dan datangnya dari berbagai negara seperti Mesir sehinggalah ke Amerika. Terkini di Dubai Miracle Garden ini membuat pelbagai jenis patung kegemaran ramai seperti Mickey Mouse yang dihiasi bunga-bunga segar. Bukan itu saja, ada juga reka bentuk kapal terbang yang amat menarik sebagai daya tarikan pelancongan.














Untuk menyiram bunga-bunga ini agar segar sentiasa, sebanyak 757.000 liter air diperlukan setiap hari. Jangan lupa masukkan dalam list pelancongan ke sini kalau ke Dubai satu hari nanti...

Oleh
almaswa Haji Che Ros