Tidak dinafikan banyak tempat-tempat pelancongan menarik dalam negara yang boleh dilawati. Namun kala industri agak sepi kerana negara mengenakan sekatan perjalanan bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus menjangkiti banyak individu.
Sesuai dengan istilah lockdown, kita perlu bermimpi dahulu dan menyimpul impian kemudian dan inilah yang dilakukan oleh Tourism Perak yang mempromosikan #TravelPerakLah.
Negeri ini cukup kaya dengan sejarah, keunikan dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Malah penemuan Perak Man di Lenggong membuktikan sudah wujud manusia sejak 11,000 tahun lalu.
Perak Man adalah rangka manusia paling lengkap yang dijumpai di Asia Tenggara. Perak Man dijumpa pada 1991 di dalam Gua Gunung Rutuh Di Bukit Kepala Gajah, Lenggong Perak.
Ia dijumpai hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global oleh Universiti Sains Malaysia yang diketui oleh Profesor Emeritus, Datin Paduka Marina Majid dan pasukannya dengan Kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Perak Man tergolong dalam kelompok manusia Australo melanesoid. Perak Man juga menyumbang kepada sejarah perubatan dunia kerana menyumbang kerana merupakan satu-satunya rangka pra sejarah yang direkodkan dengan kecacatan sejak lahir.
Hasil penemuan rangka Perak Man juga telah berjaya merungkai banyak perkara berkaitan kebudayaan dan kehidupan manusia prasejarah pada zaman tersebut.
Namun tidak terhenti dengan Perak Man saja, Perak ada banyak lagi tempat menarik seperti Masjid Ubudiah.
Masjid Ubudiah ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki.
Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bukan itu saja, Perak ada Masjid Seribu Selawat. Ia sebuah masjid terapung yang terletak di Kampung Teluk Gedung, Pangkor. Setiap bahagian dinding di dalam dan luar masjid dipenuhi ukiran seni halus Islam dan kaligrafi 1,000 selawat. Ukiran seni kerawang dan bunga yang menghiasi masjid ini adalah yang terdapat di Perak seperti bunga tekat dan ia menjadi tarikan. Masjid ini berunsurkan kesenian beridentitikan Negeri Perak.
Yang suka meneroka alam semulajadi, jangan lupa ke Gua Kandu, Gopeng.
Tak pun korang boleh pergi ke lima lokasi ini.