Tak dinafikan selam skuba rekreasi adalah aktiviti yang best dan cukup menyeronokkan walaupun ia melibatkan pengetahuan, peralatan dan teknikal yang kompleks, displin diri dan sikap hormat-menghormati. Ya, selam skuba bukan aktiviti biasa-biasa. Anda perlu mempunyai rasa hormat kepada instructor dan dive master, krew bot, rakan-rakan selam skuba yang berada dalam grup anda dan paling penting, rasa hormat terhadap alam sekitar di kawasan selaman anda.
Etika ketika melaksanakan aktiviti selam skuba adalah satu perkara yang tidak boleh dianggap main-main. Ada peraturan yang wajib anda patuhi kerana aktiviti ini melibatkan keselamatan dan kesihatan. Bukan sahaja kepada diri anda, juga kepada orang lain yang berada di sekitar anda ketika itu.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyelam skuba, Libur ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi memberikan pengalaman terbaik dalam setiap selaman yang anda lakukan.
Tidak kira berapa harga yang dibayar kepada instructor atau dive master, anda sepatutnya sampai awal dan jangan lewat dari masa yang ditetapkan. Kebiasaannya, sewaktu latihan menyelam di kolam, instructor akan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Tidak beretika kalau membuat semua orang tertunggu-tunggu kehadiran anda. Contoh lain, sekiranya anda menyelam di Pulau Perhentian, anda bukannya sewa peralatan menyelam dan terus selam ke mana-mana sahaja anda suka. Anda akan berada dalam kumpulan dan seorang dive master telah dibahagikan kepada setiap kumpulan. Sekalipun servis instructor atau dive master dibayar, anda seharusnya bertimbang rasa kepada rakan-rakan diver yang lain. Mereka membayar harga sama seperti anda juga. Oleh itu, jangan lewat ya.
Jangan sepahkan, jangan letak merata-rata tempat dan jangan baling equipment diving itu sesuka hati. Jaga peralatan anda sebaiknya, dan tahu di mana kedudukan terakhir yang anda letakkan. Apabila berada di atas bot, jangan sepahkan peralatan anda kerana ruang di atas bot adalah terhad. Sekiranya mask, fin, regulator berada di sana sini, pemberat langsung tak jumpa, bagaimana anda mahu harapkan aktiviti diving yang menyeronokkan? Tambahan lagi, equipment yang bersepah-sepah dan tidak terurus boleh membahayakan orang lain. Organize equipment anda dan jadi contoh dan ikutan kepada diver lain. Periksa peralatan anda dua kali sebelum naik bot supaya tidak ada equipment yang tertinggal di pantai.
Pergaduhan dan perkelahian sangat tidak diperlukan sewaktu aktiviti diving. Keadaan atas bot tidak luas dan ada divers lain yang tak nak layan kerenah dan drama anda. Sekiranya ada benda-benda yang mengganggu pemikiran anda, tunggu sehingga aktiviti diving selesai.
Apabila anda menyelam, anda perlu berlatih untuk mengapungkan diri supaya tidak tersentuh atau tertendang permukaan dasar. Sekiranya anda berbuat demikian, ia akan menyebabkan permukaan air menjadi keruh dan mengurangkan kadar visibility kepada anda dan rakan-rakan diver yang lain. Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada berada di belakang diver yang berbuat demikian. Sekiranya anda ada masalah dengan pemberat yang dibawa, minta bantuan instructor untuk membantu dan membolehkan anda kekal terapung dan jauh daripada permukaan dasar.
Instructor atau dive master anda mungkin akan tunjukkan spot-spot menarik seperti terumbu karang atau ikan yang comel-comel. Ya, kadang-kadang kalau anda berada di belakang, anda akan terlepas peluang untuk menyaksikan benda-benda menarik. Sekalipun begitu, tidak bermaksud anda perlu tergopoh-gapah untuk segera ke depan dan berebut bersama diver lain untuk mendapatkan tempat yang terbaik. Sekiranya anda sudah berada di spot yang terbaik dan sudah menyaksikan keindahan alam dan bermain dengan ikan-ikan yang jinak, beri peluang kepada divers lain untuk mendapatkan pengalaman menyeronokkan yang sama seperti anda.
Ada banyak lagi dos and don’ts yang boleh disenaraikan tetapi Libur berikan setakat ini sahaja dahulu. Buat masa sekarang, anda hadamkan dahulu apa yang Libur berikan ni. Ada lagi do and don’ts, Libur akan masukkan dalam entri yang akan datang. Happy diving!