DIY Trip: Hijabis Ni Jelajah Turki 2500 Kilometer Naik Kereta Sewa!

Share

Dalam setiap bajet kewangan percutian kita mesti ada pecahan untuk kos pengangkutan kan? Kos pengangkutan adalah antara pecahan yang paling penting sekali sebab kalau salah perkiraan, ia akan mendatangkan kerugian kepada kita.

Ada beberapa kelebihan dan kekurangan dalam pemilihan pengangkutan untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat ketika bercuti. Ada yang suka naik kenderaan awam, ada yang suka naik kenderaan persendirian. Kalau naik kenderaan awam, kita tak perlu susah payah untuk pandu sendiri dan menjimatkan tenaga untuk aktiviti yang lain. Kalau menggunakan kenderaan persendirian, kita lebih bebas untuk ke mana-mana sahaja yang kita suka tanpa terikat dengan sesiapa pun waimah pemandu pelancong atau jadual perjalanan pengangkutan awam itu.

Entri Libur kali ini, kita nak fokuskan kepada bagaimana anda boleh mendapatkan dan menggunakan kenderaan persendirian sewaktu bercuti, lebih-lebih lagi sekiranya anda pergi bercuti ke Turki. Wah, Turki tu. Kalau naik kenderaan persendirian, dah tentu lebih banyak tempat kita boleh teroka, siang dan malam.

Jadi perkongsian tip ini adalah daripada Cik Awie yang menggunakan kereta sewa sewaktu road trip beliau ke Turki. Nak tahu apa perkara pertama yang anda perlukan terlebih dahulu? Ianya adalah, lesen memandu! Menutur Cik Awie, di Turki anda boleh menggunakan lesen memandu dari Malaysia selagi mana lesen memandu itu bertulisan roman dan mempunyai tempoh sah laku lebih dari setahun.

Okay, usai sahaja sewa kereta, perkara lain yang harus anda fikirkan adalah berkenaan kos minyak kereta pula. Selain minyak, kos perjalanan yang merangkumi bayaran tol juga perlu disertakan sekali dalam pengiraan kos percutian anda.

Cik Awie kata minyak petrol di sana adalah mahal, sekitar RM5 per liter. Amboi, lebih mahal daripada harga minyak petrol di negara kita. Syukur alhamdulillah minyak petrol di Malaysia masih murah.

Dengan sewa kereta ketika trip bercuti, Cik Awie berjaya menempuh jarak perjalanan sejauh 2500km dari Ankara – Cappadocia – Pamukkale – Selcuk – Bursa – Istanbul.

Sebenarnya, bergantung kepada setiap individu bagaimana hendak mempelbagaikan cara trip percutian mereka dan bagi Cik Awie, road trip sebagaimana yang beliau lakukan adalah lebih menyeronokkan berbanding trip yang biasa menaiki kenderaan awam kerana anda boleh menentukan masa sendiri dengan lebih bebas dan kelebihan lain menaiki kenderaan sendiri ini membolehkan anda berhenti di mana-mana sahaja yang anda suka.

Sekalipun kos untuk menyewa kenderaan sendiri ini menelan belanja yang lebih berbanding menaiki kenderaan awam, Cik Awie menjelaskan trip seumpana ini sesuai sekiranya anda pergi dalam kumpulan yang ramai kerana kos pengangkutan itu boleh dibahagikan sama rata sesama rakan-rakan anda.

So macam mana dengan anda? Ada terasa nak drive sendiri bila bercuti nanti tak?

M
ileage masa hantar kereta.
Mileage masa ambik kereta.
Tol yg kami lalu kat jambatan Osman Gazi. Memang betul-betul Toyol. Mahal namateyyy. Hukhuk. OToyol betullll.
Sorry tak clear. Yg ni 6.50lira. Kat Ankara. Ada 1 lagi Kitorang isi masa last day. 60lira ja. Yg tu harga 6.63lira. Paling mahalllll. Huhuu
6.50lira. Entahlah kat mana. ?
Harga minyak. Ni kira paling murah laa 6.38lira. Kat Istanbul. Hari first.
6.50lira. Kat Izmir, Selcuk
Tempat yang Kitorang sewa kereta. Sederet dengan kiosk Avis.
Oleh
Epul