Taman Tema terkenal Disneyland dan Disney City yang berkeluasan kira-kira 80.9 hektar dan terbesar di negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal dibina di daerah Jasin pada tahun 2027.
Dalam laporan yang dibuat oleh Melaka Hari Ini, pembangunan taman tema yang pertama di ASEAN itu bakal menelan kos kira-kira RM2 bilion untuk pembinaannya. Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, ia adalah taman tema pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun.
“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.
“Ianya akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.
“Disneyland dalam perancangan, kita sedang rencanakan kemungkinan insya-Allah berada di dalam daerah Jasin, kita tak boleh maklum dahulu lokasi yang sebenar, keluasannya sekitar 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar).
“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta, secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk Menghubungkan Lokasi Hotspot Pelancongan dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di Negeri Melaka di sebuah hotel di sini, semalam.
LIBUR: Lagi meriahlah Melaka bila Disneyland dah siap. Memang best kalau dapat masuk ke taman tema ni, seharian macam tak cukup tambah pula dapat tengok pertunjukan bunga api pada waktu malam. Harga tiket agak mahal tapi berbaloi. Boleh menabung dari sekaranglah…Memang best!
Sumber: Melaka Hari Ini
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI