
Nampaknya pelbagai cara yang ditunjukkan orang ramai dalam memberi tanda sokongan melanda negara Palestin yang menjadi mangsa keganasan Regim Zionis.
Malam tadi ikon kebanggaan negara kita, Menara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya berwarna Bendera Palestin iaitu hijau, merah, putíh dan hitam.
Dalam posting di Facebook, pihak Menara Kuala Lumpur memberitahu Ini adalah sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara seislam kita yang ada di sana.
Menara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya berwarna bendera #Palestine (hijau, merah, putih & hitam) tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara islam di sana.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka terus kuat untuk berjuang!
Ternyata tanda solidariti ini juga turut mendapat sokongan warganet lain. Mereka juga turut muat naik perkongsian balas dengan cara yang sama.
Walaupun kita jauh dak tidak mampu berbuat apa-apa, tetapi sokongan begini juga menunjukan semangat kita untuk sama-sama merasai dan memahami perjuangan rakyat di sana yang menyambut Syawal dalam keadaan berduka.
Artikel Berkaitan:
Usah Bersedih, Ini 6 Cara Raikan Syawal 2021 Dengan Lebih Bermakna
Jambatan Kaca Di China Rosak Teruk Dilanda Angin Kuat & Hujan Batu
7 Idea Raya Walaupun Berdepan PKP, Gamit Suasana Lebaran Di Negeri Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Best Reunion Ever: Lepaskan Tekanan Anda Bersama Keluarga Dan Rakan Di Sunway Lagoon Sempena CNY!

Lepaskan tekanan menghadap kesesakkan trafik dan ayuh sertai sambutan yang menyenangkan dan gembira bersama keluarga dan kawan-kawan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini di Sunway Lagoon!
Sesibuk mana pun anda, curi sedikit masa untuk keluarga
Reunion sering dikaitkan dengan Tahun Baru Cina, dan setiap kali kita berjalan menghadapi kehidupan yang sibuk, kita akan sedar bahawa perlunya satu peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.
Jadi, bagi mereka yang merancang untuk menyambut perayaan yang mengasyikkan dan unik, taman tema Sunway Lagoon menjanjikan kempem The Best Reunion Ever kepada anda bermula dari 1 hingga 19 Februari ini!
Tarian singa Hip Hop sambut kedatangan anda
Dari 5 hingga 8 Februari, anda akan disambut dengan persembahan tarian singa yang unik kerana menggabungkan konsep tradisional dan kontemporari Hip Hop oleh Persatuan Tarian Kun Seng Keng.
Kumpulan tarian singa yang banyak memenangi anugerah dari Kuala Lumpur telah berjaya meraih gelaran juara bertahan dan baru-baru ini memenangi gelaran juara dalam kejohanan terbaru mereka di Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas.
Pelbagai persembahan menanti anda di sana
Disamping itu, anda juga pasti akan teruja dengan pelbagai persembahan termasuk pameran Swashbuckling Pirates Show yang menghiburkan, Sunway Lagoon’s original production – The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun, serta Bring on the 60s Show untuk membawa pulang kenangan nostalgia anda saat dahulu kala.
Yee Sang percuma untuk anda dan rakan-rakan
Kepada anda yang merancang untuk menjadikan Sunway Lagoon sebagai tuan rumah bagi sesi reunion bersama keluarga dan rakan-rakan nanti, anda akan menerima set makan tradisi masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang secara percuma bernilai RM150 dengan pembelian Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada RM360.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di talian +603-5639 0000, lawat laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau berhubung denga Sunway Lagoon di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Ambil Tahu Jenis Soket Dinding Yang Ada Di Tempat Penginapan Di Seluruh Dunia

Buat masa sekarang ni, ada 15 jenis soket dinding yang digunakan di seluruh dunia dan kesemua soket dinding ini dikelaskan mengikut abjad oleh Department of Commerce International Trade Administration (ITA), Amerika Syarikat.
Bermula daripada abjad A hinggalah abjad O, setiap abjad ini tidak memberikan apa-apa makna yang signifikan pun, cuma digunakan untuk merujuk kepada setiap jenis soket dinding yang digunakan sahaja.
Okay, kenapa cerita pasal soket dinding pula?
Ha niat dan tujuan dia mudah sahaja. Libur nak kongsikan kepada pembaca sedikit info mengenai soket dinding yang ada di seluruh dunia.
Maklumlah, bukan semua negara mempunyai soket dinding yang sama seperti Malaysia. Jadi, manalah tahu ada rezeki para pembaca berpeluang bercuti ke luar negara, tak adalah tak tahu kan?
Okay jom kita mulakan senarai soket dinding kita bermula dengan jenis A.
Jenis A
?Popular digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jepun dan lain-lain
?Mempunyai 2 pin
?Tidak mempunyai ground
?15A
?Menggunakan voltage di antara 100 – 127 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis A
Jenis B
?Popular digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jepun dan lain-lain
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?15A
?Menggunakan voltage di antara 100 – 127 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis A dan B
Jenis C
?Popular digunakan di negara seperti Eropah, Amerika Selatan dan Asia
?Mempunyai 2 pin
?Tidak mempunyai ground
?2.5A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C
Jenis D
?Popular digunakan di India
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?5A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis D (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis C, E dan F)
Jenis E
?Popular digunakan di Perancis, Belgium, Poland, Slovakia dan Czechia
?Mempunyai 2 pin
?Mempunyai ground
?16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C, E dan F
Jenis F
?Popular digunakan di Europe dan Rusia kecuali UK dan Ireland
?Mempunyai 2 pin
?Mempunyai ground
?16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C, E dan F
Jenis G
?Popular digunakan di UK, Ireland, Malta, Malaysia dan Singapura
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?13A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis G
Jenis H
?Hanya digunakan di Palestin
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan H (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis E dan F)
Jenis I
?Popular digunakan di Australia, New Zealand, China dan Argentina
?Mempunyai 3 atau 2 pin
?3 pin mempunyai ground / 2 pin tidak mempunyai ground
?10A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis I
Jenis J
?Digunakan secara eksklusif hanya di Switzerland dan Liechtenstein
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?10A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai digunakan untuk plug jenis C dan J
Jenis K
?Digunakan secara eksklusif hanya di Denmark dan Greenland
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan K (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis E dan F)
Jenis L
?Digunakan secara eksklusif hanya di Italy dan Chile
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?10A & 16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?10A sesuai untuk plug jenis C dan L / 16A sesuai untuk plug jenis L sahaja
Jenis M
?Popular digunakan di Afrika Selatan
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?15A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis M
Jenis N
?Popular digunakan di Brazil dan Afrika Selatan
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?10A dan 20A
?Menggunakan voltage di antara 100-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan N
Jenis O
?Digunakan secara eksklusif hanya di Thailand
?Mempunyai 3 pin
?Mempunyai ground
?16A
?Menggunakan voltage di antara 220-240 V
?Soket ini sesuai untuk plug jenis C dan O (boleh digunakan tapi tidak selamat untuk soket jenis C, E dan F)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berbaloi Hangus RM10K Pusing Negara Scandinavian, Dapat Lihat Keindahan Aurora Borealis & Rasai Suhu Negatif 23°C

Buat masa pintu sempadan masih belum dibuka buat kaki travel melancong ke luar negara.
Justeru hanya throwback yang mampu dilakukan bagi mengenang kembali pengalaman manis travel ke negara orang.
Bagi Irina Centauri, tidak boleh melupakan pengalaman travel ke negara Scandinavian pada tahun 2018 lalu.
Menaiki beberapa perkhidmatan awam termasuk kapal terbang, keretapi, feri dan juga bas.
Dan percutian kali ini memfokuskan kepada kawasan pendalaman dan sedikit bandar.
Menurut Irina, dia juga berdepan dengan cuaca di Lapland mencecah – 23°C
Paling menakjubkan dalam pengembaraan kali ini dapat melihat aurora borealis serta bagamana menyesuaikan diri dengan hanya 45 minit cahaya matahari sehari di kawasan artic circle.
Walaupun hangus sekitar RM10K, tetapi dia berpuas hati dapat melihat keindahan beberapa destinasi menarik antaranya, Lofoten Island, Norway dan Skogafoss Waterfall dan Iceland yang disifatkan sangat cantik.
Ayuh, lihat gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook Backpackers Buddies Malaysia.

















Tip:
-RM10K termasuk untuk flight, trabsport, lodging, makan dan aktiviti.
-Flight tiket waktu musim sejuk lebih murah
-Hanya bawa makanan sendiri seperti maggie dan bubur.
-Barang groceries beli yang xpress sahaja. Ada juga beli salmon dan masak sendiri. Barang beli di sana cuma sedikit mahal.
-Banyak ambil makanan on the go saja
Artikel Berkaitan:
Iceland, ‘Tanah Api & Tanah Icebergh’ Membentuk Destinasi Memukau
Air Takungan Gunung Berapi Cantikkan Kulit Pengunjung Blue Lagoon, Iceland
Umpama Di Kayangan. Blue Lagoon Destinasi Wajib Kalau Jejak Kaki Di Iceland
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI