Disebalik Bangunan Pencakar Langit UAE Yang Gah, Ada Sisi Lain Yang Mereka Tidak Mahu Pelancong Lihat

Share

Siapa tiada mengenali nama United Arab Emirates (UAE), sebuah negara yang makin berkembang pesat dan moden dari hari ke hari. UAE adalah gabungan tujuh wilayah iaitu Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaywayh, Ras Al Khaimah dan Al- Fujayrah. Pada 1971 ketujuh-tujuh pemerintah wilayah di atas bersetuju untuk membentuk sebuah negara dipanggil UAE.

Abu Dhabi ialah ibu negara UAE dan kaya dengan penghasilan minyaknya. Juga merupakan bandar pentadbiran UAE. Dubai memiliki kekayaan warisan, dengan sejarah yang berawal dari masa prasejarah. Perubahan terbesar dalam sejarah Dubai berawal dari penemuan minyak lima puluh tahun lalu.

Tetapi hari ini, sebahagian besar pendapatan wilayah itu sekarang bukan lagi daripada hasil minyak tetapi datangnya daripada industri pelancongan.

Pelbagai tarikan dilakukan agar UAE dilihat sebagai sebuah negara yang gah dengan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang unik. Bahkan ada yang dikategorikan sebagai tertinggi di dunia. Menara atau bangunan tersebut kemudian menjadi tarikan kepada pelancong. Antaranya, Al Burj Khalifa, bangunan Dubai Frame, Kompleks Atlantis, Burj Al Arab dan Marina Bay Dubai.

Populasi penduduk UAE pula adalah kira-kira 9.3 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 20 peratus rakyat UAE manakala 80 peratus lagi adalah rakyat negara luar sama ada bekerja atau berniaga di negara tersebut.

Demi memastikan kemodenan UAE membangun dengan pesat, ramai pendatang asing di bawa masuk untuk memajukan negara ini. Namun yang menjadi perbualan ramai adalah kehidupan yang menyedihkan pendatang-pendatang ini disebalik negara yang gah. Ada juga pendatang yang datang ke sini untuk berkerja tidak dibayar gaji, selain kebersihan dan kebajikan tidak dijaga dengan baik oleh majikan.

Ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh portal Dailymail untuk tatapan umum.

Sumber: Dailymail

Oleh
Husna