Disebabkan Pengujung Tidak Patuhi SOP Di Zoo. Operasi Zoo Mungkin Ditarik Balik

Share

Pada hujung minggu lalu, tular di media sosial apabila orang ramai yang mengunjungi Zoo Negara dilihat tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.


Oleh kerana itu, kerajaan mungkin akan menarik balik kebenaran untuk zoo beroperasi sekiranya pengunjung gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Tindakan itu akan diambil bagi mengelakkan wujudnya jangkitan dalam kalangan pengunjung terutama kanak-kanak.

Antara zoo utama di Malaysia yang kini dikunjungi pengunjung tempatan ketika PKPP:

Zoo Negara


Zoo Negara kembali menerima kehadiran pengunjung setelah dibenarkan beroperasi di bawah PKPP. Sebelum Zoo Negara dibuka semula, proses nyahkuman telah dilakukan di seluruh kawasan Zoo. SOP biasa seperti pengambilan suhu badan, penjarakan sosial, pemakaian topeng hidung dan mulut juga, akan dilakukan. Dua ekor singa putih yang sepatutnya dipertonton kepada pengunjung Mac lalu, kini dapat disaksikan pengunjung. Zoo Negara dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 4 petang dengan tiket berharga RM45.00 untuk dewasa dan RM18.00, bagi kanak-kanak.

Zoo Taiping & Night Safari


Zoo Taiping dan Night Safari telah dibuka kepada orang ramai dengan peraturan kawalan yang ketat, termasuk mengehadkan bilangan pengunjung bagi tempoh tertentu.

  • Sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.
  • Hanya 1,250 orang dibenar memasuki zoo berkenaan bagi tempoh dua hingga tiga jam.
  • Penjual tiket di kaunter perlu memastikan hanya 500 tiket dijual dalam masa satu jam
  • Hanya ketua keluarga dibenar beratur untuk membeli tiket.
  • Selain itu, para pekerja akan membuat pemeriksaan suhu, mencatat butiran pengunjung, selain memastikan ada jarakan sosial, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

Zoo Taiping dan Night Safari atau dulu dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah yang ditubuhkan 7 Mac 1964, merupakan zoo tertua di negara ini menempatkan 1,300 haiwan daripada 200 spesies yang berlainan, dari seluruh dunia.

Zoo Melaka


Sepanjang tempoh PKPP, Zoo Melaka menawarkan harga ‘durian runtuh’ kepada orang ramai iaitu RM10 untuk dewasa, manakala RM5 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

  • Zoo Melaka benarkan 500 pengunjung pada setiap sesi. Pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk memasuki sesi pertama dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari atau sesi kedua dari 2 petang hingga 5 petang.
  • Bagi pembelian tiket, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan beratur namun kesemua maklumat nama dan nombor telefon ahli keluarga perlu dimasukkan ke dalam rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di kaunter Zoo Melaka.

Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 menempatkan kira-kira 650 haiwan daripada 150 spesies yang berlainan dari seluruh dunia selain berperanan sebagai pusat pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan.




Sumber: Bernama

Oleh
Husna