Bagi yang tengah terfikir-fikir mana hendak becuti, apa kata halakan langkah ke Pulau Pinang. Terletak di utara Malaysia, Penang bukan saja memiliki alam tarikan semula jadi tetapi juga merupakan syurga makanan dengan deretan gerai-gerai yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.

Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri! Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri!

Terkenal dengan nasi kandar serta puluhan makanan enak lain, negeri ini turut menyimpan banyak jejak sejarah lama yang masih dapat disaksikan generasi masa kini. Dapat dilihat pemuliharaan bangunan-bangunan warisan lama yang mana akhirnya ditukar menjadi hotel sebagai daya tarikan pelancongan negeri.

Usaha mengubah bangunan menjadi hotel ini ternyata berjaya kerana ramai yang menyukai pengalaman mempersonakan ini.

Ads

Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri! Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri! Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri!

Satu dari daya tarikan bangunan lama dijadikan hotel ialah Yeng Keng Hotel yang terletak di Jalan Chulia, George Town. Bertaraf empat bintang, bangunan hotel dibina pada abad ke -19 ini menawarkan 20 buah bilik yang didekorasi dengan gabungan konsep Inggeris dan India.

Lebih menarik, hotel ini diiktiraf oleh UNESCO World Heritage sebagai bangunan bersejarah. Ditambah warna-warna terang dihiasi cantik serta tanaman bunga-bunga segar, menjadikan Yeng Keng Hotel antara hotel yang wajar didiami kalau ke Pulau Pinang.

Ads

Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri! Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri!

Setiap biliknya lengkap dengan penyejuk udara dan juga kipas siling. Malah ada kolam renang yang pasti menjadi daya tarikan pengunjung. Lokasi hotel ini terletak di tengah-tengah Penang, membolehkan anda melawati beberapa tempat menarik dengan mudah seperti Muzium Kamera, Cheong Fatt Tze Mansion dan Muzium Islam Penang.

Ads

Berharga dari RM395.91 semalaman, menariknya kalau dah puas berjalan-jalan di tengah bandar, korang boleh meluangkan masa bersantai di ruang bacaan yang disediakan di hotel ini ataupun lepak di taman yang sangat indah dengan tamanan bunga segar.

Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri! Diiktiraf Sebagai UNESCO World Heritage, Relax Santai Di Hotel Yeng Keng, Penang. Unik & Tersendiri!

Kalau ada berhajat ke sini, ini alamatnya:- 362, Chulia Street, World Heritage City Of George Town, 11600 George Town

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI