Digelar ‘Pintu Masuk Neraka’, Danakil Depression Di Ethiopia Destinasi Unik Korang Patut Pergi

Share

Defininasi pengembaraan atau percutian setiap orang itu berbeza-beza. Ada yang gemar percutian mewah dan ada juga yang memilih suatu destinasi pelik dan unik bagi melengkapkan sejarah pengembaraan.

Antara destinasi yang mempunyai tarikan tersendiri adalah di Ethiopia yang digelar sebagai pintu masuk ke neraka’ kerana keadaan cuaca terlalu panas.

Ini perkongsian Travelog ET mengenai tempat Danakil Depression yang pernah dilawati. Dianggap ‘pintu masuk ke neraka’ kerana suhu tempat ini paling panas di dunia.

Danakil Depression di Ethiopia

Danakil Depression, ia disebut sebagai salah satu lanskap paling aneh di bumi. Seorang pengembara dari Britain, Wilfred Thesiger menggelarkan kawasan ini sebagai ‘pintu masuk ke neraka’.

Salah satu sebab dia gelarkan tempat ini sebagai pintu masuk ke neraka adalah kerana, suhu tempat ini dikatakan antara yang paling terpanas di dunia. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 55 darjah celcius pada musim panas.

157371598_2045384828935752_6341150421121198654_n (1)

Untuk sampai di kawasan Danakil Depression, kami perlu merentas tasik garam yang berada 120 meter di bawah paras laut.

Tasik garam ini sangat luas sehingga tidak terlihat di mana hujung pangkalnya. Menikmati matahari terbenam di sini, perasaannya seolah-olah saya berada di planet asing.

Seluas-luasnya kawasan Danakil Depression ini cuma bewarna kuning dan jingga terang. Kruk krak kruk krak bunyinya, setiap kali kami melangkah dan memijak kepingan garam.

Jika tersilap langkah, boleh terjerumus ke dalam lopak sulfur yang rasa-rasanya cukup berasid. Ada juga lopak yang sedang mendidih dan mengeluarkan buih-buih kecil yang berbau tengik dengan gas sulfur yang pekat.

 

Kawasan ini dahulunya dikatakan sebahagian daripada Laut Merah. Gurung berapi yang berada berdekatan memuntahkan lava dan kemudian terperangkap di sini, setelah beribu-ribu tahun akhirnya terhasillah Danakil Depression.

Ramai penyelidik yang telah datang ke sini untuk membuat kajian berkenaan tempat ini.

Untuk ke sini, kami di escort oleh beberapa orang lelaki tempatan bersenjata AK47 kerana kawasan ini sudah begitu dekat dengan sempadan negara Eritrea yang selalu bergolak.

Jika berpeluang ke Ethiopia, jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya.

 

Artikel Berkaitan:

Isteri Depression Hidap Diabetes, Suami Kembalikan Senyuman Dengan Tanam 7000 Pokok Bunga Pink Shibazakura

Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun Kembali Beroperasi. Ini Peluang Bawa Family Main Air!

Rasa Pengalaman Tidur Dengar ‘Muzik’ Dari Sungai, Layan Je Glamping Di River & Glamp, Ulu Yam

Oleh
Siti Zurina Mat Saman