
Jepun bukan terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai pemandangan menarik, tetapi juga sebuah detinasi yang sangat fun dan happening.
Terbaru memperkenalkan Theme Park Super Mario. Theme Park Super Mario dibuka pada 4 Feb 2021 lalu.
Dan pastinya ramai yang main video game semasa zaman kanak kanak dahulu cukup sinonim dengan watak Super Mario ini.
Mulai tahun 2021 pelbagai golongan dan generasi peminat Super Mario akan dapat merasai pengalaman baru dengan kewujudan Theme Park Super Mario ini.
Ia merupakan sebahagian daripada theme park Universal Studio Japan. Attraction seperti Bower’s castle pasti akan menggamit memori mereka yang pernah bermain game Super Mario.
Jadi apa lagi, lepas pintu sempadan sudah dibuka nanti, apa kita sama-sama merasai keseronokan Theme Park Super Mario ini.
Kredit: Detektif Kembara
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bercuti Ke Kundasang, Baca Dulu Tip Ini Untuk Senang Bergerak

Isi Kandungan
ToggleNiat nak membantu anda yang pertama kali bercuti ke Kundasang di Sabah, ini tip yang patut anda baca dan ikuti jika sudah sampai di sana. Senang nak bergerak walau kali pertama jejak kaki di situ.
Tak lengkap percutian kalau tak ikut semua tip di bawah ini kerana semuanya penting dan berguna. Jom kita baca!
Nak Bercuti Ke Kundasang, Baca Dulu Tip Ini Untuk Senang Bergerak
1. Jika anda merancang hendak melancong sendiri tanpa pemandu pelancong, dinasihatkan untuk menyewa kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu.
Ini kerana lebih jimat dan murah jika menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri berbanding menggunakan teksi.
2. Jika merancang untuk menggunakan perkhidmatan ejen, pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.
Jika ada sebarang masalah semasa trip, syarikat yang berdaftar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda dengan cara paling cepat dan profesional.
3. Dicadangkan untuk paling kurang bercuti di Kundasang adalah 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam.
4. Di Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang murah dan berbaloi terutamanya di Kota Kinabalu. Antaranya adalah restoran gayang di Jalan Gayang, restoran nelayan di Bukit Padang, pak andi’s seafood di Tanjung Aru, welcome seafood di Jalan Asia City.
Kalau nak jimat dan murah, boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sana banyak gerai-gerai menjual makanan laut yang segar, sedap dan murah.
Harga ikan di antara RM3.50 – RM5.00 sekilogram termasuk masakan. Murah kan?
5. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan beli siap-siap kupon parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK, kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
The Shire Sinisan, Kundasang, Sabah
Di Kota Kinabalu khususnya, kalau nak parkir kenderaan kena sediakan kad kupon parkir ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Orang Melayu Dulu Genius!’ Rumah Tradisional Melayu Diiktiraf Dunia.

Rumah tradisional melayu masih menjadi ‘trend’ dan pilihan ramai untuk mendiaminya meskipun kelihatan ‘kekampungan’. Ada yang sanggup melabur ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki bahagian rumah ala rumah ‘lama’. Ketika cuaca panas, percayalah individu yang menetap di dalam rumah tradisional ini akan berasa sejuk dan redup sahaja. Itu adalah kelebihan yang dimiliki rumah jenis tradisional ini.
Rumah tradisional melayu merupakan antara senibina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah. Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini.
Bangga atau tidak jika dikatakan rumah tradisional melayu telah dinobatkan antara rumah yang mempunyai seni bina terbaik di dunia? Seorang pengguna Facebook telah kongsikan entrinya mengenai betapa genius orang melayu dahulu membina rumah!
Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara architecture terbaik di dunia. Wow kan? Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.
LALUAN ANGIN
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.
Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.
Kenapa?
Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.
PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN
Ni pandangan dari sisi rumah. Laluan masuk bagi orang perempuan. Rumah dah kembali sepi selepas raya.
Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.
Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.
Ini contoh Rumah Limas, rumah pusaka Mak saya di Melaka. Kalau nampak ada tanduk di bumbung, itu namanya tunjuk langit. Laluan masuk ke anjung bagi kaum lelaki ketika kenduri. Kalau tetamu datang, masuk ikut sini.
Dari bahagian tepi rumah.
RUMAH TINGGI
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.
Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir. Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.
Dua tingkap sebelah kanan, itu laluan ke rumah ibu (biasanya kawasan famili lepak, santai-santai). Kalau bising-bising, tak adalah ganggu tetamu di anjung.
Laluan antara anjung ke rumah ibu, sebelah kanan adalah bilik (tak masuk gambar).
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Anjung rumah nenek saya ni memanjang.
Nampak tangga sebelah kanan? Itu laluan dari anjung tadi. Inilah ruang rumah ibu. Nampak tiang tu? Itu namanya tiang seri.
Cara selak pintu rumah lama. Dulu tak ada grill.
KIBLAT LURUS
Nampak? Kiblatnya lurus.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.
Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.
Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun. Manalah tahu kan.
Sumber: FB Nazia Suhaimi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Escape Theme Park Cameron Highland, Bakal Dibuka 2023. Ini Fakta Menarik Korang Wajib Ambil Tahu!

Jika sebelum ini tanah tinggi Cameron Highland terkenal dengan keenakan buah strawberry segar dan juga kesedapan menghirup teh panas
Tetapi tidak lama lagi sesuatu yang lebih hebat menanti pengunjung yang datang ke sini.
Destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.

“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,”menurutnya dalam satu kenyataan.
Katanya berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, kementerian itu yakin ESCAPE Cameron Highlands akan terus menerima pujian serta sokongan daripada pelancong.
“Saya dimaklumkan bahawa jenama ESCAPE baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa di Sri Lanka dan akan diperluas ke seluruh rantau ASEAN serta China. ESCAPE akan menjadi duta jenama de facto bagi pelancongan Malaysia di luar negara seperti Disney Park bagi USA atau Legoland bagi Denmark.
“Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga. Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini,” katanya lagi.

Ayuh kita lihat beberapa info menarik mengenai Escape Theme Park Cameron Highland ini
1. Escape Theme Park merupakan sebuah taman tema bertemakan Eropah dan ia akan menjadi edisi ketiga selepas pembukaannya di Pulau Pinang dan Petaling Jaya.
2. Direka dan dibina oleh Sim Leisure Group, Fasa 1 project ini dijangka memakan masa 15-18 bulan dan mungkin akan dilancarkan pada separuh pertama 2023.
3. Fasa 1 Escape Cameron Highland ini dijangka akan hadir dengan 20 jenis tarikan permainan dan antaranya yang terawal adalah permainan ski di lereng bukit.
4. Pembinaan tapak permainan ski pertama ini akan menampilkan lif ski yang membolehkan pengunjung menaiki puncak dan kemudiann pemain menuruni bukit melalui perjalanan trek sepanjang 1.2 km.
5. Akan merentasi kawasan seluas 60 hektar dengan ketinggian 220-meter, Escape Cameron Highland akan menggunakan sumber tenaga yang datang dari fasiliti sumber cahaya matahari (photovoltaic) sumber angin (wind turbine) dan beberapa alternatif lain sekaligus mempromosi pelancongan bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.
6. Akan menjadi sebagai sebuah taman hiburan berkonsepkan mesra alam.
7. Pengunjung juga turut akan dihidangkan dengan permainan adventure terbaru, iaitu ESCAPE Gravity Play dengan berlatar belakangkan landskap hijau yang indah.
8. Tidak ketinggalan disediakan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bakit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.
8. Harga tiket masuk akan diselaraskan sama seperti di Escape Theme Park lain iaitu di antara RM80 hingga RM160 sahaja.
Sumber: Astro Awani, Hype & Odisi.my
Artikel Berkaitan:
Tidur Ditemani Kucing, Keunikan Hostel Neko Hatago Di Osaka Jadi Perhatian Pencinta Kucing
Menariknya Muzium Cup Noodles, Apresiasi Jepun Terhadap Mi Segera!
6 Hotspot ‘Street Art’ Paling Menarik & Mesra Instagram Di Selangor Harus Anda Kunjungi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI