Dibina Tanpa Paku, Rumah Tok Su di Kedah Dipercayai Berusia Hampir 100 Tahun

Share

Kedah sememangnya kaya dengan struktur seni binaan yang unik.

Rumah Tok Su terletak berhadapan dengan wisma Pentadbiran Negeri iaitu Wisma Darul Aman. Rumah ini menjadi lambang keunikan dan keaslian seni bina tradisional Melayu.
Rumah Tok Su pada asalnya berada di lokasi lain. Ia telah dipindahkan dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk iaitu sekitar 200 kilometer dari Alor Setar.

Kenapa nama rumah ini Rumah Tok Su?

Sebab ia bersempena nama panggilan anak bongsu pemilik asal rumah yang dipanggil orang sekeliling sebagai Cu Piah.

Rumah ini pernah dijadikan tempat untuk bermesyuarat dan pertemuan Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Idea untuk mengekalkan rumah ini adalah idea Tan Sri Sanusi Junid, bekas menteri besar Kedah (1995-1999).


Beliau ingin memartabatkan seni warisan dan mengekalkan identiti rumah ini sebagai seni bina tradisional. Dengan mengekalkan rumah ini, ia boleh dijadikan penghayatan generasi masa kini.

Pengurusan rumah ini diletakkan dibawah Lembaga Muzium Kedah dan ia dibuka kepada umum sejak tahun 2001.

Rumah klasik ini menjadi lambang kepada keindahan sturktur binaan tradisional Melayu. Ia beratapkan rumbia, dindingnya daripada kayu meranti dan ada banyak ukiran yang indah pada bahagian beranda, ruang tengah, anjung rumah, rumah ibu, dapur dan juga ruang pelantar.

Rumah Tok Su juga sering kali menjadi lokasi penggambaran filem dan juga dokumentari.


Lokasi : Berhadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Gambar : Kedah United Kedah Tourism
Sumber : Kedah Kini

Oleh
almaswa Haji Che Ros