Kedah sememangnya kaya dengan struktur seni binaan yang unik.
Rumah Tok Su terletak berhadapan dengan wisma Pentadbiran Negeri iaitu Wisma Darul Aman. Rumah ini menjadi lambang keunikan dan keaslian seni bina tradisional Melayu. Rumah Tok Su pada asalnya berada di lokasi lain. Ia telah dipindahkan dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk iaitu sekitar 200 kilometer dari Alor Setar.
Kenapa nama rumah ini Rumah Tok Su?
Sebab ia bersempena nama panggilan anak bongsu pemilik asal rumah yang dipanggil orang sekeliling sebagai Cu Piah.
Ads
Rumah ini pernah dijadikan tempat untuk bermesyuarat dan pertemuan Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Idea untuk mengekalkan rumah ini adalah idea Tan Sri Sanusi Junid, bekas menteri besar Kedah (1995-1999).
Ads
Beliau ingin memartabatkan seni warisan dan mengekalkan identiti rumah ini sebagai seni bina tradisional. Dengan mengekalkan rumah ini, ia boleh dijadikan penghayatan generasi masa kini.
Ads
Pengurusan rumah ini diletakkan dibawah Lembaga Muzium Kedah dan ia dibuka kepada umum sejak tahun 2001.
Rumah klasik ini menjadi lambang kepada keindahan sturktur binaan tradisional Melayu. Ia beratapkan rumbia, dindingnya daripada kayu meranti dan ada banyak ukiran yang indah pada bahagian beranda, ruang tengah, anjung rumah, rumah ibu, dapur dan juga ruang pelantar.
Rumah Tok Su juga sering kali menjadi lokasi penggambaran filem dan juga dokumentari. Lokasi : Berhadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, Malaysia Gambar : Kedah United Kedah Tourism
Sumber : Kedah Kini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dalam usaha meningkatkan kembali sektor pelancongan, Sunway telah melancarkan pakej pelancongan menarik di destinasi popular mliknya untuk anda semua pilih. Jangan lepaskan peluang menarik ini!
Sunway Velocity
Pusat beli-belah Sunway Velocity memperkenalkan pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' menawarkan penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Sunway Velocity Hotel, satu set baucar tunai makan dan beli-belah bernilai minimum RM50 di Sunway Velocity Mall dan pakej saringan kesihatan asas di Sunway Medical Centre untuk seorang dengan harga bermula RM338.
Pengunjung juga boleh menikmati pakej 'STAY & SHOP' pada harga bermula RM168 yang menawarkan penginapan 2H1M di Sunway Velocity Hotel untuk dua orang dan baucar tunai makan dan beli-belah di Sunway Velocity Mall.
Jika anda hanya mahukan saringan asas dan baucar tunai makan dan beli-belah sahaja, anda boleh memilih untuk mendapatkan pakej 'SCREEN & SHOP' pada harga bermula RM220.
Pengunjung yang melanggan mana-mana pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' juga layak menerima diskaun 30 peratus di kedai-kedai terpilih dan separuh harga untuk destinasi-destinasi lain seperti Aquaria KLCC (harga asal RM71) serta Sunway Pyramid Ice.
Pusat beli-belah Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut melancarkan pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' buat julung kalinya dan menawarkan potongan sebanyak 50 peratus untuk keluarga yang mahu meneroka lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu negara.
Pakej 'STAY-Kawtim, MakanUnlimited!' merangkumi penginapan 2H1M untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) termasuk sarapan, bufet tanpa had dan baucar tunai bernilai RM100 daripada kedai-kedai terpilih di Sunway Putra Mall.
Makan tanpa had turut menawarkan 25 menu ala carte istimewa termasuk pilihan daripada juadah Melayu, Cina, India, Barat dan juadah kegemaran vegetarian serta pilihan menyelerakan untuk kanak-kanak boleh dinikmati tanpa had selama 8 jam bermula 12 tengahari di Coffee House.
Pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' dijual pada harga RM238, boleh ditempah sehingga 31 Ogos ini dan boleh digunakan sehingga 27 Disember depan termasuk hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Sunway City Kuala Lumpur terdahulu melancarkan kempen pertama Ke Sana Ke Sini Ke Sunway pada Julai lalu dan kini kembali selepas sambutan hangat daripada orang ramai. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! menawarkan penginapan 3H2M di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel dan tiket ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan di Sunway Pyramid Mall. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! boleh didapati pada RM499 di www.sunway.city/kesanakesini dan boleh digunakan sehingga 30 November 2020 depan.
Sunway Lost World of Tambun
Sunway Lost World of Tambun turut menawarkan diskaun terhad sebanyak 40 peratus untuk pakej Staycation istimewa yang merangkumi penginapan 2H1M di Lost World of Tambun Glamping atau Malayana Floating Villa termasuk sarapan, tiket masuk ke taman tema untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket masuk ke taman malam untuk satu malam. Dapatkannya di www.sunwaylostworldoftambun.com/staycation
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seorang warganegara Jepun yang diiktiraf lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.
Perkara itu disahkan organisasi dan rumah jenazah yang memaklumkan mendiang, Chitetsu Watanabe meninggal dunia pada 23 Februari 2020 lalu. Chitetsu Watanabe yang dilahirkan pada 5 March 1907 di sebuah perkampungan Uragawara meninggalkan lima anak dan 12 cucu dan 16 cicit.
Sebelum ini Chitetsu Watanabe tinggal bersama salah seorang anak lelakinya, namun dipindahkan ke rumah persaraan setelah dijangkiti Influenza. Media Jepun melaporkan Chitetsu Watanabe sebelum ini tidak boleh makan dan mengalami demam selain sukar bernafas. Bagaimanapun, punca kematian Chitetsu Watanabe masih belum disahkan.
Mendiang menerima sijil rekod dunia Guinness sebagai lelaki tertua pada 12 Februari baru-baru ini dan hanya sempat memegang rekod tersebut beberapa hari sahaja sebelum meninggal dunia.
Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama buat yang beragama Islam khususnya di Malaysia. Ia merupakan kemuncak kepada ibadat puasa yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Malam-malam terakhir berpuasa, pada zaman dahulu setiap keluarga dalam sesebuah perkampungan Melayu akan meraikan malam tujuh likur dengan memasang lampu berwarna-warni, panjut atau pelita disekeliling kawasan rumah.
Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu selain meraikan perantau yang akan pulang ke desa serta kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Setiap kampung akan mula memasang pelita sepanjang jalan sebagai penyeri setiap rumah kerana pada zaman dulu tidak ada langsung kemudahan elektrik.
Yang seronok tidak terkata sudah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil. Ketika ini mereka akan berpesta dan diberi kebenaran untuk bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam hari.
Malam tujuh likur juga menandakan hari penduduk kampung atau sesebuah keluarga membuat persiapan sebelum 1 Syawal. Lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bergotong-royong menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu ketika hari raya seperti wajik dan dodol. Jiran tetangga akan sama-sama bergiliran kacau dodol walaupun hidup dalam suasana yang serba kekurangan.
Berdosa Sambut Malam Tujuh Likur?
Namun, sayangnya tradisi ini semakin lama semakin hilang dan dilupakan. Ada juga yang memutarbelitkan adat sambutan malam tujuh likur kononnya menyimpang daripada akidah dan ajaran Islam jika ada yang menyambutnya.
Ya, mungkin ada kebenarannya. Dahulu, ada yang melakukan tradisi pemasangan pelita dan terpengaruh meraikan malam tujuh likur dengan menerangi halaman rumah kononnya untuk menjemput malaikat masuk. Jika menjadi insan terpilih maka segala permintaan individu tersebut ketika malam Lailatul Qadar akan tertunai.
Ada juga yang mengatakan ia adalah cara untuk menjemput roh orang yang disayangi untuk pulang menjenguk keluarga untuk setahun sekali. Disebabkan tujuan asalnya telah menyimpang, itu yang menyebabkan malam tujuh likur dipersalahkan dek kerana ada insan-insan yang cetek agama.
Sambutan malam tujuh likur sebenarnya hanyalah merupakan satu tradisi warisan lama bagi memeriahkan perayaan yang bakal menjelma. Selalunya pemasangan lampu pelita semasa bulan Ramadan dilakukan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ia kerana pada salah satu malam ganjilnya ada Lailatulqadar yang mana pahala bagi sesiapa melakukan ibadah padanya lebih baik daripada 1,000 bulan. Baginda SAW bersabda dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari: ‘Carilah Lailatulqadar di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.’
Selamat Hari Raya Semua!
Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan. Jika dipasang dengan niat tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh si mati pulang ke rumah, maka ia tidak patut dilakukan.
Selamat Hari Raya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!