Jika pergi melancong bersama anak-anak, pastilah kita akan mencari negara yang mempunyai taman tema.
Tahukah anda dalam banyak-banyak taman tema, Tama Tema Denmark dikatakan yang paling tua di dunia.
Ikuti perkongsian Cikgu Loh melalui grup Backpackers Buddies Malaysia menjelaskan info mengenainya.
Jika anda bertandang ke Denmark, jangan lupa singgah ke Bakken Amusement Park & Tivoli Gardens.
Bakken Amusement park merupakan taman tema tertua di dunia yang dibina pada tahun 1583 dan terletak kira-kira 10 KM dari bandar Copenhagen.
Tivoli Gardens pula taman tema ketiga tertua di dunia yang dibina pada tahun 1843.
Pada hujung minggu kebiasaanya , pelawat yang datang ke sini sangatlah ramai dan kebanyakan mereka yang berkeluarga.
Yang best di kedua-dua taman tema ini, permainan yang direka bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah sangat sesuai untuk orang dewasa.
Terdapat banyak jenis permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, restoran, pertunjukan live music, taman yang lapang dengan kehijauan untuk beristirehat dan lagi best kalau di Bakken Amusement Park, kadangkala dapat melihat rusa liar berkeliaran di kawasan taman tema.
Semasa saya travel di Denmark khususnya di Copenhagen, saya kerapkali singgah ke Bakken Amusement Park kerana tiket masuknya percuma berbeza dengan Tivoli Gardens.
Waktu petang selalunya saya hamparkan tikar dan beristirehat di sini serta mengopi sambil melihat view rusa-rusa berkeliaran.
Saya sangat sarankan anda singgah di kedua-dua taman tema ini jika anda sempat singgah di Copenhagen, Denmark nanti.
Bagi yang nak tahu lebih lanjut, boleh singgah ke website mereka ini:
https://www.tivoli.dk/en/
https://www.bakken.dk/english/
Anda ada plan nak ke Denmark nanti?
Klik butang Follow Cikgu Loh untuk info travel sebelum border bukak.
Artikel Berkaitan:
Individu Yang Sukakan Cabaran Ekstrem, Taman Tema Austin Heights Port Paling Sesuai
26 Taman Tema Berbeza Penuh Kejutan, Bakal Menanti Pengunjung Di Genting SkyWorld Tahun Ini
Bakal Dibuka Raya Ke-2, Taman Tema Sekin Wonderland Tarikan Baru Di Sekinchan