Daerah Sepang antara daerah yang penting di Selangor kerana di sini menempatkan pelbagai fasilitis awam yang penting seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Tapi dalam masa kita ulang alik terbang ke sana ke mari melalui daerah Sepang ni, apa tempat percutian menarik yang boleh kita singgah untuk berehat, cuci mata, makan dan membeli belah? Okay ini antara lokasi yang dicadangkan kepada anda:
Movenpick Hotel
Hiasan ruang dalam Movenpick Hotel yang berunsurkan islamik, disertakan pokok kurma yang menambahkan lagi seri dalam penggunaan ruang hiasan dalamannya.
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain. Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Kolam mandi hotel ini mengasingkan antara lelaki dan wanita, memberikan ruang privasi yang lebih kepada anda untuk santai dan beristirehat di sini.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Sepang International Circuit
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Ads
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia
Antara kereta klasik Ford yang dipamerkan.
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Go-Kart SIC
Ads
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang
Queenie, Pengurus HL Dragon Fruit Sepang menunjukkan buah naga diladangnya yang sudah boleh dituai.
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Ads
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Jus buah naga adalah minuman yang anda perlu cuba sekiranya berkunjung di sini.Kentang lenyek bersoskan jem buah naga menghasilkan kombinasi rasa yang sedap yang sukar untuk berhenti makan.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Medan Ikan Bakar & Makanan Laut
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan. Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan yang mula diperketatkan ke seluruh negara iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Perlis mulai 22 Januari hingga 4 Februari akan datang, pastinya keinginan untuk bercuti itu timbul. Ini kerana bercuti mampu merehatkan tubuh dan minda selepas seharian penat bekerja.
Apa kata selepas PKP ini berakhir, bolehlah berkunjung ke Dangau Indah Chalet Ipoh yang amat seusai untuk percutian keluarga mahu pun mengadakan hari keluarga. Ini kerana di sekeliling resort ini, pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang sangat nyaman malah dekorasi di resort ini turut menampilkan tradisional moden.
Bagi yang ada plan nak memilih lokasi ini, ianya 100 peratus milik orang Islam dan harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM200-RM280 sebuah. Biliknya agak luas di mana boleh memuatkan lebih dari empat orang sebilik bagi katil berkembar. Lebih menarik, kolam renang persendirian berada di hadapan resort ini dan pengunjung boleh terus terjun ke dalam kolam sebaik membuka pintu bilik.
Di sekeliling kolam renang, telah tersedia perkakasan lengkap untuk mengadakan BBQ dan hanya perlu membawa makanan sahaja. Lebih seronok, dengan suasana kampung, percutian yang dirancang pastinya amat seronok. Lebih menarik halaman depannya yang luas boleh melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarganya.
Bagi yang ada cadangan untuk bercuti ke sini, korang boleh datang ke lokasi Dangau Indah Chalet yang terletak di No 71 Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor Ipoh.
Apa lagi kome, moh cuti-cuti Malaysia.
Gambar : FB Dangau Indah Chalet, Ipoh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.
Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.
Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas
Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..
Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai banyak gerai-gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan sebelum sampai tapak kaki Gunung (nota utk pelancong luar kedah)
Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik.
Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate semalam berubah-ubah. Tarikh 7june Rm250** untuk 2 katil single (sentiasa berubah-ubah harga bilik)..view yang sangat cantik berlatar belakangkan sawah padi dan pantai murni. Anda juga boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan, sekali sarapan pagi untuk 2 orang.
Kembali semula bab perjalanan. perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km dan memakan masa hampir setengah jam perjalanan dari bawah ke atas puncak.
Keadaan jalan yang baik tetapi agak ‘menyeramkan’ sebab berliku-liku sebelum sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana, tapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.
Bab makan jangan risau kerana dipuncak atas ada cafe yang jual kek-kek manisan..coffe tea dan sebagainya. Makan kek smabil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai pun boleh juga makan di restoran kat atas tetapi harga agak mahal.
Saat pertama kali sampai di puncak terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sat memori Swiss sebab kat atas ini teramat cantik. Penuh bunga hyndregea memang cantik sangat-sangat. Boleh la gunung Jerai ini diberi jolokan Swiss Kedah habaq hang.
Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yg sangat indah tak terkata terutama pada waktu menjelang senja. Kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar daerah Yan.
Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius, suhu ala-ala Zermaat Swiss ya hahahah. Tapi Zermatt sejuk lagi la.
Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri Kedah. Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.
Kalau bertandang musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai. Sempat juga merasa kali ni.
Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal. kedeqat depa cukup kuat. Naik kereta pun rasa letih dah oii.
Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda sekeluarga nak cari homestay di Kedah yang berbaloi untuk bawa anak-anak tersayang bercuti, boleh fokus beberapa lokasi ini.
Ini antara 7 pilihan homestay di Kedah yang mempunyai banyak kemudahan serta boleh menampung jumlah tetamu yang ramai. Siap ada kolam renang yang luas anak-anak beriadah.
Homestay Di Kedah Yang Menarik
1.OYO Home 90348 Inspire Rooms
Terletak 500 meter dari Pantai Cenang dan 2.1 km dari Pantai Tengah di Pantai Cenang, OYO Home 90348 Inspire Rooms menawarkan penginapan dengan dapur yang lengkap. Bukan itu sahaja, WiFi percuma disediakan dan tempat letak kenderaan di lokasi boleh diakses di homestay secara percuma. Tempat penginapan ini terletak 1.5 km dari Underwater World Langkawi.
Rate: 9.3
2.Aufa Homestay
Aufa Homestay terletak di Pendang. Tempat penginapan ini menawarkan akses ke teres atau balkoni, tempat letak kenderaan persendirian percuma dan WiFi percuma. Homestay yang luas ini terdiri daripada 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur yang serba lengkap dan 1 bilik mandi. Malah, TV skrin rata disediakan. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 33 km dari homestay ini.
Rate: 9.5
3.Park Villa Homestay
Terletak di Sungai Petani dan hanya 37 km dari Sunway Carnival Mall, Park Villa Homestay menawarkan penginapan dengan pemandangan halaman ‘garden’, WiFi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian percuma. Homestay ini mempunyai taman dan terletak 47 km dari Jambatan Pulau Pinang.
Rate: 10
4.Kedawang Village Langkawi
Terletak dalam jarak 1.9 km dari Pantai Cenang dan 2.2 km dari Laman Padi Langkawi, Kedawang Village Langkawi menyediakan penginapan dengan kemudahan barbeku serta tempat letak kenderaan persendirian percuma untuk tetamu yang memandu. Penginapan berhawa dingin ini terletak 3.7 km dari Underwater World Langkawi.
Rate: 8.5
5.Homestay Anjung Malinjah
Homestay Anjung Malinja Private Pool Kedah terletak di Yan dan menawarkan teres serta lounge berkongsi. Homestay ini mempunyai kolam renang peribadi, taman, kemudahan barbeku, WiFi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian percuma.
Rate: 7.1
6.Kawah Padi Garden Villa Langkawi
Kawah Padi Garden Villa Langkawi terletak di Pekan Kuah dan mempunyai taman dengan dua gazebo. Tempat penginapan ini terletak sekitar 12 km dari Dataran Helang, 16 km dari Air Terjun Durian Perangin dan 12 km dari Pantai Cenang. WiFi percuma dan dapur berkongsi disediakan. Pelbagai aktiviti ditawarkan di kawasan ini, seperti berbasikal dan mendaki dan tempat penginapan ini juga mempunyai kafe luaran dan dapur luaran berkongsi.
Rate: 9.1
7.Rest n Splash by Home Stay Cikgu D’Inapan Kijang
Terletak di Alor Setar, Rest n Splash by Home Stay Cikgu D’Inapan Kijang merupakan penginapan yang baru diubah suai. Homestay ini mempunyai kolam renang peribadi, taman, kemudahan barbeku, WiFi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian percuma. Penginapan ini mempunyai dapur berkongsi dan keselamatan sehari penuh untuk tetamu.
Rate: 9.3
Jadi, jika anda ada plan nak ke Utara, boleh lah booking awal-awal beberapa pilihan homestay di Kedah. Yang penting mesra untuk anak-anak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...