Kalau anda nak ke Melaka musim cuti sekolah kali ini, anda boleh masukkan 5 lokasi ini dalam senarai wajib singgah.
Bukan hanya tema air dan zoo tapi ada pelbagai tarikan menarik kepada pengunjung termasuk tapak bersejarah, hidangan kulinari, dan pelbagai pilihan pelancongan.
Bagi anda yang mempunyai anak, Melaka adalah destinasi paling tepat untuk anda pergi melancong. Jom tengok 5 destinasi menarik bila bawa anak-anak anda untuk ‘day trip’.
1. A’Famosa
Kubu Portugis abad ke-16 ini merupakan bangunan Eropah tertua di Asia Tenggara. Terokai kawasan kubu, panjat Santiago Gate untuk melihat permandangan yang cantik dan belajar tentang zaman penjajah Melaka.
2. Muzium Maritim & Muzium Tentera Laut
Ads
Muzium ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka sejarah maritim Melaka melalui replika kapal Flor de la Mar yang terkenal dan pengunjung akan memahami kepentingan Melaka sebagai pusat perdagangan maritim di masa lalu.
3. Rumah Mamee
Ads
Di sini, kanak-kanak diajar membuat makanan kegemaran mereka sendiri selain boleh melihat karakter kegemaran mereka. Malah, mereka juga boleh bergambar dengan Mamee Monster.
4. Wonderpark Melaka
Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Buat masa ini, menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom.
Ads
5. Malaysia Heritage Studios
Malaysia Heritage Studios membolehkan pengunjung menghayati atau merasai perasaan berada di sekitar sesuatu kawasan dengan lebih seronok kerana berbentuk ‘immersive’ dan interaktif. Pengunjung juga dapat lihat karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik.
Jadi kalau anda nak bawa anak-anak ke Melaka, ini antara 5 destinasi i yang bakal memberikan pengalaman berbeza kepada anak-anak anda.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Boulder Valley Glamping di Teluk Bahang, Penang, menawarkan gabungan unik antara glamor dan berkemah. Bayangkan dikelilingi hutan hujan yang subur sambil menikmati kemewahan moden.
Berikut adalah beberapa butiran penting tentang tempat tersembunyi ini:
Lokasi:
Boulder Valley Glamping terletak di tengah hutan hujan di Teluk Bahang, Penang. Lokasinya yang strategik memastikan setiap bilik mendapat cahaya matahari dan udara segar secara langsung.
Penginapan:
Tapak glamping ini mempunyai khemah yang telah dipasang, membolehkan anda merasai keindahan alam tanpa mengorbankan keselesaan.
Anda akan menemui vila khemah berhampiran kolam renang, dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. Penyaman udara memastikan keselesaan anda, dan ada juga teres untuk menikmati pemandangan sekitar.
Kemudahan:
Nikmati tempat letak kereta percuma, internet berkelajuan tinggi, dan kolam renang. Restoran di tapak menyajikan hidangan lazat, dan keluarga boleh menerokai aktiviti untuk kanak-kanak. Tempat ini adalah pelarian sempurna dari kesibukan bandar.
Tarikan Berhampiran:
Sementara anda menginap di Boulder Valley Glamping, pertimbangkan untuk melawat tarikan seperti Escape Penang (taman tema), The Habitat Penang Hill (untuk pencinta alam), dan Kuil Kek Lok Si (keajaiban seni bina).
Sama ada anda mencari ketenangan atau pengembaraan, Boulder Valley Glamping menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Empat bulan perancangan awal dibuat untuk camping di Pos Kuala Mu yang sering menjadi buah mulut rakan-rakan camper yang pernah ke sana. Perkhemahan yang dirancang selama 3 hari 2 malam terpaksa dipendekkan kerana akur dengan arahan pihak berkuasa yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perkhemahan ekoran tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada Disember lalu.
Memang pada mulanya setelah mendapat perkhabaran tentang kejadian di Batang Kali itu membuatkan hati Noorsuzaimi Noordin dan keluarga berbelah bahagi sama ada meneruskan perjalanan mereka atau tidak. Namun setelah mengambil kira beberapa faktor perjalanan diteruskan.
Berkongsi pengalaman perjalanan untuk sampai ke sana yang agak mencabar namun berbaloi. Meskipun terpaksa pulang awal, kenangan manis tetap tersimpan dalam memori keluarga camper yang dikenali sebagai ‘thekamizz’ ini.
Tiada hubungan internet dan dapat menghayati keindahan alam ciptaan tuhan secara total, Noorsuzaimi amat berpuas hati dengan perkhemahan mereka kali ini. Dapat lepak tepi sungai sambil minum secawan kopi panas dan mendengar deruan air sungai, tiada kata-kata yang dapat digambarkan tentang indahnya perasaan.
Ikuti perkongsiaannya:
Camping di Kg Gepeh Hulu, Pos Kuala Mu
16-18 Dec 2022 tapi jadi 16-17 Dec 2022 sahaja
Camping penutup 2022
Perancangan nak ke Kuala Mu ni dah dibuat 4 bulan awal. Punya la excited tengok kawan-kawan dah sampai dulu dari kami. Ambik info depa sebagai rujukan. Alhamdulilah banyak info yang dapat, terima kasih kawan-kawan.
14/12/2022 kami gerak dari Jitra ke Lenggong terlebih dulu, stay di Kuak Hill Resort satu malam, dan esoknya 15/12/2022 kami stay 1 malam di pekan Sg Siput. Pada 16/12/2022 waktu Subuh, kami dapat berita kes tanah runtuh di Batang Kali, masa ni dah berbelah bahagi nk teruskan atau batalkan perjalanan ke Kuala Mu. Lepas berbincang, kami decide untuk masuk juga ke Kuala Mu selepas ambil kira beberapa faktor.
Perjalanan daripada Pekan Sg Siput ke Kuala Mu ambil masa lebih kurang 1jam 30minit (mengikut Google Maps) tapi kami slowkan perjalanan ambil langkah berhati-hati. Sepanjang perjalanan akan melalui Perlop, kemudian akan sampai ke Kg Bawong (disini pekan terakhir dan line data terakhir bagi Maxis). Di Kg Bawong ni ada sekolah dan masjid. Bolehlah singgah di masjid Kg Bawong ni utk buang air kecil dan sedekah lah di Tabung Masjid Pandu Lalu (inisiatif yang baik daripada pihak JK Masjid).
Daripd Bawong nak ke Kuala Mu lebih kurang 38km, Pos Yum 31km, melalui Pos Legap. Selepas simpang Pos Yum-Kuala Mu jalan makin kecil dan corak jalan lebih banyak mendaki, sharp turn dan ada kerosakan berlubang. Berhati-hati. Skill pemanduan perlu lebih kurang 3/5. Jalan adalah bertar.
Sesampainya di Kuala Mu, kita akan melalui Kg Bersah terlebih dahulu. Kami meneruskan perjalanan lagi untuk ke Kg Gepeh iaitu destinasi kami pada kali ni. Trademark tanda dah sampai Kg Gepeh adalah nampak jambatan besi yang merentasi sungai. Lintas sungai tu dan akan jumpa pintu gerbang. Boleh maklumkan pada staff atau pada En Johari sendiri mengenai booking yang dah dibuat dan boleh buat pilihan tapak camping. Tapak pilihan tak boleh booking, konsep 1st come 1st serve.
Tapak dengan view sungai memang cantik dan awesome. Disediakan plugpoint di pondok, ada tong sampah, sinki, toilet dan bilik mandi. Juga ada kedai runcit dan kedai kopi di sekitar. Chalet pun ada bagi yang malas set up tent. Disini ada anjing berkeliaran tapi tak mengganggu, ada juga kucing dan ayam.
Bab keselamatan, ada staff en Johari meronda memakai vest pantul cahaya dan ada juga khidmat kutip sampah pd jam 10malam (kena dinner awal dan uruskan sampah sendiri lebih awal). Sempat sembang, diaorang kata sampah kena kutip setiap malam sebab nanti anjing selongkar tong sampah.
Cuaca sepanjang ada di sana baik, tak hujan cuma gerimis manja. Suhu waktu malam memang sejuk, kipas tak ada fungsi waktu malam, haha.. Minyak masak yang diletak di luar, keesokanya nampak ada mendapan beku.
Overall review sangat puas hati, tambah pulak terputus hubungan tak ada internet. Jadi banyak masa boleh tengok dan hayati keindahan alam. Bersatu dengan alam. Lepak tepi sungai dengan kerusi healing, aduh feel nya susah nak gambar. Pekena pula kopi panas sambil dengar bunyi air sungai fuh, syulittttt.
Tapi keesokannya 17/12/2022 kami dapat berita daripada yang masuk ke Kuala Mu (kami terputus hubungan sebab tak ada internet), bahawa arahan penutupan campsite dan larangan berkhemah berkuatkuasa serta merta, jadi kami pun bersiap-siap untuk keluar pada hari yang sama. Sempat bermalam hanya 1 malam sahaja (sepatutnya keluar 18/12/2022).
Perjalanan keluar dari Kuala Mu hujan sepanjang jalan, keadaan jalan agak licin dan berkabus, pandangan agak terhad dan bahaya di sharp turn sebab perjalanan lebih banyak menuruni bukit dan keadaan agak gelap.
Alhamdulilah, kami tiba di Kg Bawong lebih kurang jam 6.30ptg. Berehat sekejap 10minit sambil baca notification yg masuk cecah 500++ (disini last dapat data internet untuk Maxis). Kemudian teruskan perjalanan ke Pekan Sg Siput.
Cadangnya nak stay di Ipoh 1 malam dan esoknya nak paw isteri mkn Menate Steak, tapi hotel penuh di Ipoh. Jam 9malam decide terus balik Jitra dan sampai lebih kurang jam 2pagi. Banyak berhenti berehat dan kenderaan banyak di Alor Pongsu, Bandar Baharu, Juru dan Sg Dua.
Alhamdulilah selesai camping penutup 2022 bagi The Kamizz. Hingga jumpa lagi di tahun 2023. Kekalkan berhati-hati sepanjang musim Monsun ini dan kami juga bersimpati dengan insiden tanah runtuh di Father Organic Farm, semoga semua mangsa dapat dijumpai, bagi yang selamat semoga dapat bertenang. Kepada pihak penyelamat, jasa dan pengorbanan anda amatlah dihargai.
Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan kita untuk bercuti sambil makan-makan, beriadah dan berhibur.
Jika anda merupakan individu yang suka bergambar, masukkan lokasi viral menarik di Pulau Pinang ini untuk disinggah. Port ambil gambar memang cantik-cantik di dua lokasi seperti di Pulau Jerejak dan Kampung Agong.
Pulau Jerejak – Pelbagai tarikan menarik tersedia di sini. Lebih-lebih lagi buat anda yang gemar merakam gambar kreatif atau berswafoto. Port-port ambil gambar seperti berada di luar negara.
Kampung Agong – Lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu. Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini.
Pulau Jerejak (bot in 3pm-bot out 7.45pm)
Tempat yang sangat cantik untuk spot bergambar..better tunggu sunset disini..malam lagi meriah suasananya..disuggestkan bawak makanan..lepak2 n makan2 sambil ambil gambar..
Hari 2
Kg Agong
Sebuah perkampungan yg damai dan menenangkan..disini jugak disuggestkan bawak bekalan makanan..ada disediakan pondok utk lepak2 n makan2..banyak spot utk bergambar.
Hostel: The 80’s guesthouse, love lane (twin room+shared bathroom)
Bajet:
Flight+hostel =rm80(Airasia)
Seraya Car Rental= rm200 (rm100/day-axia)
Petrol =rm30
Pulau Jerejak = rm20/pax
Kg Agong = rm7/pax (makanan luar+rm5)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!