Day Trip Food Hunting To Jenjarom: Mansion 1969 – Makanan Yang Sedap Dan View Yang Menenangkan

Share

 

Kalau anda pergi ke Banting, Selangor melalui lebuhraya SKVE, keluar saja dari Plaza Tol Telok Panglima Garang, belok kiri di traffic light dan anda akan nampak satu tempat makan yang cukup dikenali oleh orang lokal di Jenjarom iaitu Mansion 1969.

Nampak macam rumah lama yang diperbuat daripada kayu, tapi anda jangan salah sangka, restoran ini menyediakan makanan yang cukup lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bak kata orang putih, ‘don’t judge

a book by its cover‘. Anda perlu masuk sendiri ke sebelah dalam restoran untuk melihat sendiri keunikkan Mansion 1969.

Sebaik saja melangkah masuk, dekorasi dan atmosphere yang ada di sini akan membuatkan anda terasa seperti di kampung halaman. Berkonsepkan hipster dengan koleksi barangan antik, basikal tua, kamera lama dan mesin typewriter lama, menambahkan lagi mood vintage yang ada ke dalam diri anda.

? TRIVIA
Landmark tempat ni mudah saja – selepas anda keluar dari traffic light Plaza Tol SKVE Telok Panglima Garang, belok kiri dan anda akan nampak sebuah bas berwarna merah yang dijadikan tempat makan.

Dinding di tempat duduk ruang makan digantikan dengan panel kaca dan anda boleh menikmati pemandangan kebun di bahagian belakang kedai yang luas dan mempunyai beberapa pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian. Help yourself sekiranya anda ingin merasai kemanisan buah rambutan yang ada di situ.

Hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk mereka yang gemarkan makanan tempatan seperti chinese-style dan western. Walaupun kedainya nampak biasa, tetapi kualiti makanan yang disediakan setanding dengan kedai-kedai makan yang mewah.

? TRIVIA
Anda boleh datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan yang ada di luar kedai lebih cantik dengan lampu-lampu yang ada.

Antara menu popular adalah Tomyam Spaghetti yang berharga RM15. Spaghetti yang disediakan nampak seperti spaghetti di kedai-kedai makan yang biasa tetapi saat ia masuk ke mulut anda, kepelbagaian flavours dan spices mampu membuatkan anda tidak berhenti dan mungkin akan pesan sepinggan lagi.

Antara hidangan lazat yang lain adalah Baliness Fried Rice. Nasi goreng ini dihidangkan bersama ayam goreng dan sayur-sayuran dan berharga RM13 sepinggan.

Menurut pengasas Mansion 1969, Pierre Teh, tempat itu asalnya dibina pada tahun 1969 dan selepas ditinggalkan bertahun-tahun, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan semula kawasan ini dan minatnya terhadap barangan antik memberikan ilham untuk beliau mendekorasikan tempat ini tempat menjadi tempat lepak hipster

di kalangan orang muda.
PRO TIP
Anda boleh buat tempahan terlebih dahulu (03-3191 5969) bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk pada waktu-waktu sibuk.

Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini, boleh Waze Lot 389, Batu 13, Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor dan waktu operasi adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.

Oleh
Epul