Kalau anda pergi ke Banting, Selangor melalui lebuhraya SKVE, keluar saja dari Plaza Tol Telok Panglima Garang, belok kiri di trafficlight dan anda akan nampak satu tempat makan yang cukup dikenali oleh orang lokal di Jenjarom iaitu Mansion 1969.
Nampak macam rumah lama yang diperbuat daripada kayu, tapi anda jangan salah sangka, restoran ini menyediakan makanan yang cukup lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bak kata orang putih, ‘don’tjudgeabookbyitscover‘. Anda perlu masuk sendiri ke sebelah dalam restoran untuk melihat sendiri keunikkan Mansion 1969.
Sebaik saja melangkah masuk, dekorasi dan atmosphere yang ada di sini akan membuatkan anda terasa seperti di kampung halaman. Berkonsepkan hipster dengan koleksi barangan antik, basikal tua, kamera lama dan mesin typewriter lama, menambahkan lagi mood vintage yang ada ke dalam diri anda.
? TRIVIA Landmark tempat ni mudah saja – selepas anda keluar dari trafficlight Plaza Tol SKVE Telok Panglima Garang, belok kiri dan anda akan nampak sebuah bas berwarna merah yang dijadikan tempat makan.
Dinding di tempat duduk ruang makan digantikan dengan panel kaca dan anda boleh menikmati pemandangan kebun di bahagian belakang kedai yang luas dan mempunyai beberapa pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian. Help yourself sekiranya anda ingin merasai kemanisan buah rambutan yang ada di situ.
Ads
Hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk mereka yang gemarkan makanan tempatan seperti chinese-style dan western. Walaupun kedainya nampak biasa, tetapi kualiti makanan yang disediakan setanding dengan kedai-kedai makan yang mewah.
Ads
? TRIVIA Anda boleh datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan yang ada di luar kedai lebih cantik dengan lampu-lampu yang ada.
Antara menu popular adalah Tomyam Spaghetti yang berharga RM15. Spaghetti yang disediakan nampak seperti spaghetti di kedai-kedai makan yang biasa tetapi saat ia masuk ke mulut anda, kepelbagaian flavours dan spices mampu membuatkan anda tidak berhenti dan mungkin akan pesan sepinggan lagi.
Antara hidangan lazat yang lain adalah Baliness Fried Rice. Nasi goreng ini dihidangkan bersama ayam goreng dan sayur-sayuran dan berharga RM13 sepinggan.
Ads
Menurut pengasas Mansion 1969, Pierre Teh, tempat itu asalnya dibina pada tahun 1969 dan selepas ditinggalkan bertahun-tahun, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan semula kawasan ini dan minatnya terhadap barangan antik memberikan ilham untuk beliau mendekorasikan tempat ini tempat menjadi tempat lepak hipster di kalangan orang muda.
⭐ PRO TIP Anda boleh buat tempahan terlebih dahulu (03-3191 5969) bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk pada waktu-waktu sibuk.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini, boleh Waze Lot 389, Batu 13, Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor dan waktu operasi adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya tempat menarik di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan port selfie terutama bagi yang gemar merakam gambar kenangan.
Salah satunya di Nasi Ambeng D’Rebung yang bukan saja boleh menikmati hidangan menyelerakan di sini, tetapi juga boleh bergambar kenangan selepas itu.
Siapa saja yang tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar di kebun buluh sambil menikmati makanan tradisi orang jawa ini.
Nasi Ambeng D’Rebung ini adalah antara tempat makan menarik yang boleh kita lawati di Sepang, Selangor.
Tempat ini dikatakan menarik kerana anda boleh menimati menu original dari masyarakat Jawa dan juga selepas itu tidak lepaskan peluang untuk OOTD.
Dengan berlandskapkan keliling pokok buluh yang menghijau, pastinya gambar diambil memberikan impak tersendiri. Memang sangat cantik untuk bergambar, lebih-lebih lagi jika datang bersama teman atau keluarga.
Manakala untuk menikmati nasi ambeng ini, anda boleh juga makan dalam dulang. Kalau dalam dulang menu disediakan untuk 4 orang dan akan rasa seperti dulu-dulu makan dalam dulang.
Makanan dihidangkan sangat sedap dan kena dengan selera. Rebung masak lemak kuning memang sangat sedap.
Jangan risau untuk minum air kerana disediakan air sirap dan air kosong secara percuma. Kalau nak order air lain pun boleh terpulang pada cita rasa masing-masing.
Dan selepas selesai makan, bolehlah ambil gambar di kawasan menarik ini. Tapi cuma diingatkan datang lebih awal kerana orang akan mula ramai mula jam 12 lebih.
Antara menu di Nasi Ambeng D’Rebung
– Nasi Ambeng Auam Ungkep
– Nasi Bancaan
– Rebus Masak Lemak Kuning
– Belulang Sambal Tahun (Kulit Lembu)
– Sambal Mentaram Tempe
– Pecal
Waktu Operasi
– Sabtu & Ahad sahaja
– 11 am – 5 pm
Biasa kalau ke Bali kita akan bertumpu di bandar dan juga beberapa tempat lain yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pantai yang cantik dan juga penginapan yang indah sering menjadi pilihan bila ke pulau dewata ini selain melawat ke pura atau rumah ibadat masyarakat di sana.
Namun sebenarnya Bali mempunyai permata yang tersembunyi yang mungkin tak ramai ketahui. Nyna Bananyna dan suami serta dua lagi rakan berkongsi keindahan pemandangan utara Bali yang kaya dengan gunung-gunung berapi.
Merupakan kali ketiga ke Bali, wanita ini ingin sesuatu kelainan dengan melawat ke bahagian Utara Bali yang sememangnya mempunyai pemandangan indah dan tarikan tersendiri.
Ikuti perkongsiannya:
PASSPORT TO BALI
This is my third time to Bali. Tapi kali ni cover Northern area yang jarang orang cover bila datang Bali
12-15 September 2022
4 pax
Started my journey from Jakarta. Tapi nak highlight trip to Bali je because nothing much to highlight in Jakarta.
12 SEPTEMBER 2022
> Landed at Bali (Ngurah Rai International Airport)
> Proceed the journey to Savana Tianyar, Karangasem (3 hours driving from airport).
Dekat sini memang kami aim untuk dapatkan moment sunset. The view is surreal! Padang with rumput kering dengan view Mount Agung, cantik sangat! Rasa macam bukan dekat Bali (cz we know Bali famous with their beach and bar). Tapi jalan nak ke sini off-road and bumpy. But people said, “difficult road often lead to beautiful destinations”. Ahh gituwww.
> Kintamani
Kitorang tersilap sikit planning dekat sini. After pergi Savana Tianyar on sunset, kitorang terus proceed to Kintamani. Which is not a very good idea since the day is getting darker. The route agak mencabar cz naik turun bukit and takde lampu jalan. Jarak perjalanan juga jauh. Our Supir (Mas Agung) banyak kali ask local people around how nak sampai to our hotel dekat Kintamani. Masa planning stage, dah tengok dekat Google Map how far is Savana to Kintamani. Around 1-2 jam je sampai. Tapi sebab route dia challenging, the duration become 3-4 hours juga lah baru kitorang sampai hotel. Supir and kitorang pun dah barai gila waktu tu plus lapar sangat and sejuk. So my advice if nak ikut itinerary kitorang ni, better stay 1 night somewhere near Savana Tianyar tu and ask supir advice dulu masa planning the route for the trip.
Jalan nak masuk to our accomodation ni pun off-road juga. Sampai kitorang rasa bersalah lah dengan Mas Agung (supir) sebab boleh barai kereta dia. Hahaha. Tapi Mas Agung memang the best! Asyik cakap “Agung okay je as long customer Agung happy”. Supir paling sempoi! Oh btw, ini accomodation paling worth it kitorang book in Kintamani! Facilities memang terbaik and canggih ya. (boleh tengok at my highlight IG story pasal accomodation ni if you want to know more). And the view is superb! No need to turn on aircond at night sebab suhu sejuk around 15-20c juga lah. We stayed here for 2 nights. For booking can refer here https://www.booking.com/Share-nKrM8ey
Famous activity dekat Kintamani ni adalah naik jeep untuk tengok sunrise. Best sangat and the view is so priceless ya. We woke up at 5AM and tersangatlah worth it! Cost around IDR 1600k for 1 jeep (max capacity 4 pax) including breakfast. So package ni including:
Tempat lunch ni supir kitorang yang suggest sebab tempat ni halal (Kintamani ada few kedai je yang halal). We take buffet package. Makan lah sampai bloated sebab lapar gila. Price wise pun not bad lebih kurang harga makan dekat Malaysia. They serve ala carte menu as well. View makan dekat sini cantik yaaaaaa! Bayangkan sambil makan, sambil layan view Mount Agung, Mount Batur and few mounts yang lain (tak ingat nama). Recommended!
Naik scooter for the sake of photo je. Hahaha. Sebab view kat sini lawa. Recommend juga untuk try and murah je IDR 60k for 1 hour (around RM19). 1 hour ride is enough for me sebab dia tak boleh bawa jauh sangat and jalan tak berapa rata.
> Cafe hunting
Dekat Kintamani banyak cafe yang aesthetic dengan view yang lawa. So rugi kalau tak pergi mana2 cafe kat sana sambil layan coffee or dessert dorang. We have few cafes in list tapi sempat pergi Montana Del Cafe https://www.instagram.com/montanacafebali/ je. Sepanjang route nak pergi cafe ni, memang banyak cafe lain. I recommend you to lepak dekat any cafe kat Kintamani! Best!
14 SEPTEMBER 2022
> Check out from Bobocabin, Kintamani
> Proceed next journey to Bedegul
From Kintamani to Bedegul took us around 2 hours journey. Musim hujan and sejuk sangat dekat Bedegul this time. So kitorang tak dapat buat banyak sangat aktiviti dekat sini. You guys can also add Ulun Danu Beratan Temple in the list kalau datang Bedegul ni. One of the famous temple dekat sini.
> Local Market Candikuning, Bedegul
Kat sini boleh beli souvenir from Bali. They accept bargain. Some kedai mahal, some kedai murah. So usha2 dulu kedai and harga baru beli. Sebab kitorang dah terkena beli kat satu kedai ni, tengok next kedai lagi murah Sini banyak yang jual strawberry. Murah pun murah.
We stayed here for 1 night. Our connected room is so spacious and big! View dekat sini pun lawa. If kena dengan timing, banyak bunga2 dekat kawasan cabin ni. Tambah dengan view gunung. Sumpah lawa. Activity kat cabin ni boleh main kayak, basikal, rent motor, lepak dalam donut boat etc. Tapi kitorang tak dapat main semua tu sebab hujan. Sedih!
15 SEPTEMBER 2022
> Check out PonDaNu Cabins by the Lake
> Proceed next journey to Tanah Lot, Tabanan.
My second time here. But nothing much to explore sebab ni macam typical tourist attraction. Tapi if beli souvenir kat sini agak murah juga. Bag rotan kat sini pun murah.
> Agung Bali Ole-Ole
Tak berapa recommend sebab souvenir mahal and fixed price! Walaupun ramai tourist datang sini. Elakkan lah ek.
Ternampak kedai ni otw to airport so minta supir stop by kejap sebab macam menarik. Okay cake dia sedap! Approved! Sesuai untuk buat souvenir. Recommend untuk beli ya since cake dia murah je. Tak payah beli keychain sorang satu untuk budak office dah
> Drop to airport and depart to KUL
NOTE:
> Roughly whole budget for this trip around RM4k kot seorang. I tak buat detail sangat untuk expenses. Pergi memang untuk enjoy je.
> Highly recommend our supir, Agung Raja He knows much about Bali and so friendly. Dia boleh suggest tempat makan yang halal since dia pun muslim. Slang bercakap pun dah macam orang KL since customer dia ramai orang Malaysia. Can directly Whatsapp him https://api.whatsapp.com/send/?phone=6281246439091 . Mention my name kot dapat discount! Hahahaha
> If nak buat own itinerary, boleh minta advice from supir regarding the route etc.
> Rent a car is cheaper dari hire supir. Tapi disebabkan kitorang tak berani dengan traffic di Bali, better kitorang hire supir je. Boleh tidur. Hahaha. Tapi supir takde lah mahal sangat pun if you datang in group.
> Stay longer days than us so boleh explore lagi banyak hidden gems dekat Bali. Beach and bar is too common.
> Tiktok and IG reels is our reference untuk tempat-tempat yang best! Thank you Ellia Rohim sebab together buat itinerary!
Photo and video equipment:
> iPhone 12 Max Pro
> Sony A7iii + Tamron 28-75mm f2.8
> Canon M50 + Canon 32mm f1.4
Edited with Lightroom (photo) and Premiere Pro (video)
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Camping Pertama 2023 di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
Tempat bersih comes with water heater
Toilet 4
Tapak berbatu kecik2 (kwsn tent jd bersih)
Kawasan berpagar dan security
Plug Point di toilet saja
Surau tak ada
Sink dkt area tapak
Digi & Celcom terbaik
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon