Datang Dari Jauh Dan Nak Bermalam Di KL, Cuba Menginap Di Hotel CitizenM Bukit Bintang!

Share

Pelancong terutamanya dari Malaysia yang gemar menggunakan teknologi sebagai medium penting dalam percutian mereka sememangnya akan menyukai satu hotel butik terbaharu yang dibuka di ibu negara iaitu hotel CitizenM Kuala Lumpur.

CitizenM Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang adalah hotel butik ‘mewah’ mampu inap yang telah memenangi banyak anugerah berprestij dalam industri perhotelan dan kini membuka cawangan terbaharu mereka di rantau Asia di Kuala Lumpur selepas Taipei dan Shanghai pada 2017 dan 2018.

Hotel yang terletak di tengah-tengah ‘segi tiga emas’ ibu negara dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan tempat-tempat makan menarik yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki. Lokasinya yang strategik di Bukit Bintang membolehkan anda merasai dan mengalami keseronokkan citarasa makanan tempatan, berhibur di tempat-tempat hiburan sekitar KL dan juga melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik tanpa perlu bersusah payah untuk berjalan jauh.

Berkonsepkan hotel butik, CitizenM mendekorasikan ruang dalam hotel mereka dengan perabot, corak dinding dan juga lantai, hiasan dalam yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri – berbeza dengan hotel-hotel lain, di CitizenM, mereka cuba untuk memberikan anda rasa nyaman dan selesa selepas mengembara jauh daripada kediaman di tempat asal anda.

Selain daripada sesuai untuk anda yang datang untuk melancong, CitizenM Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan urusan perniagaan menghasilkan keuntungan di ‘segi tiga emas’ itu. Selain dekorasinya yang akan membuatkan anda berasa selesa seperti di rumah, CitizenM juga menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anda dan kumpulan anda melakukan pelbagai jenis urusan sama ada mesyuarat, perbincangan dan urusan kerja yang lain.

Di CitizenM, ada disediakan tiga bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala peratalan yang anda perlukan dan satu bilik teater yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin melakukan perbentangan kertas kerja kepada sesiapa yang anda mahukan.

210 buah bilik hotel dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz XL adalah salah satu keistimewaan yang terdapat di hotel ini. Tidak seperti hotel-hotel yang lain di mana mereka mengklasifikasikan beberapa buah bilik dan katil mengikut kategori, CitizenM berasakan bahawa semua tetamu mereka adalah sama rata dan perlu dilayani dengan adil dan saksama.

Oleh demikian, tidak ada kategori bilik berasingan di CitizenM. Selain daripada itu, sesuai dengan apa yang saya katakan di atas, hotel ini akan menjadi kegemaran kepada anda yang ‘tech-savvy’ kerana selain daripada dekorasi ruang dalamnya yang moden dan meriah, segala kelengkapan yang berada di situ adalah dikawal dengan satu alat kawalan sahaja. Ini bermakna, bermula daripada televisyen hingga ke lampu tandas anda adalah dikawal dengan menggunakan iPad yang disediakan di setiap bilik.

Salah satu perkara yang paling saya gemari adalah sambungan Wi-Fi yang paling pantas di hotel pernah saya gunakan tanpa limit untuk sesiapa sahaja yang singgah di hotel berkenaan.

Kepada anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur, cubalah CitizenM di Bukit Bintang untuk rasai sendiri pengalaman menarik bermalam di Bukit Bintang!

Oleh
Epul