Dasar Perjalanan Baru AirAsia Setiap Penumpang Perlu Tahu Ketika Menggunakan Pesawat Ini

Share

AirAsia Group melaksanakan dasar perjalanan baharu untuk penumpangnya berikutan pandemik COVID-19.

Ini termasuk memerlukan penumpang untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas penerbangan, serta semasa mendaftar masuk dan mengambil bagasi.

  • Penumpang tanpa topeng muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat, menurut kenyataan dalam laman web AirAsia.
  • AirAsia turut menyemak semula dasar bagasi kabin untuk memudahkan penjarakan sosial, terutamanya semasa naik dan turun pesawat, membenarkan hanya satu bagasi kabin tidak melebihi tujuh kilogram bagi setiap penumpang. Langkah itu akan membantu mengurangkan kontak yang tidak diingini antara penumpang dan bagasi penumpang yang lain dan sebaliknya.
Foto: forbes.com
Foto: CNN
  • Terdapat juga pemeriksaan suhu di pusat pemeriksaan yang berbeza, termasuk pintu masuk. Semua kru akan dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif.
  • Penjarakan sosial perlu dipantau dan akan terdapat penanda di lantai di kawasan untuk beratur, termasuk kaunter daftar masuk serta kiosk.
  • Langkah keselamatan lain ialah kaunter daftar masuk alternatif untuk memastikan jarak yang mencukupi, malah AirAsia sedang mengusahakan untuk mempunyai proses daftar masuk tanpa kontak.
  • Kru kabin akan dikehendaki untuk memakai peralatan perlindungan di dalam pesawat, termasuk topeng muka dan sarung tangan. Kakitangan pengeluaran akan dipantau mengikut garis panduan COVID-19 dan kru kabin yang mengendalikan item menu akan dikehendaki untuk memakai sarung tangan pakai buang.
  • Selain itu, kru kabin kami telah dilatih dengan prosedur untuk menguruskan pesakit atau penumpang yang disyaki tidak sihat di dalam pesawat.
Foto: newsroom.airasia.com

Meurut kenyataan tersebut lagi, keselamatan menjadi komponen paling penting dalam industri penerbangan, dan sudah pasti AirAsia akan terus berusaha untuk memastikan kesalinghubungan penting ini memenuhi semua standard kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk pekerja dan penumpang.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna