Pekan Nanas yang terletak di Pontian dikenali kerana sumbangannya sebagai pengeluar nanas di Malaysia. Lokasi ini juga telah dibuka untuk tujuan Agro pelancongan memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melawat dan menyaksikan sendiri proses ladang ini beroperasi.
Tanaman tropika, nanas bukan saja tinggi kandungan vitamin C, malah daun tanaman kontan itu juga mempunyai serat yang tinggi. Terdapat sebuah Muzium Nenas yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai buah kebanggaan rakyat Johor ini, artifak, bahan penerbitan dan informasi mengenai industri nanas di Malaysia.
Pelbagai variasi nanas turut ditanam di sekitar kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali jenis-jenis tanaman nanas di Malaysia. Selepas puas bergambar di sini jangan lupa untuk membawa pulang ole-ole berupa buah nanas.
Ads
Muzium ini juga memberi informasi buat pengunjung yang berminat dalam usaha penanaman dan industri nanas di Malaysia. Bemula dengan kaedah penanaman nenas, pengawalan seranggan perosak dan penyakit dan lain-lain lagi. Pengunjung turut berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang daripada daun nenas yang kemudiannya digunakan untuk membuat baju. Benang serat nanas ini mempunyai kegunaan dalam penghasilan tekstil berkualiti tinggi termasuk digunakan untuk membuat baju dan penghasilan motif songket menggantikan benang emas.
Ads
Ads
Jika serat lain hanya boleh dibuat kertas, serat nanas ini istimewa kerana boleh menghasilkan benang. Bermula daun nanas diambil dari kebun, ia kemudian diracik atau digunting halus, direndam semalaman sebelum direbus. Bahan berkenaan dibiarkan selama dua hari sebelum dikisar menggunakan mesin industri bagi mendapatkan serat paling berkualiti. Kemudian serat nanas yang sudah dikisar dimasukkan dalam acuan sebelum dikeringkan. Jika cuaca panas, proses pengeringan serat untuk dijadikan kertas hanya mengambil masa sehari.
Nak tahu lebih lanjut mengenai nanas, berkunjung la ke musim ini.
image via FB Menarik Di Pontian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau di Sabah ada bahagian paling utara Borneo atau popular sebagai Tip of Borneo terletak di Kudat, Sabah. Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor.
Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara.
Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.
‘Tip of Asia’ bukan sahaja terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia malah kedudukan lokasi itu berada paling hujung tanah besar Asia.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
Aktiviti lain yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah aktiviti air. Terdapat sebuah dataran dan ketika air pasang besar biasanya air akan melimpah, maka ramai pengunjung mengambil peluang untuk bermain air dan melakukan aktiviti sukan air.
Masih terdapat lagi bot-bot rekreasi yang berdegil, dengan melakukan aktiviti memancing di sekitar perairan Selat Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan komuniti laut seharusnya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum oleh kerajaan sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19. Mana-mana perkhidmatan bot kurang penting (non-essential services boat) yang keluar ke laut, boleh diambil tindakan kerana melanggar PKP.
Foto: pixabay
Hanya komuniti nelayan yang berlesen sahaja dibenarkan untuk ke laut manakala yang selebihnya seperti kegiatan menjala ikan dan mengutip kupang secara berkumpulan ketika air laut sedang surut, tidak dibenarkan.
Masih dapat dilihat kegiatan sedemikian (memancing, menjala dan mengutip kupang) berlaku di sekitar pesisir pantai perairan Pantai Morib, Pantai Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Mereka keluar beramai-ramai termasuk membawa anak kecil sekali pergi mengutip kupang di pesisiran pantai. Pihak APMM terpaksa menggunakan pembesar suara dengan memberi peringatan dan menyuruh mereka pulang ke rumah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...