Memang heaven kalau dapat pergi travel tiap-tiap tahun, lagi-lagi saing dengan bestfriend atau family kan. Bergelak sakan melepaskan tekanan dan pergi jauh daripada kesibukan seharian.
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan.
Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan.
Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket
flight atau bayar duit hotel.Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas.
Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat.
Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!