Umum mengetahui kepentingan cahaya matahari kepada hidupan di muka bumi menikmatinya. Peranan cahaya matahari juga membuatkan dunia ini terang-benderang. Begitu juga manfaat sang suria terhadap kesihatan tubuh badan sangat penting. Cahaya matahari menjadi sumber vitamin D yang boleh meningkatkan keupayaan memori dan badan manusia.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Selain itu, cahaya mentari juga berupaya membangkitkan mood gembira kerana ia merangsang paras hormon serotonin dalam badan. Badan mungkin akan lesu dan kulit kusam jika tidak menerima pancaran cahaya matahari dengan baik. Bayangkan kehidupan anda jika perlu hidup dalam keadaan gelap dan tanpa bantuan cahaya matahari menyinari dengan sempurna? Pasti gelisah bukan? Penglihatan akan terhad, tanaman habis mati, ternakan jatuh sakit dan tahap kesihatan diri anda juga pasti menurun.

Namun itu antara kesulitan yang perlu dihadapi komuniti di Rjukan, sebuah bandar yang terletak 3 jam perjalanan di barat laut Oslo, Norway. Daerah ini dikenali sebagai salah satu bandar paling gelap di dunia hampir 5 bulan lamanya untuk setiap tahun.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Terdapat kira-kira 3,386 penduduk di Rjukan, sebuah bandar yang mendapat namanya dari Rjukan Fall iaitu air terjun sepanjang 104 meter yang menyediakan akses mudah untuk menjana sejumlah besar tenaga elektrik. Pekan ini tidak mempunyai cahaya matahari secara langsung dari bulan September hingga Mac kerana bentuk muka bumi yang dikelilingi pergunungan di sekitarnya.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Ads

Oleh itu, memberi penduduk di sini sekurang-kurangnya merasa sedikit bahang dan sinaran cahaya matahari, pengurusan bandar Rjukan telah memperuntukan 5 juta Krone Norway (NOK) atau RM 2.4 juta dengan memasang cermin gergasi pantulan di puncak gunung sebagai matahari palsu.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Cermin berkuasa solar yang diletakkan 450 meter dari puncak pergunungan paling tinggi menjejaki pergerakan matahari dan berfungsi memantulkan cahayanya ke bahagian bandar Rjukan. Disebabkan itu, cahaya matahari bersinar tepat ke arah dataran pekan ini yang menjadi tempat tumpuan ramai.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Ads

Salah seorang penduduk tempatan berkata bahawa warga Rjukan sudah terbiasa hidup tanpa cahaya matahari. Sehingga kewujudan matahari palsu ini ramai seperti tidak percaya. Mereka seperti berada di dunia baru. Bukan hanya tubuh badan dapat dihangatkan, tetapi minda juga seakan-akan terbuka dan segar.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena MatahariMacam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Walau bagaimanapun idea ini turut menerima banyak kritikan daripada sesetengah komuniti masyarakat yang merasakan kewujudan matahari palsu sebagai gimik dan membazirkan wang kerana bukan keseluruhan bandar Rjukan mendapat manfaat tetapi sebilangan kecil cahaya matahari sahaja.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena MatahariMacam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Ads

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Namun kritikan itu hanya sekadar angin lalu, setelah sistem matahari palsu ini siap sepenuhnya, semua penduduk menyedari bahawa idea ini bukan sahaja memberikan cahaya matahari yang sangat diperlukan oleh penduduk tempatan tetapi juga membantu menaik taraf ekonomi bandar ini. Rjukan kini menjadi pilihan ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia untuk datang melawat kerana keunikan bandar mereka yang boleh dikatakan satu-satunya daerah mempunyai matahari palsu.

Macam Mana La Penduduk Norway Ni Hidup, 5 Bulan Tak Kena Matahari

Idea cermin matahari palsu pertama telah diilhamkan oleh pengasas bandar Rjukan, Sam Eyde pada tahun 1913. Beliau memahami betapa pentingnya cahaya matahari dan cuba mencipta cermin matahari tetapi malangnya, usaha itu tidak berjaya. Menurut laman sesawang pelancongan Norway, “Idea ini dibangunkan semula pada tahun 2005 oleh Martin Andersen, seorang artis dan salah seorang penduduk bandar Rjukan. Pada tahun 2013, cermin matahari palsu telah berjaya dipasang secara rasmi iaitu 100 tahun selepas idea itu dicetuskan.”

Sumber: Bored Panda

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI