Inginkan kelainan ketika percutian bersama keluarga? Percutian Ala Cruise di Qashrina Qruise, Melaka ini akan memberikan pengalaman baru buat anda dan keluarga.
Sesuai juga untuk jadikan port percutian family yang besar kerana hanya dengan jumlah minimun 50 orang, anda terus boleh lock cruise ini untuk kegunaan keluarga anda sahaja tanpa kehadiran pengunjung lain.
Mempunyai 20 bilik dan dewan besar yang tertutup, banyak aktiviti yang boleh dijalankan di atas cruise ini jika anda membawa keluarga yang besar.
Ads
Mengenakan bayaran RM130 seorang per malam bagi yang berumur 6 tahun ke atas, pakej ini termasuklah:
Penginapan
Makan 3 kali (hi-tea, bbq dinner, breakfast)
Dewan
Karaoke
Private pool
Pihak chalet akan arrange telematch 2 game termasuk hadiah
Seperti setiap bilik pula terdapat kelengkapan yang selesa seperti:
Ads
Katil (queen @ double decker)
Aircond dan kipas
Tv screen plasma
Wifi
Kettle
Towel
Bilik air moden/stylish
Water heater
Paling teruja sekali, anda juga boleh menikmati suasana dalam cruise sepanjang hallway menuju ke bilik. Dan terdapat juga bilik kapten yang terletak paling atas dan boleh di akses ke deck kapal untuk menikmati pemandangan laut. Betul-betul beri pengalaman luar biasa!
Ads
Nama: Qashrina Qruise
Alamat: Pantai 75400 Tanjung Kling, Melaka
Sumber: Port Cuti Bajet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Yeahh.. Buat kipas-susah-mati durian di luar sana, bergembiralah anda di selepas ini sebab satu inisiatif berupa ‘Durian Tourism’ bakal diperkenalkan dalam industri pelancongan tanah air.
Inisiatif daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini pasti mampu menggalakkan lagi sektor agropelancongan lagi-lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.
Malah bukan sahaja menggalakkan pelancong domestik tapi pelancong luar negara juga akan berpusu-pusu untuk datang ke negara ini sebab peminat ‘Raja Segala Buah’ ni ada di merata-rata tempat. Jangkaan pelancong luar negara yang akan datang nanti adalah daripada China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Jangan ingat mat salleh tak ada yang suka makan durian tau.
Menurut Timbalan Menteri MOA, Sim Tze Tzin, inisiatif ini juga akan meningkatkan sumber kekayaan yang baru demi semua rakyat Malaysia seperti pemandu Grab atau teksi, pengusaha rumah inap dan sebagainya. Jadi ‘Durian Tourism’ ini lebih menguntungkan rakyat Malaysia.
Betul apa yang diucapkan oleh beliau. Inisiatif ni akan menggerakkan macro dan micro ekonomi untuk negara dan penduduk setempat. Tak sabar rasanya nak makan durian puas-puas! Yeay!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun bila memasuki bulan Mac, akan berlaku jerebu. Kebiasaannya ia melibatkan pembakaran hutan secara terbuka oleh negara jiran bagi penanaman pokok baru. Malah isu pemcemaran rentas negara ini akan sentiasa berulang tahun demi tahun.
Terkini, beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pagi ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi, iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada jam 8.00 pagi ini.
Pemerhatian mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya) (sumber Bernama).
Jelas, dalam keadaan beberapa buah daerah mencatatkan IPU tidak sihat, diharap orang ramai menjaga diri dan tidak keluar tanpa arah tujuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli pakej-pakej pelancongan Negeri ini yang ditawarkan secara khusus oleh 28 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Majlis Pelancaran pada Selasa bertempat di Sunway Lagoon, taman tema terbesar di Malaysia dan turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor, telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dan Tuan Calvin Ho, Pengarah Eksekutif, Sunway Theme Parks.
Majlis pada hari tersebut turut merangkumi sesi Sidang Media berkenaan pelaksanaan SOP produk pelancongan Negeri Selangor bertepatan dengan kemasukan Negeri ini dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang melihatkan sektor pelancongan domestik mula dibuka secara bertumpu, dengan aktiviti pelancongan dibenarkan terhad dalam Negeri yang sama.
Namun, penggiat industri pelancongan sudah mula menarik nafas lega setelah terpaksa menghentikan sementara operasi mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 PPN terdahulu.
Tuan rumah bagi Majlis Pelancaran tersebut, Sunway Lagoon turut tidak berkecuali menyambut baik perkembangan positif tersebut dengan pelancaran tarikan terbaharu; “Camp Out Sunway Lagoon” bersempena pembukaan semula operasi taman temanya bermula 7 Oktober ini.
Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah diharap agar Pelaksanaan SOP Pelancongan di Negeri Selangor dan Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta yang dilancarkan pada hari ini akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.”
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”, tambah Y.B. Tuan Hee Loy Sian.
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!