Satu-satunya hutan simpan kekal yang masih ada di tengah bandaraya Kuala Lumpur terletak di Taman Eco Rimba Kuala Lumpur di kawasan Bukit Nanas. Hutan berkenaan adalah satu-satunya hutan asli berstatus hutan dara yang masih wujud diangkat sebagai salah satu produk pelancongan negara.

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk BersantaiDahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas sudah berusia 113 tahun berdasarkan tarikh pewartaannya sejak 1906. Ketika itu, ia berkeluasan 17 hektar, tetapi kini hanya berbaki 9.37 hektar. Dahulu dikenali sebagai Bukit Weld atau Bukit Gombak dan sangat popular dalam kalangan pengunjung kerana kedudukannnya di tengah bandar. Selain itu kawasan ini juga dikelilingi dengan deretan hotel ternama serta pusat membeli-belah.

Kini di puncak bukit ini tersergam indah Menara Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu merupakan tapak bekas istana Raja Mahdi Raja Sulaiman, Pentadbir Klang yang menentang campur tangan British di Kuala Lumpur.

Kereta Kabel Bukit Nanas

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Selain itu, pada suatu masa ketika dahulu lokasi ini pernah dibangunkan perkhidmatan Kereta Kabel Bukit Nanas yang memberi peluang pengunjung untuk menikmati alam sambil bersiar-siar. Namun tarikan aktiviti dan perkhidmatan kereta kabel ini telah ditamatkan sekitar tahun 1980an.

Ads

Terowong Rahsia Di Bukit Nanas

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Jangan tidak tahu, terdapat sebuah terowong rahsia dijumpai disekitar kawasan ini. Terowong itu ditemukan secara tidak sengaja semasa kerja-kerja baik pulih cerun runtuh oleh kontraktor pada Mei 2013 lalu. Penemuan ini juga mengukuhkan lagi beberapa cerita dan bualan mulut orang terdahulu tentang peperangan di puncak bukit itu selain wujudnya istana lama pernah dihuni oleh raja-raja Me­layu. Terowong itu dipercayai dibina oleh kudrat manusia yang menghuni Bukit Nenas sekitar 150 tahun dahulu dengan menggunakan alat tajam untuk mengorek lubang menjadi sebuah terowong. Hasil penemuan mendapati terowong itu dijadikan pintu belakang untuk keluar masuk menuju ke Sungai Klang dan lombong bijih timah di kawasan sekitar tersebut.

Jambatan Gantung Titian Silara

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Ads

Hari ini kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas mempunyai pelbagai tarikan lain iaitu Titian Silara atau canopy walk yang siap dibina pada 2014. Canopy walk sepanjang 200 meter dengan ketinggian 18 meter dari tanah itu mempunyai keunikan tersendiri.

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk BersantaiDahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Mungkin anda tidak sempat untuk merasai ‘perkhidmatan kereta kabel’, namun dengan adanya jambatan gantung ini, pengunjung masih boleh menikmati pemandangan cantik Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas dari atas. Paling penting canopy walk ini sangat mesra orang kurang upaya (OKU) terutama kepada pengguna kerusi roda.

‘Hiking’ Tengah Kota

Ads

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk BersantaiDahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Daripada titian terus berjalan masuk ke dalam denai hutan yang seterusnya menghubungkan laluan ke Menara Kuala Lumpur. Denai Penarahan, Denai Merawan, Denai jelutung, Denai Suboh dan Bamboo antara laluan siar kaki yang menawarkan pelbagai tarikan tersendiri. Kemudahan kerusi dan pondok rehat turut disediakan bagi memudahkan pengunjung melepaskan lelah seketika selepas melakukan penjelajahan di hutan ini.

Galeri Pusat Maklumat Perhutanan

Dahulu Di Kawasan Bukit Nanas Ada Kemudahan Kereta Kabel Untuk Bersantai

Selain itu turut disediakan Galeri Pusat Maklumat Perhutanan menyediakan maklumat yang membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas. Pelbagai maklumat mengenai hutan ada di sini serta dilengkapi mini teater untuk tayangan video atau taklimat.

Bagi yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi tanpa perlu keluar jauh dari bandar raya Kuala Lumpur, Taman Eko Rimba KL destinasi tepat buat anda. Waktu Operasi dari 8 pagi hingga 5 petang dibuka tujuh hari seminggu.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI