
Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pengoperasian pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan garis panduan yang perlu dipatuhi para peniaga dan pengunjung.
Perincian yang dikeluarkan DBKL itu turut merangkumi syarat permohonan peniaga atau penjaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja bermula 10 Jun 2020.
Dah tak sabar nak jejak pasar malam? Ini garis panduan buat peniaga, pengunjung pasar terbuka DBKL
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sunset Cruise’ Aktiviti Romantik Wajib Try Kalau Berbulan Madu Di Langkawi. Siap Dinner Atas Kapal Tau!

Di Langkawi, antara tarikan yang sudah lama di praktikan di sini adalah pengalaman merasai dan menaiki ‘Sunset Cruise'.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agen pelancongan berdaftar di Langkawi yang dilengkapi pakej makan malam pada waktu petang hingga ke malam. Sambil dihidangkan menu enak yang disediakan di atas kapal, mata anda pasti tidak henti menyaksikan keindahan alam dan lautan terbentang luas dari bahagian deck atas kapal.
Ternyata ia satu detik yang mengujakan dan sukar didapati di tempat lain. Anda juga boleh membawa pakaian bersesuaian sekiranya mahu merasai pengalaman jakuzi asli air laut yang disediakan di bahagian belakang bot cruise. Perjalanan lebih tiga jam mengelilingi lautan dan kemuncaknya adalah ketika menyaksikan matahari terbenam yang sangat mengasyikkan.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh si pengantin baru Fitry Amira

- Antara aktiviti highlight trip honeymoon kami ke Pulau Langkawi kali ini ialah Sunset Dinner Cruise.
- 3 jam dibawa belayar merentas lautan sambil melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi memang pengalaman yang takkan dilupakan. Really worth the money guys!
- Terdapat banyak company yang menawarkan pakej sunset dinner cruise di Langkawi. Selepas survey beberapa syarikat, kami decide utk pilih Tropical Charters dan alhamdulillah sangat puas hati dgn layanan yg diberikan. Krew2x kapal sgt friendly dan happening
- Harga asal lebih kurang dlm Rm350 per pax dan kami agak bertuah sebab dpt grab harga promo Rm170 sahaja per pax
- Kami menaiki kapal layar dari jeti Resort World Langkawi bermula pkl 5pm – 8pm. Antara aktiviti sepanjang berlayar ialah salt jacuzzi bath (mandi air laut)dan makan malam (barbeque) sambil menikmati matahari terbenam.
Jadi, untuk anda yang mencari kelainan aktiviti di Langkawi boleh include sunset dinner cruise dalam itenari.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Bila Melancong & Berada Di Tempat Orang, Terutamanya Selepas PKP

Isi Kandungan
ToggleKita semua harus akui dan terima, entah bila lagi kita akan berpeluang untuk makan angin atau melancong. Apatah lagi luar negara, merentas negeri pun nampaknya masih jauh lagi dari jangkauan kita.
Namun usah gusar. Pastinya kita akan berpeluang untuk melakukan itu semua dengan syarat semua pihak berganding bahu sama-sama membantu barisan hadapan membendung penularan wabak sedang melanda ini. Cara terbaik, daftar dan dapatkan suntikan vaksin!
Buat anda yang berkira-kira dan merancang untuk melancong selepas ini, mungkin sudah banyak lupa akan tip terutamanya bila berada di tempat orang. Usah risau, LIBUR akan kongsi 10 tip menarik untuk kita sama-sama ‘ulang kaji pelajaran’!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
- Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
- Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
- Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Menentukan Waktu Imsak & Berbuka Puasa Jika Di Atas Pesawat Atau Penerbangan

Isi Kandungan
ToggleKetika ini, semua umat Islam di dunia sedang menjalani ibadah berpuasa. Walaupun sedang berpuasa rutin harian perlu berjalan seperti biasa. Ada yang perlu ‘travel’ menaiki kapal terbang ke luar negara atau daerah lain atas tujuan tuntutan kerja, pulang ke kampung halaman, menghadiri majlis tertentu dan ada juga yang suka melancong ketika berpuasa.
Perjalanan penerbangan ke destinasi yang ditujui kemungkinan ketika waktu bersahur atau waktu berbuka puasa. Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menentukan waktu imsak dan waktu berbuka dengan betul? Jika tidak, ini adalah panduan yang boleh anda ambil tahu.
Waktu Imsak
Kaedah menentukan waktu Imsak yang tepat dalam penerbangan adalah dengan merujuk secara terus kepada tanda-tanda cahaya fajar di ufuk timur. Rujukan kepada alat-alat kiraan hanyalah tepat sebagai jangkaan dan perancangan awal. Waktu Imsak, iaitu waktu berhenti dari makan dan minum serta permulaan bagi ibadah puasa adalah apabila timbulnya cahaya pagi di ufuk Timur yang jelas lagi nyata kelihatan. Ini adalah waktu yang sama bagi permulaan solat Subuh.
Waktu Berbuka Puasa
Dalam menentukan waktu berbuka puasa, ramai orang menganggap bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka pada hari tersebut adalah berpandukan waktu ketika di ruang udara tempat tersebut. Contohnya, jika pesawat tersebut berada di ruang udara indonesia, maka waktu berbuka puasa perlu mengikuti waktu berbuka puasa di Indonesia.
Lihat Matahari Terbenam
- Berdasarkan kenyataan Ketua Persatuan Ulamak Sedunia, waktu berbuka puasa bagi mereka yang sedang bermusafir dengan menaiki kapal terbang adalah selepas terbenamnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka dan bukannya mengikut waktu di mana kapal terbang berada.
- Setiap orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang tidak boleh berbuka puasa mengikut waktu dari kawasan kapal terbang itu berlepas atau mengikut waktu di mana kapal terbang itu mendarat dan juga tidak mengikut waktu di mana kedudukan kapal terbang itu berada sekarang.
- Jika krew kabin telah mengumumkan telah masuk waktu berbuka puasa, seeloknya perhatikan di tingkap di mana kedudukan matahari. Jika matahari sudah tidak kelihatan, maka anda boleh berbuka puasa. Namun, jika masih ternampak matahari, maksudnya belum masuk waktu berbuka.
Ingat ya, antara definisi puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di dalam kapal terbang di ketinggian yang tinggi pastinya akan sedikit lewat berbanding mereka di darat walaupun berada di negara atau kawasan yang sama. Kelewatan ini boleh mencecah sehingga lewat 20 minit. Jika penumpang tidak yakin, berbukalah ketika sudah sampai di destinasi.
Sumber: Sumberpendidikan.com | Hafizfirdaus.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI