Bagi yang ada perancangan bercuti ke Sabah Sipadan Kapalai Dive Resort yang terletak di Semporna Sabah yang mendapat julukan Maldives Malaysia pasti antara destinasi pilihan.
Sipadan-Kapalai Dive Resort terletak beberapa minit sahaja dari Pulau Mabul dan Pulau Sipadan dan sejam perjalanan melalui bot dari jeti Semporna. Resort ini terletak di atas Lautan Celebes yang terkenal dengan ‘syurga’ dunia di bawah laut antara yang terbaik di dunia selain dikelilingi pulau-pulau yang bukan calang-calang kecantikannya
Mempunyai air yang biru jernih, Sipadan Kapalai Dive Resort ini hanyalah resort didirikan di atas kayu-kayu sahaja dan hanya ada tebing pasir tanpa pesisir pantai sebagai mana pulau lain. Dikatakan dahulu ia sebuah pulau namun telah ditenggelami air laut dan hakisan lain mengakibatkan tidak ada tanah di sini dan tidak ada pantai di sini.
Yang ada hanyalah resort mewah ini yang didirikan di atas pulau ini menggunakan tiang-tiang kayu. Walau pun begitu, di tebing pasir cetek di Ligitan Reefs ini merupakan lokasi banyak ikan dan hidupan laut yang eksotik berenang dengan bebas di sana sini.
Dari banyak review pengunjung, ramai berpuas hati dengan resort ini. Bilik airnya luas dan lebih menarik boleh lihat binatang seperti penyu berenang di tepi bilik air ini. Malah biliknya juga amat luas, sesuai bagi yang ingin berbulan madu dan melakukan aktiviti snorkling.
Walau berada di atas laut, tetapi pengunjung tidak boleh buka pintu dan terus terjun ke dalam laut ya. Hal ini dilarang kerana pihak resort ingin menjaga kehidupan laut yang sering berenang di sekeliling resort ini dan ada check-check point untuk melakukan aktiviti renangan di sini.
Dengan pemandangan indah, angin sepoi-sepoi bahasa, candle light dinner selain melihat matahari terbit dan terbenam ditambah pemandangan sangat indah, sudah tentulah bagi yang memilih ke sini perjalanannya sangat berbaloi-baloi.
Sumber gambar : Sipadan Kapalai Dive Resort
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI