Dah Dua Kali Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 Ditutup Kerana Kencing Tikus

Share

Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1,Kulai Johor ditutup kepada pengunjung mulai minggu lepas sehingga hujung Februari ini berikutan beberapa kejadian leptospirosis di pusat rekreasi berkenaan.

Foto: Flickr Edgar Ji

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai mengesahkan notis perintah tutup yang dikeluarkan pada 12 Februari 2020. Ini merupakan tindakan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Foto: Bernama

Penutupan ini adalah ekoran daripada kejadian beberapa kes leptospirosis (kencing tikus) yang dikaitkan dengan penggunaan kawasan reakreasi berkenaan.

Perintah penutupan itu bertujuan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan agar kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung. Orang ramai diminta tidak mengunjungi pusat rekreasi berkenaan sementara waktu bagi tugas-tugas pembersihan dilakukan.

Ini merupakan kali kedua Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup. Sebelum ini pernah ditutup kepada pengunjung antara Mei dan Jun 2017, juga akibat kencing tikus.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna