Sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.
Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah lama tidak dijenguk sepanjang tempoh PKPB kedua dilaksanakan.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan mengunjungi destinasi menarik di dalam negara.
Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri dengan pergi bercuti tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan dipatuhi jika ke tempat green zone
.Selain itu itu berikutan peningkatan kenderaan di jalan ekoran ramai yang keluar dari Lembah Klang menuju destinasi masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.
Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta doa pesanan.
Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:
“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)
Kredit Foto: Instagram PU Amin
Artikel Berkaitan:
5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!