Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri.
Hikmah PKPP, ramai yang mula sedar bercuti di dalam malaysia tidak kurang menariknya. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau negara kita ok! Cuba pusing semua pulau dekat dalam negara dulu, baru terjah pulau negara lain tau! Lepas itu anda buat perbandingan sendiri. Kalau di negeri Sabah, boleh pilih untuk bercuti disekitar Semporna. Banyak lokasi menarik yang boleh singgah di sini.
Antara cadangan pulau best yang anda boleh terjah adalah Pulau Bohey Dulang. Pulau ini terbentuk akibat kesan letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Ia adalah sisa tinggalan gunung berapi seolah-olah kawah yang dibanjiri air laut lalu mewujudkan lagun besar. Kawasan lautnya pula berada pada kedudukan strategik iaitu berkongsi lautan dengan selatan Filipina dan utara Sulawesi.
Pulau Mabul mempunyai komuniti masyarakatnya tersendiri. Pulau ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang memilih untuk bercuti cara bajet hingga mewah kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dari status dorm hingga ke villa terapung.
Pulau Mantabuan tidak kurang indahnya seperti pulau-pulau lain yang ada di sekitar ini. Air lautnya sangat jernih, pasir sangat memutih. Pulau Mantabuan tidak mempunyai sebarang fasiliti tempat penginapan, namun terdapat sebuah perkampungan suku Bajau Laut dengan kemudahan kedai runcit jika anda ingin ‘melepak’ minum sebentar sambil menyaksikan panorama indah.
Semporna Sabah oleh, Azie Sam
Saya seorang #beachlover !! Dah 3 kali ke Maldives. Ini first time sampai di Semporna Sabah. Apa yang boleh dikatakan yesss, semporna hampir sempurna Indah, sesuai dengan panggilan Maldives Malaysia. Itinerari 4D3N Semporna Sabah by #kembaraimpian :
Day 1:
Flight KUL – TWU
Tawau ke Semporna menaiki van
Semporna ke Pulau Bum Bum menaiki speed boat
Check in
Day 2:
Snorkeling ke pulau timba-timba, Pulau Mataking dan Pulau Pom pom
Day 3:
Mendaki gunung Bohey Dulang, snorkeling di Pulau Matabuan dan Sibuan Island
Check out
Check in di bandar Semporna
Day 4 :
Jalan jalan di bandar Semporna dan Pekan Tawau.
Flight balik
Trip ni kami tak sempat ke Water Villa Bungalow Pulau Mabul. InshaAllah ada impian untuk repeat lagi dalam masa terdekat