Cuti-Cuti Malaysia: Jom Jenguk 3 Kawasan Sawah Padi. Serius Cantik Menyegarkan

Share

Jika anda merupakan penghuni bandar besar, pasti tidak menyedari berapa banyak pencemaran bunyi terpaksa ‘diterima’ telinga setiap hari selagi tidak meneroka kawasan kampung dan alam semula jadi.

Jom masuk kampung, jenguk hamparan sawah padi. Pemandangan nan menghijau, bunyi unggas bernyanyi dan panorama indah bakal ‘mengecas’ semula semua pancaindera sekaligus menimbulkan kedamaian jiwa.

Ini antara port sawah padi yang ada di Malaysia untuk anda terokai melangkapkan percutian indah anda.

Ban Pecah, Parit Buntar Perak
Foto: Azlan Khairi
Foto: Azlan Khairi

Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak memiliki kawasan sawah padi yang begitu unik. Pemandangan dari udara memaparkan sawah padi terbentang dan dari satu sudut yang lain kelihatan pemandangan laut dengan sedikit ruang landai menjadi pusat aktiviti penduduk mahupun orang luar berkunjung untuk beriadah.

Malah di sepanjang laluan pesisiran laut itu boleh kelihatan bongkah batu yang berfungsi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah. Pada hujung minggu, lokasi ini sangat meriah dengan aktiviti memancing dan juga bersantai melihat pemandangan indah terutama tatkala senja di kawasan itu.

Sekinchan, Selangor
Foto: @fiz_zero
Foto: Selangor Kini

Sekinchan pekan yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor ini memiliki pemandangan padi menghijau mengundang pengunjung kota yang rindukan suasana desa.

Sekinchan sangat istimewa kerana pekan ini juga merupakan sebagai salah satu penyumbang utama pengeluaran padi di Malaysia apatah lagi ia kediaman Kilang Pemprosesan Padi sehinggakan ada muzium boleh dikunjungi. Selain menikmati pemandangan sawah padi, pengunjung berpeluang membeli beras yang berkualiti tinggi dari pengeluar padi di sini.

Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang

Foto: Tourism Malaysia

Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi dikelilingi sawah padi dan ladang kelapa. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, tidak terhad untuk yang datang secara individu tetapi juga menerima kunjungan berkumpulan atau untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti hari keluarga dan sebagainya.

Jika anda berkesempatan boleh ke Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang. Pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini terutama sekali buaian yang diikat pada pokok kelapa berlatar belakangkan sawah padi menghijau.

 

 

Oleh
Admin