Anda mempunyai banyak simpanan video menarik sepanjang percutiaan di Malaysia sebelum ini atau ingin lakukan sesuatu yang menarik ketika Perintah Kawalan Pergerakan?
Jika ya, ambil peluang untuk menyertai pertandingan mencipta video pelancongan dengan tanda #dreamnowtraveltomorrow anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).
Kini sedang berlangsung sehingga 12 Mei 2020, dan mendapat sambutan ramai sepanjang tempoh PKP melalui penciptaan video kreatif menggunakan lagu bertajuk Cuti-cuti Malaysia atau Visit Malaysia Truly Asia.
KATEGORI
Pertandingan yang berasaskan kepada lagu-lagu di atas dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
NYANYIAN
BERMAIN ALAT MUZIK
- Dengan atau tanpa nyanyian
- lirik dan kod muzik disediakan
- Peserta boleh membuat ‘transpose’ pada ‘key’ lagu
SKETSA menggunakan kreativiti dan imaginasi masing- masing. Contoh seperti berikut:-
- Persembahan lakonan
- Persembahan makanan tradisi mengikut negeri- negeri
- Video pengalaman bercuti di dalam Malaysia menggunakan video-video melancong yang sedia ada sebelum PKP. (Sila rujuk kepada para 5 di atas).
- Lain-lain aktiviti di dalam rumah yang bersesuaian dan menarik.
HADIAH
Terdapat 3 kategori di dalam pertandingan ini. Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- PEMENANG PERTAMA – Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 5 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (4 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
- PEMENANG KEDUA -Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 4 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (3 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
- PEMENANG KETIGA -Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 3 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (2 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
- PEMENANG SAGUHATI – 10 pemenang hadiah saguhati akan menerima barangan kraftangan buatan Malaysia.
CARA PENYERTAAN
Untuk penyertaan layari: https://vm2020.malaysia.travel/contest
Orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai pakej pelancongan di dalam negara dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web https://vm2020.malaysia.travel/
Foto: pixel.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI