Perasaan tak beberapa minggu ini, cuaca disekeliling kita agak panas daripada hari-hari biasa? Kalau awal pagi, matahari sudah naik mencanak dengan suhu tinggi terasa bahang dipermukaan kulit. Jika masuk waktu tengah hari, tak perlu cakaplah macam mana panasnya suhunya menyapa jika berada di luar bangunan. Begitu juga malam hari, hembusan angin tidak terasa damai.
Cuaca Panas Di Malaysia Diramal Berterusan Hingga September. Jaga Diri!

Cuaca panas yang melanda negara kebelakangan ini merupakan cuaca biasa yang berlaku dalam musim Monsun Barat Daya. Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), situasi itu berlaku berikutan angin Monsun Barat Daya kembali normal seperti tahun-tahun sebelumnya.
Cuaca Panas Di Malaysia Diramal Berterusan Hingga September. Jaga Diri!

Ketika ini negara masih dalam Monsun Barat Daya, jadi kebiasaan pada musim ini secara relatifnya memang akan berlaku cuaca panas berikutan kurangnya taburan hujan. Tetapi dua bulan kebelakangan ini iaitu pada Jun dan Julai kita berdepan dengan situasi Monsun Barat Daya lemah sehingga mewujudkan keadaan lembap yang luar biasa. Namun bermula minggu ini, Monsun Barat Daya sudah kembali normal dan angin bertiup dari Barat Daya sudah bermula menyebabkan negara mengalami hujan yang kurang dan rasa panas daripada biasa.
Cuaca Panas Di Malaysia Diramal Berterusan Hingga September. Jaga Diri!

Ads
  • Bagaimanapun MetMalaysia belum dapat menjangkakan samada negara akan berdepan dengan situasi El Nino mahupun La Nina dalam tempoh ini.
  • Namun MetMalaysia meramalkan keadaan panas ini akan berterusan sehingga pertengahan bulan September berikutan peralihan monsun.
  • Dalam tempoh sekarang, keadaan hujan juga akan berlaku tetapi agak berkurangan menyebabkan cuaca lebih kering berbanding pada bulan Jun dan Julai lalu.
  • Keadaan ini akan mencatatkan cuaca panas sehingga 36 darjah celcius khususnya di beberapa kawasan tumpuan seperti di pedalaman Pahang dan Kelantan.

Jangan lupa menjaga kesihatan diri anda dengan minum banyak air dan kurangkan berada di luar rumah jika tidak perlu.

Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI