Solat Jumaat untuk situasi ketika ini (13 Mac 2020) boleh diteruskan seperti biasa semasa penularan virus COVID-19. Situasi di Malaysia masih terkawal dan tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan.
Antaranya:
Solat Jumaat hanya tidak akan dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor jika keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal. Hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti.
Bagi mengelak kekeliruan, Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat. Dalam pada itu, JPM juga telah menyediakan kertas kerja permasalahan berkaitan COVID-19 seperti solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan urusan mandi jenazah.
Sebelum ini Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta kerajaan wajib mengambil apa juga langkah untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa rakyat termasuk tindakan menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.
Sumber: Bernama