COVID 19: Peraturan Terkini Buat Jemaah Yang Masih Berada Di Mekah

Share

Setakat hari ini kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan Covid-19 dan syarikat penerbangan antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.

Kawalan terhadap wabak Covid-19 dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.

Ini peraturan terkini yang dikongsikan warganegara Malaysia, Masnira Ramli yang menetap di Tanah Suci tentang peraturan baru yang berkuatkuasa untuk jemaah yang masih berada di Mekah.

Masjid Al Haram & Masjid An Nabawi akan ditutup 1 jam lepas lepas isyak dan dibuka 1 jam sebelum Subuh.

Walaupun bersifat sementara, Ketika membaca arahan pertama sahaja dah meruntun rasa hati. Selama menetap di sini tak pernah tengok Masjidilharam tutup. Bila-bila masa terasa nak pergi kami akan terus pergi hatta tengah malam pun kalau ada rasa tu terus je pergi. Sentiasa ada orang yang tawaf..saie…. sentiasa ada yang sedang merintih berdoa dan solat di situ..

Lumrah hati manusia kan.. yang tak boleh tu lah yang rasa nak sangat. Sekarang ni.. masa-masa ni lah terasa nak iktikaf, terasa nak buat umrah, terasa nak masuk Hijir Ismail.. terasa sangat rindu dan nak pergi Madinah… Allah jentik rasa tu dalam hati supaya lepas ni jangan terleka dan tangguh-tangguh lagi kalau nak buat ibadah.

 

Confirm kami tak boleh buat umrah juga buat masa ni.

Hanya boleh tawaf.. itu pun strict juga syarat-syaratnya.. pintu masuk dan keluar hanya pada kawasan yang dibenarkan sahaja.. alhamdulillah… masih lagi diberikan peluang untuk tawaf…

Untuk mengetahui keadaan semasa di Tanah Suci, anda boleh mengikuti facebook Puan Masnira Ramli

Oleh
Husna