Individu yang dikenakan perintah kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif COVID-19.

Mereka yang diarah menjalani kuarantin wajib di rumah sepatutnya berada dalam bilik di rumah dan tidak boleh berlegar-legar dalam rumah. Makanan juga perlu diletakkan di luar pintu, ketuk bilik mereka, ambil makanan dan selepas itu keluarkan makanan tersebut.

Ads

Jadi itu sebenarnya maksud kuarantin di rumah bukan duduk di ruang tamu dengan ahli keluarga yang lain sebab walaupun disahkan negatif tetapi pada hari ke-13 kuarantin, mereka akan diperiksa sekali lagi dan apabila negatif kali kedua barulah mereka akan dianggap bebas sepenuhnya daripada COVID-19.

Ads

Anda atau ada ahli keluarga perlu menjalani kuarantin di rumah? Ini ada tip ringkas dan berguna yang diamalkan seorang pembaca berita wanita, Norlela Mohd Nor
COVID-19: Pengalaman Uruskan Suami Kuarantin Sendiri Di Rumah, Pembaca Berita Ini Kongsi Tip Berguna

Mari sini saya kongsikan cara saya amalkan untuk suami yang kena kuarantin sendiri di rumah 2 bulan lalu. Siapkan bilik, pakaian, atau apa-apa keperluan OKK (orang kena kuarantin). Sehari sebelum mereka pulang, jika ambil mereka pulang, biar mereka duduk di tempat duduk belakang, jaga jarak dan sembur sanitasi selepas mereka keluar kenderaan.
COVID-19: Pengalaman Uruskan Suami Kuarantin Sendiri Di Rumah, Pembaca Berita Ini Kongsi Tip Berguna

1) Asingkan bilik tempat tidur OKK
2) Hanya hulur makanan dari luar pintu bilik
3) Jaga jarak jika ada komunikasi
4) Sentiasa basuh tangan dengan sabun untuk sesiapa sahaja yang berada di rumah
5) Tiada tetamu dibenarkan

Ads

Jagalah betul-betul SOP, jangan degil, inshaaAllah semuanya ok.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI