COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
**media[147420]**
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawa co bermaksud ‘korona’, vi (virus) dan d (penyakit), dalam taklimat media harian mengenai virus itu, di Geneva, Switzerland pada Selasa (waktu tempatan). Dengan adanya nama rasmi ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma. Ia juga memberikan kami format standard untuk digunakan bagi sebarang wabak koronavirus pada masa depan.
**media[147418]**
Setakat ini, virus baharu itu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lepas, telah membabitkan 42,708 kes positif COVID-19, dengan kematian mencecah 1,017 mangsa di republik itu. Terdapat 393 kes dilaporkan di 24 negara termasuk 18 kes di Malaysia manakala satu kematian dilaporkan di Filipina. Namun penularan wabak COVID-19 yang memuncak di China diramal berakhir pada April. Perkara itu didedahkan Pakar Epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan selepas hasil penilaian terbaru dibuat.
**media[147419]**
**media[147421]**
Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, wabaknya dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini.
Berdasarkan ramalan dan analisis model matematik, sepanjang tempoh ini, ramai yang akan kembali ke bandar.
Ada juga yang bimbang jika ia akan kembali meletus ke kemuncaknya, tetapi pada pandangan beliau, ia tidak akan ada kemuncak lebih tinggi.
Keyakinan itu juga susulan perkembangan terbaru COVID-19 yang menunjukkan aliran penurunan di beberapa tempat di China melibatkan wilayah Guangdong dan Zhengjiang
**media[147423]**
"Tindakan China mengambil beberapa langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk mengelak kawasan dijangkiti dan membataskan laluan penghantaran, merupakan satu usaha terbaik. Setakat ini, data China menunjukkan kadar pemulihan COVID-19 agak rendah, dengan kurang 10 peratus pesakit disahkan bebas jangkitan," jelasnya.
**media[147422]**
Nanshan pada masa yang sama turut berharap agar beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengelak kejadian lebih buruk. Antaranya perniagaan haiwan-haiwan liar perlu dihentikan selain memperhebat kerjasama antarabangsa dalam teknologi kebersihan, meningkatkan operasi pusat kawalan penyakit dan sistem sentry global untuk memberi amaran tentang wabak berbahaya.
Hari ini kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri semua kemudahan imigresen itu meliputi eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual. Setakat ini, KKM mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura positif koronavirus.
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat ChinaKerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua…
Namun begitu, rakyat masih tidak puas hati kenapa kerajaan hanya menyekat kemasukan rakyat dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei, bukan dari seluruh negara China?
Ini antara komen daripada netizen di facebook rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
AirAsia telah memperkenalkan teknologi pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas beberapa lapangan terbang terpilih.
Terbaru AirAsia telah melancarkan sistem tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, Melbourne. Sistem yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang dikenali sebagai Fast Airport Clearance Experience System (FACES), di lapangan terbang itu menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menawarkan perkhidmatan pengecaman wajah secara biometrik.
FACES adalah sistem daftar masuk layan diri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Penumpang boleh menaiki penerbangan tanpa mengemukakan dokumen perjalanan selepas melakukan proses pendaftaran masuk.
Penumpang hanya perlu mengimbas muka mereka dalam aplikasi FACES di kiosk pintu pelepasan untuk pengesahan identiti dan terus masuk ke pesawat.
Aplikasi FACES sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ia mendapat reaksi positif daripada penumpang, malah AirAsia bercadang untuk memperluaskan kemudahan ini ke lapangan terbang domestik seluruh negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebanyakan negara mengambil langkah mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat mereka ketika kes COVID-19 meningkat di seluruh dunia. Ia bagi mengelak wabak ini terus menular dah membunuh lebih banyak nyawa.
Namun selepas langkah tersebut diambil, negara-negara ini kini melonggarkan beberapa kawalan susulan kes wabak semakin menurun disamping untuk ‘menggerakkan’ kembali ekonomi negara masing-masing yang terhenti hampir berbulan lamanya.
Di Turki, seorang pemandu pelancong gembira dengan berita bahawa perintah berkurung di negaranya telah berakhir. Lalu mengambil keputusan untuk keluar bergambar di sebuah lokasi air terjun sempena ‘pembebasan’.
Namun dia maut terjatuh dari tebing pada ketinggian 35 meter ketika merakam gambar bagi meraikan berakhir perintah berkurung di Turki. Pemandu pelancong terbabit dikenali sebagai Olesya Suspitsyna, berumur 31 tahun , dari Kazakhstan hilang kawalan ketika mahu mengambil gambar dengan latar belakang keindahan air terjun di kawasan peranginan di sini.
Menurut media tempatan, mangsa dipercayai memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi, namun tergelincir dan terjatuh. Panik melihat kejadian itu, rakannya terus menghubungi polis dan pihak ambulans.
Rakan karibnya, Olga Kravchuk berkata, Olesya sukakan laut dan impiannya mahu tinggal di situ menjadi kenyataan. Mayat Olesya dijumpai di lereng terbabit dan petugas kecemasan menggunakan tali bagi kerja-kerja menyelamat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...