Cosway, sebuah syarikat pemasaran rangkaian tempatan terkenal yang dipercayai selama 38 tahun, melancarkan “Experience Centre” pertamanya di Berjaya Times Square, sebagai sebahagian daripada strategi pembinaan dan penjenamaan semula model perniagaannya yang bertujuan untuk memberikan pelanggan satu pengalaman membeli-belah yang baharu.
Pusat ini dirasmikan oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, pengasas Kumpulan Berjaya, di hadapan 400 peneraju perniagaan Cosway antarabangsa dan tempatan, individu berpengaruh di media sosial (“influencers”) dan tetamu dalam pelancaran yang gemilang ini.
“Cosway Experience Centre” merupakan suatu pusat berbentuk revolusioner yang berbeza daripada kedai runcit yang biasa. Ia mempamerkan rangkaian produk-produk Kesihatan & Kesejahteraan, Penjagaan Rumah & Hidup, Kecantikan, Makanan & Minuman Cosway yang luas menerusi lapan zon pengalaman yang bertemakan gaya hidup. Zon-zon yang luas ini dilengkapi dengan panduan interaktif, unit-unit demonstrasi dan mesin-mesin dianogsis berketepatan tinggi dan memberikan maklumat berasaskan fungsi manfaat holistik dan kesihatan produk-produk Cosway kepada bakal pelanggan.
Pusat ini juga akan berfungsi sebagai pusat kutipan untuk pembelian online. Dalam ucapannya, Vincent Tan berkata, “Sejak tahun 2016, Cosway telah bermula untuk menjenama semula, membina semula dan mencipta semula model perniagaannya untuk menarik pengguna baharu generasi yang lebih muda. Pelancaran “Cosway Experience Centre” hari ini menandakan langkah pertama dalam pembaikan offline Cosway untuk melengkapkan kehadiran online kami. Sesungguhnya kami berhasrat untuk memperkasakan pengguna online dan offline kami.” Tan juga berkata pencapaian untuk tahun 2016 sangat menggalakkan di mana jumlah ahli-ahli yang menerima bonus telah meningkat sebanyak 136% berbanding tahun 2015. Trend ini berterusan ke tahun 2017 dan jumlah ahli yang menerima bonus sehingga separuh pertama tahun 2017 telah melebihi jumlah ahli yang memperoleh bonus untuk keseluruhan tahun 2016.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengucapkan tahniah kepada Cosway atas usaha-usaha berterusannya untuk mempertingkatkan model perniagaannya dengan melancarkan pusat yang akan memberikan bukan sahaja maklumat tetapi juga pengalaman penting buat pengguna untuk membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat.
Para pelanggan kini boleh mengunjungi “Cosway Experience Centre” untuk mendaftar dan menerima penilaian kesihatan serta perundingan kecantikan secara percuma bermula dari 18hb hingga 30hb September. “Cosway Experience Centre” dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari di Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.