Jenama kopi kedua terbesar di dunia, Costa Coffee yang sentiasa mendapat tempat di hati penggemar kopi Eropah*, mengumumkan pelancaran kopi layan dirinya di Malaysia berikutan percubaan yang berjaya dijalankan dengan Shell sebelum ini. Pelancaran ini menyaksikan pembukaan 200 Costa Coffee layan diri yang beroperasi di cawangan-cawangan Shell Select dalam 12 bulan akan datang dengan pembukaan lebih lagi lokasi.
Konsep kopi layan diri terkini Costa Coffee ini diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang masyhur dengan kereta model Ferrari klasiknya. Setiap Costa Coffee layan diri ini menawarkan adunan istimewa Costa Coffee, Mocha Italia segar. Dengan lebih dari 200 kombinasi kopi, peluang untuk pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka; dari menambah susu segar sehinggalah memilih sirap berperisa.. Buat pertama kalinya, penggemar kopi di Malaysia juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari Costa Coffee layan diri.
Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju-peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara besar-besaran kepada pasaran global dengan pelancaran Costa Coffee layan diri di Malaysia yang memperkuatkan komitmennya sebagai jenama yang memberi keterujaan serta keinginan pelanggan-pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.
“Gabungan mantap Shell dan Costa ini seiring dengan misi Shell untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kini pelanggan dan penggemar kopi boleh menikmati kopi berkualiti pada bila-bila masa sahaja; dan kami harap rakyat Malaysia akan mengunjungi Shell Select untuk merasai kemudahan yang kami sediakan sambil menikmati Costa Coffee,” ujar Shairan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd .