Tengok tempat menginap pun sudah buat hati teruja, ini lah Coconest Langkawi, sebuah Airbnb baharu yang menakjubkan dengan reka bentuk menyerupai tempurung kelapa dan terapung di Laut Andaman.
Terletak di kaki Bukit King Kong di Tanjung Rhu, kawasan pantai yang menawan di Langkawi. Tempat ini menawarkan pengalaman glamping dengan pod tenaga solar, katil queen, dan bilik mandi en-suite.
Dengan pemandangan laut yang indah, tetamu boleh menikmati bunyi alam, dan merasa wajah ‘disentuh’ angin laut. Anda juga boleh mandi dalam air yang jernih, menggunakan gril elektrik serta menikmati suasana berdekatan seperti hutan bakau, ladang buaya dan kereta kabel.
Kalau ikutkan Coconest Langkawi adalah tempat yang sempurna untuk pasangan atau pengembara solo yang mencari penginapan santai dan mesra alam.
Harganya kira-kira RM550 sehari dan tetamu perlu membawa makanan dan barangan mandi sendiri. Untuk sampai ke platform terapung, penginap perlu mengambil perjalanan bot singkat selama 5 minit yang akan diatur oleh pemilik tempat ini.
Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan penginapan di Coconest Langkawi di Airbnb.