Artikel ini adalah perkongsian daripada Nadzirah Hata mengenai trip bersama rakan-rakan beliau ke Nepal. Libur harap pembaca dapat sedikit gambaran, info dan tip untuk bercuti ke sana. Selamat membaca.
Mendaki gunung di Banjaran Himalaya terutamanya ke Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di Nepal adalah impian kebanyakkan para pendaki termasuklah aku. Pendakian aku menuju ke ABC melalui Poonhill yang berada di ketinggian 4,130 meter dari paras laut mengambil masa selama 9 hari berjalan kaki dengan jarak sejauh 183 km! Ia adalah suatu perjalanan indah yang sangat menakjubkan merentasi dari gunung ke gunung, mencabar kekuatan fizikal dan mental, penuh berliku dengan tawa dan airmata. Kembara diri mencari erti hidup dari Malaya ke Himalaya, ku temui cinta di Annapurna!
Walking the Himalaya
Line up trip ni adalah seramai 10 orang iaitu disertai oleh Hafizzuddin (Apis) selaku ketua group ‘Acah-acah Hikers’ a.k.a gogo, dibantu oleh Wan Hadi (Zek), Suhari (Wak), Rafi, Shauqi, Aimi, Roza, Fuzah, Rabi dan aku. Idea untuk mendaki ke Annapurna ni adalah tercetus daripada aku sendiri. Perasaan untuk bermain salji di kawasan pergunungan semakin membuak setelah melihat rancangan Walking the Himalaya oleh Levison Wood. Aku telah merancang sendiri segala perjalanan dan perbelanjaan untuk trip ini.
Insuran perjalanan adalah sangat penting, setiap kali travel! Jadi sebelum berlepas ke Nepal, kami telah beli insuran daripada MSIG Sports yang berharga RM106 yang ada cover untuk helicopter evacuation jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa pendakian. Visa pula dibuat di kedutaan Nepal yang terletak di Jalan Ampang dengan harga RM95 untuk 15 hari.
Namaste!
Tanggal 20 Mac 2018, bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Kathmandu dengan menaiki pesawat Malindo Air yang mengambil masa selama 4 jam 40 minit. Tiket kapal terbang dibeli dengan harga RM1,249.38 bagi perjalanan pergi dan balik. Kami berlepas pada pukul 9.50 pagi waktu Malaysia dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan. Waktu di Nepal adalah lewat 2 jam setengah dari waktu Malaysia. Jadi hari terasa agak panjang ketika berada di Nepal.
Ketika pesawat memasuki ruang udara Kathmandu tadi, kami dihidangkan dengan pemandangan indah banjaran himalaya dengan gunung ganang yang diliputi ais! Sungguh asyik! Pergunungan Himalaya juga adalah tempat bersemayamnya gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest! Angin dingin langsung menyapa ketika kami melangkahkan kaki keluar dari pesawat.
Di balai ketibaan, kami disambut oleh Deepak Aryal iaitu ejen yang telah aku deal untuk urusan pendakian kami di sini. Deepak adalah pengurus bagi Agensi Eagle Eye Trekking. Kami dibawa ke pejabatnya yang terletak di Thamel Road untuk urusan menukar duit ringgit ke nepali rupee dan membuat permit mendaki. Kami perlu membuat 2 permit iaitu Trekkers Information Management System dan juga Annapurna Conservation Area Project yang berharga 40USD iaitu lebih kurang RM165.
Thamel Road
Setelah selesai urusan permit, kami berjalan di sekitar Thamel Road untuk mencari barang-barang trekking. Sini adalah syurga bagi penggemar barangan outdoor! Memang rambang mata melihat tebaran segala jenis backpack, downjacket, seluar hiking dan segala kelengkapan bagi pendakian di sini! Tapi keadaan disini walaupun suhunya dingin, tapi sangat sesak dengan kenderaan dan berdebu! Jangan lupa untuk menggunakan penutup muka atau buff bagi melindungi hidung daripada tersedut habuk.
Memandangkan Thamel Road ini merupakan kawasan tumpuan pelancong, tidaklah sukar untuk mencari makanan halal. Kami menikmati makan malam di Shafqat Restorant. Walaupun ini adalah restoran makanan arab, tetapi aroma rempah khas makanan Nepal–India sangat terasa di mulut! Boleh tahan sedap nasi brianinya! Boleh datang lagi bila dah balik daripada trekking nanti! hehee
Setelah tu, kami bersiap untuk bertolak dari Kathmandu menuju ke Pokhara untuk mengambil porter dan seterusnya ke Nayapul bagi memulakan pendakian. Kami hanya sempat melelapkan mata di dalam van sepanjang perjalanan malam yang mengambil masa selama 9 jam. Keadaan jalan disini agak teruk dan tidak rata. Memang pening duduk dalam van. Sebahagian besar perjalanan adalah melalui lereng bukit dan gunung yang curam! Mabuk!
Hari Pertama Trekking, Rabu 21/3/2018
Nayapul – Birethanti – Tikedhunga – Ulleri
Kami telah menggunakan khidmat empat orang porter dan seorang guide iaitu Aswin, Manish, Robin, Durga dan Nopras. Mereka akan membantu kami daripada segi menempah penginapan di guesthouse, makan minum dan juga logistik. Mereka sangat berpengalaman dan arif dengan selok-belok pendakian di sini. Upah bagi setiap porter adalah sebanyak 16USD sehari. Satu porter kami kongsi untuk dua orang.
Pendakian pada hari pertama memakan masa selama 7 jam dari Nayapul sehingga ke Ulleri dengan jarak pendakian 18.8 km. Cuaca hari itu amat panas dengan trek tanah dan kerikil yang berdebu. Permulaan trekking kami melalui kawasan perkampungan. Namun begitu, sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sungai yang sangat jernih! Kemudian kami sampai di pos pemeriksaan di Birethanti. Di sini kami perlu menunjukkan permit pendakian untuk merekod dan memantau pergerakan pendaki yang memasuki kawasan Annapurna.
Di pertengahan perjalanan, kami berhenti rehat dan makan tengahari di Green Land Restaurant. Di sepanjang trek, akan terdapat tempat penginapan atau lodge yang turut menyediakan restoran kecil bagi kemudahan pendaki. Kami telah memesan nasi goreng telur dan air teh. Portion makanan di sini amat banyak! Sepinggan nasi boleh dikongsi oleh dua ke tiga orang. Disebabkan kami semua baru pertama kali, jadi banyak juga pembaziran yang berlaku! Hahaa.. Dan setiap kali mahu membayar makanan, semua jadi kelam kabut disebabkan tiada duit kecil! Bertabahlah untuk 8 hari lagi! hahaaa..
Ads
Lepas tu, bermulalah trek ribuan anak tangga yang perlu ditempuh sehingga sampai ke guesthouse kami iaitu Hotel Curious Camels di Ulleri yang berketinggian 1950 meter. Betul-betul menguji mental, fizikal dan emosi kami. Kami mula mendaki pada pukul 9 pagi dan tiba pada pukul 5 petang. Habis sudah penyiksaan di hari pertama! Bersepai!
Hari Kedua Trekking, Khamis 22/3/2018
Ulleri – Ghorepani
Suasana pagi di Ulleri agak dingin dan mendamaikan. Perjalanan hari ni sangat mencabar dan kami perlu mendaki lagi ribuan anak tangga yang berketinggian dua kali ganda daripada altitude yang kami berada sekarang!
Sepanjang perjalanan, kami sering kali terjumpa dengan deretan keldai dan pony yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan di kawasan pergunungan ini. Najis haiwan juga agak bersepah di sepanjang perjalanan dengan bau yang agak umphhhh! Selepas beberapa jam trekking, kami singgah untuk makan tengahari di Hungry Eye Restaurant. Menunya sekali lagi kami order nasi goreng telur dan air teh. Tapi air tehnya rasa agak aneh sebab dia letak susu. Susunya rasa agak luar biasa! Agak loya tekak kami dibuatnya. Kami berpendapat, susu yang digunakan adalah susu pony yang diperah fresh dari atas gunung ni! Hahaaa..
Semakin tinggi, terasa udara semakin menipis dan nafas juga semakin pendek. Ia menyebabkan kami cepat letih. Mujurlah porter amat memahami dan sporting melayan rentak kami. Trek menuju ke Ghorephani adalah sangat indah! Hutannya yang terletak di atas gunung ibarat taman bunga yang luas terbentang! Kami dihidangkan dengan pokok bunga Rhododendron iaitu Bunga Kebangsaan Nepal yang berwarna pink cerah! Selain itu, terdapat juga bunga yang berwarna putih, merah, oren dan ianya sedang berkembang mekar dengan sangat cantik!
Akhirnya, setelah 8 jam mendaki dari pukul 8.30 pagi dengan jarak perjalanan sejauh 10.3 km, kami tiba di Ghorepani yang berketinggian 2860 meter pada pukul 4.30 petang. Sini adalah pintu masuk untuk menuju ke Poonhill. Kami menginap di Hotel Dhaulagiri yang mempunyai one of the best viewpoint in the world iaitu view yang mengadap ke arah kawasan pergunungan yang indah!
Hari Ketiga Trekking, Jumaat 23/3/2018
Ghorepani – Poon Hill – Deurali – Tadapani
Hari kami bermula seawal jam 5 pagi untuk mendaki ke puncak Poonhill. Kami perlu bergerak awal supaya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit di sana. Kami memulakan langkah dalam kegelapan dan kedinginan pagi. Sekali lagi, kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk mendaki ribuan anak tangga pada altitude yang tinggi. Pergerakan aku agak perlahan dan kerap berhenti untuk mengambil nafas. Pada waktu ni, aku dah tak fikir samada sempat atau tidak untuk melihat matahari terbit. Saat sudah lelah, mudah sekali merasa rindu dengan hangatnya Malaysia!
Akhirnya, setelah dua jam mendaki, aku tiba di puncak Poonhill yang berketinggian 3210 meter sambil diiringi oleh porter yang setia menemani aku yang pewai! Pengalaman menyaksikan panorama Annapurna range yang terbentang di depan mata memberikan sentuhan spiritual yang mendalam, hingga terasa air mata pun menitis saat melihat keindahan ini. Sungguh, aku terharu! Subhanallah.
Kemudian, kami turun semula ke guesthouse dan meneruskan perjalanan ke Tadapani pada pukul 10.30 pagi yang mengambil masa selama 6 jam trekking. Trek harini amat memerah keringat kami kerana ianya naik turun tangga dan merentasi gunung ke gunung! Ditambah dengan keletihan ke Poonhill pagi tadi. Pada pukul 4.30 petang dengan total jarak perjalanan sejauh 16.2 km kami tiba di Tadapani, 2650 meter. Kami menginap di Fishtail Viewtop Lodge.
Ads
Hari Keempat Trekking, Sabtu 24/3/2018
Tadapani – Chuile – Chomrong – Lower Sinuwa
Hari ini kami start trekking pada pukul 10 pagi. Laluan pada hari ini, kami akan menempuh lagi ribuan anak tangga secara menurun di Chomrong. Goyang lutut woi! Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan dengan lebih dekat kehidupan seharian penduduk kampung di sini. Jarak perjalanan pada hari ini adalah sejauh 16.7 km. Kami tiba di Lower Sinuwa pada pukul 5 petang setelah 7 jam trekking. Kami menginap di Himal Guesthouse And Restaurant yang berada di ketinggian 2300 meter.
Semakin tinggi guesthouse yang kami menginap, harga juga semakin mahal. Semua perlu dibayar seperti hot shower, charging telefon/powerbank/kamera, wifi, air minum untuk diisi di dalam botol dan sebagainya. Jangan lupa untuk beli Aquatab yang bertindak sebagai filter untuk air minum. Kami beli di farmasi yang terletak di Nayapul haritu. Kami juga beli pil Diamox di sini untuk mengelakkan dari terkena serangan Altitude Mountain Sickness (AMS). Boleh juga beli serbuk perisa dalam bentuk paket untuk menambah tenaga seperti Extra Joss atau Kukubima untuk dimasukkan dalam air. Jadi tidak la terasa payau sangat air untuk diminum tu! Hahaaa
Pendakian pada hari ini adalah yang paling mencabar! Jarak perjalanan yang agak jauh dengan cuaca yang tidak menentu. Setelah mendaki ribuan anak tangga ke Upper Sinuwa, kami melalui kawasan hutan buluh yang tumbuh liar. Jarak yang semakin tinggi menyebabkan aku sakit kepala dan terasa seperti mahu pitam. Jadi aku tak boleh berjalan dengan terlalu laju. Kami berhenti di Dovan untuk makan tengahari dan berehat.
Nasi putih bersama sup bawang putih menjadi pilihan bagi menghangatkan badan dengan cuaca yang semakin sejuk! Minum pula bersama air lemon hangat! Ahhh syahdunya…. Tapi kombinasi ni telah menyebabkan perut aku memulas! Ahhh sudah, terasa mahu cirit pula semasa dalam perjalanan menuju ke Deurali. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya! Nak tak nak, kami terpaksa mempercepatkan langkah untuk menempuh trek yang licin dan kami pun dah basah lenjun. Disebabkan terlupa bawa baju hujan, kami hanya menggunakan plastik untuk berlindung dari hujan. Sadis betul rasa! Tetapi perjalanan masih lagi jauh untuk sampai ke guesthouse! Masa ni aku dah hampir berputus asa dan nak menangis! Hahaaa.. Mental koyak! Rakan yang lain sudah jauh didepan. Tinggal la aku jalan bersama Wak dan porter, Aswin.
Kemudian, gogo trip iaitu Apis datang dalam hujan untuk rescue dan menemani aku berjalan sehingga ke New Panorama Guesthouse. Berdebar dan terharu rasanya dan sekali lagi hampir menitiskan air mata dalam hujan! Tapi hujan didalam hati tak siapa yang tahu. Oh adakah ini namanya cinta? Hahaa… Akhirnya, kami semua selamat tiba di Deurali di ketinggian 3200 meter pada pukul 6 petang setelah 10 jam trekking! Salji sudah mulai turun disini. Bukan ternampak jodoh je bergetar rusuk, nampak salji pun begitu juga! Sejuknya bukan kepalang sehingga ke tulang!
Hari Keenam Trekking, Isnin 26/3/2018
Ads
Deurali – Macchapuchare Base Camp – Annapurna Base Camp
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semangat tidak boleh luntur beb. Bangun pagi, kami disajikan dengan pemandangan depan guesthouse yang sangat indah dengan pergunungan yang diliputi salji. Kami start trekking pada pukul 9 pagi. Cuaca pada pagi tu sangat dingin dan cerah. Kami berjalan di atas salji dengan pemandangan Himalaya yang sangat cantik di sepanjang perjalanan menuju ke Macchapuchare Base Camp (MBC)! Ahhh.. sungguh teruja rasanya seperti jatuh cinta pandang pertama! Impian untuk bermain salji tercapai jua! Walaupun seronok pertama kali jumpa salji tetapi kami perlu berhati-hati kerana laluan disini berisiko dilanda runtuhan salji. Cuaca sejuk tetapi agak panas terik dan kelihatan salji mula mencair menyebabkan trek sangat licin. Kami berhenti rehat dan makan tengahari di MBC.
Perjalanan dari MBC menuju ke ABC agak mencabar kerana salji yang semakin tebal dan pemandangan yang dilitupi kabus. Udara pula semakin menipis. Setelah 6 hari trekking, akhirnya sekitar pukul 2 petang, saat manis apabila kami semua berjaya tiba di papan tanda ABC di ketinggian 4130 meter dari paras laut! Alhamdulillah. Syukur segala penat lelah dan airmata terasa berbaloi! ABC Checked! Berdiri disini dengan mengibarkan Jalur Gemilang merupakan detik kebanggaan kami yang akan dikenang sepanjang hayat! Ia merupakan rekod peribadi yang sangat berharga!
Kami menginap di Annapurna Guesthouse. Waktu tidur, aku memakai tiga helai baju, dua helai jaket, 4 helai stoking, sarung tangan, selimut dan sleepingbag! Itu pun masih lagi terasa kesejukannya! Ahhh sudah, rasa macam tak bernafas pula pakai pakaian tebal-tebal ni. Hot patch ataupun heat packs pula memang tinggal last paket untuk memanaskan tapak kaki dan tangan. Ahh rasa menyesal pula tak bawa banyak-banyak! Malam tu, agak sukar untuk aku melelapkan mata. Dari luar terdengar bunyi ribut salji yang amat kuat dan suhu yang semakin menurun sehingga -7 celcius! Seram sejuk dibuatnya!
Hari Ketujuh Trekking, Selasa 27/3/2018
ABC – MBC – Deurali – Himalaya – Lower Sinuwa
Disebabkan suhu yang terlalu sejuk, ramai antara kami yang jatuh sakit. Batuk, selsema dan sakit tekak telah dialami sejak hari pertama lagi, diikuti dengan sakit kepala yang berdenyut dan kaki yang melecet. Paling teruk, beberapa orang antara kami terkena muntah-muntah dan cirit birit termasuklah aku! Aduh betapa seksanya perut memulas dan terpaksa mencebok dalam keadaan yang sejuk beku! Hahaaa… Mungkin kami tak biasa dengan makanan disini. Nasib baik ada bantuan dari dua orang staffnurse yang join trip ni iaitu Fuzah dan Abi yang sentiasa standby dengan bekalan ubat. Zek pula hampir terkena serangan AMS dan kami juga hampir menghubungi helikopter untuk bawa beliau ke hospital.
Tetapi setelah makan dan berehat seketika, Zek kuatkan semangat untuk berjalan turun bersama kami. Memang kental Zek! Permulaan perjalanan masing-masing kelihatan gembira dan ceria dengan suasana persekitaran yang amat indah pagi tu. Papan tanda ABC pula telah tumbang disebabkan ribut yang kuat malam tadi! Nasib baik kami sempat ambil gambar semalam! Hehee.. Lepas tu bermula lah azab! Perjalanan turun hari ni adalah yang paling teruk dan letih sekali kerana kami trekking selama 12 jam dari pukul 8.30 pagi sehingga ke 8.30 malam! Perjalanan hari ini adalah sejauh 25.2 km naik turun merentasi gunung! Kami cuma ada dua hari untuk turun ke Nayapul semula. Memang pewai bersepai!
Hari kelapan, tenaga pun dah semakin berkurang! Kami meninggalkan Sinuwa pada pukul 9 pagi. Kami perlu melalui sehari lagi yang penuh penyiksaan! Kami perlu mendaki pula tangga di Chomrong yang menjadi igauan sehingga goyang lutut semasa kami turun tempoh hari! Fuhhh.. Semasa perjalanan disini, kami terserempak dengan ramai pendaki dari Malaysia. Kami sempat bertegur sapa dan mengucapkan goodluck kepada mereka yang akan menuju ke ABC. Kemudian, kami singgah makan tengahari di New Bridge.
Sebelum ni, aku memang berhajat untuk singgah berendam di kolam air panas di Jhinu. Tapi disebabkan kekangan masa dan semua pun dah barai teruk layan tangga, kami batalkan sahaja hasrat murni untuk mandi di situ. Nak ke hotspring, kami perlu trekking lebih kurang 45 minit juga! Fuhh… Plan asal kami juga terpaksa diubah kerana perjalanan yang masih jauh dan hari ini kami masih lagi tak sempat untuk sampai ke Nayapul. Jadi kami akan bermalam di Kyumi. Kami selamat tiba di guesthouse pada pukul 4 petang. Jarak perjalanan hari ini adalah sejauh 13.1 km yang mengambil masa selama 7 jam.
Hari Kesembilan Trekking, Khamis 29/3/2018
Kyumi – Siwai
Pendakian hampir sampai di penghujungnya! Kami meninggalkan Kyumi dengan syahdunya pada pukul 8 pagi. Kami trekking dalam masa sejam setengah sahaja untuk sampai ke Siwai. Sudah mula terasa rindu dengan gelagat porter kami, Aswin yang peramah dan gemar membawang gosip dalam kalangan ahli trip ini, trek hutan dan tangga, salji dan cuaca yang sejuk, lagu yang kami nyanyi sepanjang jalan dan gelak tawa rakan-rakan yang sentiasa menceriakan hari-hariku sepanjang pendakian. Menggamit nostalgia betul!
Dari Siwai kami menaiki dua buah Jeep menuju ke Nayapul untuk ke checkpoint permit yang mengambil masa selama sejam. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi selama 2 jam ke Pokhara untuk mengucapkan selamat tinggal kepada porter yang banyak berjasa kepada kami disepanjang pendakian ni. Kami singgah sebentar di Phewa Lake untuk mengambil gambar. Dari sini, kami mengambil van untuk pulang semula ke Kathmandu yang mengambil masa 8 jam perjalanan. Totalground perbelanjaan semasa pendakian selama 9 hari kami adalah lebih kurang RM 1500. Ini termasuk dengan bayaran porter, permit, van, Jeep, penginapan dan juga makanan.
Penjelajahan dan pendakian ke ABC telah dizahirkan dengan sempurna. Impian menjadi kenyataan dengan pemandangan maha indah Pergunungan Himalaya, Poonhill dan Annapurna range sungguh tidak sia-sia untuk diperjuangkan. Kenangan manis sepanjang perjalanan ini akan sentiasa terpahat di hati.
Selamat tinggal cintaku di Annapurna. Nepal aku pasti akan kembali!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Switzerland antara negara yang terletak dalam benua Eropah dan mempunyai pemandangan paling cantik di dunia. Kalau berkesempatan Swiss memang perlu ada dalam wishlist setiap pengembara.
Untuk sampai ke sini memerlukan bajet yang agak tinggi kerana matawangnya yang tinggi tapi kalau bijak dan pandai mencari kemudahan dan penginapan yang tidak terlalu mahal. Paling penting dapatkan tiket penerbangan ketika tempoh promosi yang berlangsung untuk kurangkan bajet setiap kali travel.
Ameerul Anas yang berkesempatan bercuti ke Swiss baru-baru ini ada berkongsi pengalaman dan bajet untuk tripnya selama 5 hari 4 malam di sana.
Berhabis dalam RM2800 untuk kemudahan, makan dan transport sepanjang pengembaraan di Swiss, dan itu tidak termasuk tiket penerbangan yang dibeli hanya dengan RM2600. Menjadikan jumlah keseluruhan untuk tripnya kali ini tak sampai RM6000.
Banyak tempat menarik yang sempat diterokai dan paling best semuanya cantik-cantik. Jom ikuti perkongsiannya sambil jamu mata tengok keindahan pemandangan yang ada kat sana:
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya nak share sikit pengalaman di Swiss including budget. Semoga bermanfaat
Mt Titlis: CHF 84 (RM 385) /discounted 25% Eurail Pass. More discount if you use STP
Cash in hand: CHF 100 (RM 459)-> To buy food & souvenir
Food
Kebab: CHF 12 (RM 60)
McD: CHF 15 (RM 70)
Fondue: CHF 20 (RM 92)
Food at Coop (snacks & drinks): CHF 15-20 (RM 70-92)
**Mostly we starve ourselves or we eat packed food we bought from Germany (groceries cheaper in )
**Coop is like our 7E/Speedmart
Total Expenses: RM 2800
In general, we are covering Jungfrau region (Murren, Lauterbrunnen, Interlaken) & Central Switzerland (Zurich, Engelberg, Mount Titlis). Almost all places are picturesque and you dont need to cover & cramp every places people suggest online. Trust me, wherever you go here is stunning as long as you follow our itinerary
Transportation is the most expensive here because you are using train that are going through the mountains & lakes. You can imagine how expensive the view.
Therefore, it is best to purchase the travel pass as it offers unlimited train pass and discount at several attractions.
Nak tidur selesa dalam kapal terbang masa travel, kena ada NI
Ketika merancang untuk melancong, ramai akan cuba membuat pelan lebih awal agar teratur dan percutian pun berjalan dengan lancar. Selalunya pelan atau perancangan akan dibuat beberapa minggu atau bulan sebelumnya kerana beberapa perkara perlu ditempah dan dikaji.
Namun begitu tidak semua dapat merancang lebih awal percutian idaman dek faktor cuti atau komitmen diri. Tetapi ia tidak bermakna anda tiada peluang untuk bercuti dan melancong ke luar negara. Ada pelbagai cara pasti membantu percutian saat akhir atau percutian tidak dirancang berjalan lancar.
Ikuti percutian gadis manis ini ke Jepun tanpa ada sebarang perancangan rapi. Semuanya ‘last minute’ tetapi percutiannya begitu menyeronokkan.
Pengalaman ke Japan ?? (July 2019)
Fukuoka & Osaka
Hai, salam semua.. haritu rmai yang pm leena tnya berapa budget p jepun. Okay, leena nak share dengan hmpa budget & itinerary p jepun .
Actually bercuti ni x plan langsung, semua nya last minute je.. bercuti ala backpacker (7 orang) , main redah je.
Total RM703/ person (tak termasuk tiket flight, makan & shopping)
___________________________________________
Exchange rate? 100 yen = Rm3.82
Tiket flight AA = Rm688/ person return inc meal (KUL-FUK-KUL) *beli time promo AirAsia ✈️
Fukuoka – Hotel Treasure Beer RM620/ night (harga 2 bilik) * agoda.com
Fukuoka- Guest House Yasuragi RM180/ night * expedia.com
Osaka – A Style Matsu RM236/ night * Airbnb.com
Bus Willer Express (Fuk-Osaka-Fuk) RM495/ person
Public transport Rm60++
Itinerary Hari pertama
• KLIA 2 – Fukuoka Airport (00.25 am) ✈️
• Fukuoka Airport (07.40 am)
**Sampai je dekat airport kami trus p surau prayer room (level 4F). Rehat jap pstu dalam jam 9:30 kami naik bus airport pergi ke domestic airport (free). Domestic airport ada subway so senang nak gerak p hotel, sebab harga taxi utk ke hotel bole tahan mahal Rm80++ so kami guna subway je laa.
• Hotel Treasure Beer
**check in pukul 3pm, so kami letak bag dan trus pegi lawat beberapa tempat sementara tunggu sampai pkul 3
• Tempat yang dilawati:
– Fukuoka Tower
– Momochi Seaside Park
Hari ke-2
• Check-out jam 10am terus ke Hakata Station simpan bag, tiket ke osaka pukul 8:30pm. Sementara tunggu kami ke beberapa tempat:
– Fukuoka Castle
– Fukuoka museum
– JR Hakata City Mall
•Bus ke Osaka 8:30pm
Hari ke-3
•Tiba di Osaka 6:40am, terus ke 7E. 7E sini best, free wifi, ada toilet. Bole kata serba serbi ada laa..
•Check-in A.style Matsu room, guesthouse ni best sbb bole check in bila2 masa je, kebanyakkn hotel/ guesthouse kt jepun ni check-in 3pm. Tpi guesthouse yg leena dapat ni dia bg check in awal.
•Sampai kt guesthouse jam11:30 sbb sesat cari x jmpa ?, dalam pkl 2 kami pusing ke bandar osaka.
– Namba Street
– Namba HIPS
– Dotonbori Canal
Hari ke-4
•Check-out 10am, terus ke :
– Osaka Museum
– Osaka Castle
– Universal Studio Osaka
– Umeda Sky Building
•Bus ke Fukuoka pkul 10:30pm
** actually nak stay dkat Osaka 2 malam, tapi terpaksa balik ke fukuoka sbb tiket bus untuk next day dah sold out.
Hari ke-5
•Tiba di Hakata Station 7am, booking guesthouse Yasuragi dekat expedia.com then terus ke sana. Jarak dekat je, 5 minit jalan kaki untuk ke guesthouse. Mcm biasa check in pkul 3 jgk, so kami just letak bag je.
•Sambung jalan2 :
– Tenjin Underground Shopping Mall
– Canal City Shopping Mall
Hari ke-6
•Check-out 5.00 am – naik 1st train ke domestic airport, pastu naik bus airport ke international airport. 6.00 am – check in luggage
• 07.55 am – flight ke KUL ✈️
Total RM703/ person (tak termasuk tiket flight, makan & shopping)
**untuk makan, kami masak sendiri. Sebab makan dekat sini agak susah nak cari dan mahal. Tapi dekat family mart, 7E, lawson ada ja makanan halal (roti, onigiri dll)
**dekat station bus ada bilik mandi dan ruang rehat, so sementara tggu nak check-in bole mandi or rehat dlu.
**majority orang jepun x berapa faham bhs English, so better guna google translate utk communicate dgn mereka.
Kali ni Libur ingin membawa anda ke satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis stik daripada sumber ternakan yang dijaga dengan rapi bagi menghasilkan daging berkualiti. Restoran Projek Maging Steakhub membawa maksud ‘makan daging’ khusus buat penggemar makanan berasaskan daging. Ada yang sanggup membayar lebih demi untuk menikmati daging berkhasiat.
Restoran yang terletak di Pusat Perniagaan Uda, Bandar Baru Uda, Johor Baharu menyajikan pelbagai hidangan daging import pada harga mengikut kemampuan.
Menurut pemiliknya, Nurzaweena Mohd. Zaki, pilihan stik di restorannya berbeza mengikut jenis baka lembu dan makanan yang dimakan oleh baka lembu tersebut. Pilihan boleh dibuat di chiller. Pilih jenis daging sebagaimana anda memilih ikan untuk dibakar.
Antara menu yang ditawarkan ialah lamb ribs, beef ribs, angus steak, wagyu ribeye, wagyu striploin, lamb loin, lamb rack dan matsusaka. Harga satu set ( berserta kentang lenyek dan salad bagi Grain Fed RM40++, Angus RM80++, Wagyu RM150++, Lamb RM40++,Beef Ribs RM40++ dan Lamb Ribs RM50++.
Pilihan ialah mengikut bajet dan selera masing-masing. Jika jenis baka yang sama, harga berbeza mengikut berat. Projek Maging juga ada menjual ‘chicken chop’ dan ikan salmon serta menu bagi kanak-kanak.
Bagi pelanggan yang tidak makan stik boleh juga mencuba salad, piza dan pasta carbonara, bolognese atau Aglio Olio. Anda boleh memesan sup dan beef bruschetta sebagai pembuka hidangan. Untuk hidangan pemanis mulut, anda boleh mencuba red velvet nutella, Pavlova dan Creme Brulee yang dibuat setiap hari.
Sejak beroperasi tahun lalu, pemilik akui restorannya mendapat sambutan baik daripada orang ramai, khususnya penggemar daging.“untuk sebarang tempahan tempat duduk, pelanggan boleh maklumkan nama, tarikh, hari, waktu, jumlah orang dewasa atau kanak-kanak dan umur kanak-kanak. Kemudian tunggu balasan pengesahan tempahan. Jika pernah datang, anda boleh membuat pra tempahan menu dan stik dengan memberitahu pihak restoran jenis dan lingkungan bajet untuk kami pilih daging dan siap tersedia dimasak.
Pra tempahan juga boleh membantu memastikan anda dapat makanan yang anda mahu sebelum kehabisan stok pada hari tersebut. Pembayaran deposit boleh dibuat ke akaun melalui Maybank2u. Jika hanya tempahan tempat duduk tidak perlu membayar deposit,” jelas pemilik.
Jika anda penggemar daging, Restoran Projek Maging ialah lokasi yang wajib dikunjungi dan pasti membuat anda datang lagi buat kali kedua.
INFO:
-Pilih sendiri jenis daging,berat & potongan yang bagaimana. Ada lima pilihan iaitu Rare ( 20%),Medium Rare (40%), Medium( 60%), Medium Well(80%) dan Well Done(100%).Disyorkan peratus masakan medium atau medium well untuk merasa jus daging tersebut.
– Ada lebih kurang 12 jenis daging yang boleh dipilih termasuk gred yang tinggi iaitu Wagyu dan Angus, gred pertengahan seperti Grainfed dan Grassfed. Lamb dan Ribs bagi mereka yang suka ada tulang. Apabila dimasukkan ke dalam mulut memang terasa kelembutan dan jus daging tersebut. Tidak liat ketika dipotong menggunakan pisau.
– Daging disimpan secara dingin beku.
– Dibuka setiap hari kecuali Isnin
12.00 PM – 2.30 PM (tengah hari)
6.00 PM – 10.30 PM (malam)
4.30 PM – 10.30 PM (Jumaat)