Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.