BERENANG SAMA TENGAS SG. CHILING

Share

Minggu lepas saya ke Sungai Chiling. Lepas tengok video Din Proton, tergerak nak ke sana. Musim hujan, jadi saya anggar air banyak dan deras. Sebelum subuh dari Shah Alam dah bertolak ke Kuala Kubu Baru. Nak sampai awal supaya tak ramai orang.

Air terjun sungai chiling yang pertama. Lagi dua kena panjat lagi. Tengah tu dalam saya anggar 1.5m-2m mungkin? Terjun tiruk pun tak sampai dasar. Mungkin air deras. Tapi BEST!

Nama rasmi ialah Kawasan Perlindungan Ikan Sungai Chiling. Kawasan ni diurus baik Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ikan Tengas banyak hidup kat sini. Hutan ni juga hutan simpan. Jadi tak boleh mancing atau tangkap ikan.

Selain tengas jinak, Air Terjun Sungai Chiling tarikan utama. Ia antara air terjun tercantik di Selangor. Yang boleh akses, tinggi 80m. Ada tiga tingkat air terjun, namun dua lagi ditutup kepada orang ramai. Sebelum ini pernah jadi kemalangan di tingkat dua air terjun. Arus di sana lebih deras dan nak mendaki sangat curam. Nak pergi juga? Risiko sendiri.

Dari pintu gerbang Sungai Chiling, berjalan sekitar 10 -15 minit untuk ke pondok renjer, kaunter tiket dan kawasan khemah. Bayar masuk seorang RM1. Perlu check in barang yang dibawa masuk seperti botol air, keropok, dll. Deposit RM10 dikenakan. Kalau barang bawa masuk takde masa check out, maka RM10 tidak dipulangkan. Sampah mesti bawa keluar sendiri. Sini, boleh beli makanan ikan RM2. Beli banyak sebab seronok beri ikan makan. Atau bawa roti bagi ikan.

Kawasan khemah sesuai bagi keluarga dan anak kecil berkelah. Sini dah boleh nampak banyak ikan tengas. Tepi sungai je. Jinak pula tu. Tunggu je makanan macam kucing.

Saya suggest bawa google. Selam sambil bagi makan. Tengok tengas depan mata. Yang dok tangkap ikan tu bukan saya

Kalau nak ke air terjun ni, kena lalu denai di tepi sungai. Laluan santai. Tak susah. Jam GPS saya rekod jalan sekitar 2.3km dan masa lebih kurang 52 minit untuk sampai. Kena redah sungai sebanyak lima kali. Sepanjang sungai dapat lihat banyak tengas. Banyak spot untuk mandi. Cuma tak sesuai berkelah besar-besaran. Takde ruang lapang.

Bertentang air terjun, ada batu besar sesuai letak barang dan hampar tikar. Batu ni kena panjat. View memang OHSEM. Cantik. Kat sini ada kolam kecil dalam juga. Lebih kurang 5 meter lebar. Dalam mungkin 1.5m ke 2m. Ada batu yang boleh panjat dan terjun dalam kolam dalam. Arus kuat, kena hati-hati. Sejuk dan seronok.

Saya bawa googles sebab nak clear view selam sambil bagi tengas makan. Depan mata tengas berenang. BEST

. Trip santai ni memang seronok. Kawasan bersih hanya sekali – sekala nampak sampah. Yang smoking tu, bawa la ashtray sendiri.

TIPS

  • Pergi awal kalau nak ke air terjun tu, bila dah ramai, crowded. Tapi tak semua orang mandi di kolam dalam. Pastikan tahu berenang sebab dalam air kolam tu.
  • Pakai kasut, sandle hiking okla
  • Jangan tinggal barang bernilai dalam kereta, ada kes pecah cermin kereta
  • Jangan redah sungai semasa hujan atau selepas sahaja hujan, elak kepala air
  • Renjer mungkin melarang masuk kalau musim hujan
  • Tak boleh memancing
  • Bawa keluar SAMPAH. Bertanggungjawab sikit

Ini sunrise di Empangan Selangor. Tapi efek kamera nampak macam sunset.
Hutan simpan mendamaikan
Spot air terjun
Spot air terjun
Tengas di spot khemah pertama
Tengas di spot khemah pertama
Damai
Tengas bersepah di spot lain
Lalu pokok tumbang
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
Tengas lagi

 

 

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki