Chalet Kampong Pinang Sebatang, Stay Kat Sini Kalau Nak ‘Feel’ Macam Filem P.Ramlee. Bilik Pun Guna Nama Karakter Filem, Unik & Cantik!

Share

Nak feeling tinggal kampung Pinang Sebatang macam dalam filem P. Ramlee boleh try stay sini. Tempat cantik dekat dengan pantai. Uniknya Nama bilik kat sini pun guna watak dalam filem-filem P.Ramlee.

Boleh pilih nama bilik yang nak stay, ada bilik paling atas ada bath tub yang facing laut, sambil mandi tenangkan diri berendam boleh tengok view cantik.

Bangun pagi boleh dengar lagu-lagu dari filem P.Ramlee yang diperdengarkan kepada pengunjung yang stay kat sini. Bolehlah feeling-feeling sama kan?

Terletak di Pengkalan Balak, walking distance je nak ke pantai, petang-petang boleh ambil angin pantai sambail cari makan ikan bakar untuk jamu selera.

So kalau nak percutian yang lain macam, boleh stay sini, boleh bercuti sambil bergambar sampai puas!

📍Chalet Kampong Pinang Sebatang, Jalan Persiaran Pantai, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka

Kredit 📷 Wanie Syaz, Nurul Ain via Tempat2 Percutian & Jln2 cari makan

Nak lagi murah staycation, claim voucher ni dulu!

Oleh
SAHR