
Nak feeling tinggal kampung Pinang Sebatang macam dalam filem P. Ramlee boleh try stay sini. Tempat cantik dekat dengan pantai. Uniknya Nama bilik kat sini pun guna watak dalam filem-filem P.Ramlee.
Boleh pilih nama bilik yang nak stay, ada bilik paling atas ada bath tub yang facing laut, sambil mandi tenangkan diri berendam boleh tengok view cantik.
Bangun pagi boleh dengar lagu-lagu dari filem P.Ramlee yang diperdengarkan kepada pengunjung yang stay kat sini. Bolehlah feeling-feeling sama kan?
Terletak di Pengkalan Balak, walking distance je nak ke pantai, petang-petang boleh ambil angin pantai sambail cari makan ikan bakar untuk jamu selera.
So kalau nak percutian yang lain macam, boleh stay sini, boleh bercuti sambil bergambar sampai puas!
📍Chalet Kampong Pinang Sebatang, Jalan Persiaran Pantai, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Kredit 📷 Wanie Syaz, Nurul Ain via Tempat2 Percutian & Jln2 cari makan
Nak lagi murah staycation, claim voucher ni dulu!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ootd’ Sini Cantik! Kampung Morten, Kampung Melayu Asli Melaka Masih Terpelihara

Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramVilla Sentosa #kgMorten #Melaka #Assignment
A post shared by 🌹نور عقيله شفيقه (@qiesyasyafiqah) on
View this post on InstagramAll suit up and ready for dapper ride! #dgrmelaka2018 #kgmorten #sundaymotocafe #kapowmy
A post shared by Sheikh Mohamad (@sheikhfadzil) on
View this post on InstagramKampung @ the heart of city. . #kgmorten #kgmortenmelaka #sightseeing #streetfood #malaccacity
A post shared by Mr Mrs Suhel (@sumi061212) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
POV Satu Malam Di Lombok, Bajet RM419 Tapi Dapat Bilik Besar

Ada yang berniat nak bercuti di Lombok tahun ini? Haaa… kalau ada plan, anda mungkin kena fikirkan penginapan dulu nak tidur di mana.
Nak mudah dan selesa, boleh baca pengalaman Puan Lea ini dulu. Nampak gaya tempat dia stay bersama keluarga sewaktu berada di Lombok, agak menarik.
POV Satu Malam Di Lombok
Resort ini memang terbaik, jom tengok apa yang korang dapat dengan harga RM419 semalam.
Korang akan dapat sebuah villa dengan private swimming pool! Villa ni datang dengan 2 king bed dan juga bathtub. Kira lengkap lah bilik ini, semua ada.
Owh ya, sarapan pun termasuk juga! Tinggal order sahaja dan enjoy the breakfast by the pool. Memang cun, kalau nak ambil gambar.
Kalau stay di sini, water activities dengan golf boleh kita sertai secara percuma. Best kan? Berbaloi datang jauh-jauh dan dapat berehat di sebuah penginapan yang besar dan selesa nak buat aktiviti.
Jangan risau keluarga besar, bilik luas dan selesa untuk berehat. Yang paling penting tempat main, suka lah anak-anak sebab ada private pool.
Kalau ikut pengalaman wanita ini sepanjang datang Lombok, Anema Wellness memang terbaik!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terokai MnM Home Whimsical Houses, Rumah Pelik Ada Di Kedah

Isi Kandungan
TogglePernah sampai di MnM Home Whimsical Houses tak? Ada sesetengah orang panggil rumah pelik. Dek kerana unik, jadi ramai yang panggil begitu.
Bila sampai di sini ada macam-macam jenis reka bentuk rumah yang anak-anak dapat enjoy. Jom kita teroka apa yang ada dekat MnM Home Whimsical Houses.
1. Rumah Berkembar Senget
Rumah ini dibina dengan keadaan senget untuk luaran dan dalaman serta dihiasi dengan perabot-perabot yang unik.
Di dalam rumah ini, ada perpustakaan mini, bilik mainan dan kawasan umum untuk pengunjung berehat dan menikmati makanan ringan. Anak-anak confirm suka punya.
2. Rumah Terbalik
Selain itu, ada juga Rumah Terbalik yang dibina dalam keadaan terbalik bahagian luaran dan dalaman. Perabot-perabot pun berada dalam keadaan terbalik. Boleh dikatakan memang semua terbaliklah.
Dari luaran, bilik tidur, meja makan dan lain-lain. Ini memang tempat boek punya untuk ambil gambar.
3. Rumah Hobbit
Rumah Hobbit pun ada juga tau. Kenapa dipanggil rumah Hobbit? Sebab reka bentuk yang dibina bagi orang-orang kerdil yang tingginya hanya 3-4 kaki sahaja yang diadaptasi dari cerita Hobbit. Dalam ini dihias dengan barang-barang Hobbit. Rumah ini, bukan anak-anak je akan suka, parents pun suka juga
4. House of Cats
Dah nama pun rumah kucing, confirm-confirmlah rumah yang dihuni oleh kucing. Jadi, kepada anda pencinta kucing, confirm seronok dapat tengok geng-geng Oyen atau Hitam. Dekat MnM Home Whimsical Houses, memang ada rumah kucing untuk anda, jadi just have fun, ok?
5. Meliponines House
Untuk ibu bapa yang menggemari madu, MnM Home Whimsical Houses sebenarnya ada membuat dan menjual madu kelulut. Terdapat ladang Meliponines House kecil di dalam MnM Home Whimsical Houses di mana pemilik mengumpul semua madu dan kemudiannya dijual. Meliponines sebenarnya adalah sejenis Lebah Tanpa Sengatan jadi ia selamat untuk ibu bapa dan anak-anak kunjungi.
Ada pelbagai lagi kawasan yang menarik di MnM Home Whimsical Houses. Salah satunya terdapat taman permainan untuk anak-anak enjoy.
Untuk ibu bapa pula, suasana yang nyaman dan dikelilingi oleh alam semulajadi pastinya membantu anda menenangkan fikiran dari tekanan kerja dan hal-hal lain. Sambil tengok anak-anak main itu, anda pun boleh healing juga.
Kredit: Jay Chha
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI