Uncategorized

CEO Muda Agensi Pelancongan Kongsi 12 Tip Penting Naik Kapal Terbang

Share

Melancong dengan menggunakan kapal terbang bukan lagi perkara yang luar biasa kepada kebanyakkan orang. Tak semacam 20 tahun dulu di mana hanya orang ada-ada sahaja yang mampu naik kapal terbang ke sana ke mari.

Tapi, jangan sangka di zaman teknologi canggih, smartphone dalam kocek ni semua orang pernah naik kapal terbang. Masih ada lagi orang yang tak pernah naik kapal terbang walaupun rumahnya berdekatan dengan lapangan terbang. Percayalah.

Jadi, kepada anda yang terasa diri tu masih belum pernah naik kapal terbang, dan ingin cuba buat kali pertama, Libur akan cuba bantu anda untuk kurangkan kekeliruan tentang apa panduan dan checklist penting yang harus anda buat dan apa do’s and dont’s yang boleh digunakan.

Ada banyak kes sebenarnya yang terjadi berkaitan peraturan dan pantang larang dalam menaiki kapal terbang ni. Cumanya, kita jarang dengar dalam media dan juga media sosial. Tapi kalau anda berkerja di lapangan terbang atau dengan syarikat penerbangan, ada banyak kes yang berlaku, dan kadang-kadang kes tersebut tak masuk akal, remeh dan agak kelakar.

Semua ni berpunca daripada sikap sambil lewa yang tak mahu ambil tahu tentang keadaan sekeliling mereka dan benda-benda asas sebelum memulakan perjalanan naik kapal terbang. Bak kata orang, main belasah je, asalkan aku duduk dalam kapal terbang, sampai ke destinasi, setel. Apa, ingat naik kapal terbang macam naik Grab ke?

Tahukah anda? Kalau anda ikut panduan yang betul dan ikut checklist yang perlu, anda boleh elak semua perkara-perkara remeh yang akan membantutkan perjalanan anda. Melalui satu perkongsian yang menarik daripada seorang Pengarah Eksekutif EPL Travel and Tours Sdn. Bhd., Lutfi Lokman, beliau berkongsikan 12 tip yang berguna kepada anda ketika ingin menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan pada hari kejadian.

Nak tahu apa yang dikongsikan oleh beliau, jom kita baca perkongsian penuh beliau di bawah:


12 PANDUAN TRAVEL MENAIKI PESAWAT.

1. Semak butiran cetakan atau terma syarat syarikat penerbangan yang telah dipilih oleh anda.

2. Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan berapa RM, cukai penerbangan berapa RM, caj perkhidmatan penumpang berapa RM dan bayaran tambahan untuk bagasi yang telah beranak-pinak ketika melancong.

3. Semak kesemua dokumen. Pastikan pasport, visa dan tiket anda adalah sah. Boleh rujuk kepada Travel Agensi yang menguruskan kesemua dokumen tersebut.

4. Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi. Samada pakej asas atau premium.

5. Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda. Memori phone anda besar kan?

6. Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang bernilai ke dalam pesawat. Jika tidak perlu bawa, tinggalkan di rumah. Kau pun nak pergi mana bawa segala harta bagai.

7. Tangkap gambar barang-barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.

8. Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara. Belanja bukan sikit kalau berjalan weh.

9. Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan.

10. Jika penerbangan ditunda selama 2 jam, anda layak menerima hidangan makanan, khidmat penggilan telefon dan akses internet. Jika tertunda 5 jam, anda layak mendapat penginapan hotel. Jika dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.

11. Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.

12. Jika kau tak ada duit, kau berangan jer dulu. Nanti ada duit, boleh lah travel menaiki pesawat. Berangan itu percuma.

Senarai semak ini dibawakan kepada anda oleh flysmart dengan kerjasama Lutfi Lokman.

Harap membantu untuk kau travel nanti. Kongsilah.

Lutfi Lokman
EPL TRAVEL.


Tak adalah susah sangat kan? Jadi selepas ni, boleh amalkan tip daripada Lutfi Lokman ni. Semoga perjalanan anda lancar dan selamat sampai ke destinasi.

Perkongsian asal beliau boleh anda dapatkan di sini:

Oleh
Epul