Melancong dengan menggunakan kapal terbang bukan lagi perkara yang luar biasa kepada kebanyakkan orang. Tak semacam 20 tahun dulu di mana hanya orang ada-ada sahaja yang mampu naik kapal terbang ke sana ke mari.
Tapi, jangan sangka di zaman teknologi canggih, smartphone dalam kocek ni semua orang pernah naik kapal terbang. Masih ada lagi orang yang tak pernah naik kapal terbang walaupun rumahnya berdekatan dengan lapangan terbang. Percayalah.
Jadi, kepada anda yang terasa diri tu masih belum pernah naik kapal terbang, dan ingin cuba buat kali pertama, Libur akan cuba bantu anda untuk kurangkan kekeliruan tentang apa panduan dan checklist penting yang harus anda buat dan apa do’s and dont’s yang boleh digunakan.
Ada banyak kes sebenarnya yang terjadi berkaitan peraturan dan pantang larang dalam menaiki kapal terbang ni. Cumanya, kita jarang dengar dalam media dan juga media sosial. Tapi kalau anda berkerja di lapangan terbang atau dengan syarikat penerbangan, ada banyak kes yang berlaku, dan kadang-kadang kes tersebut tak masuk akal, remeh dan agak kelakar.
Semua ni berpunca daripada sikap sambil lewa yang tak mahu ambil tahu tentang keadaan sekeliling mereka dan benda-benda asas sebelum memulakan perjalanan naik kapal terbang. Bak kata orang, main belasah je, asalkan aku duduk dalam kapal terbang, sampai ke destinasi, setel. Apa, ingat naik kapal terbang macam naik Grab ke?
Tahukah anda? Kalau anda ikut panduan yang betul dan ikut checklist yang perlu, anda boleh elak semua perkara-perkara remeh yang akan membantutkan perjalanan anda. Melalui satu perkongsian yang menarik daripada seorang Pengarah Eksekutif EPL Travel and Tours Sdn. Bhd., Lutfi Lokman, beliau berkongsikan 12 tip yang berguna kepada anda ketika ingin menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan pada hari kejadian.
Nak tahu apa yang dikongsikan oleh beliau, jom kita baca perkongsian penuh beliau di bawah:
12 PANDUAN TRAVEL MENAIKI PESAWAT.
Ads
1. Semak butiran cetakan atau terma syarat syarikat penerbangan yang telah dipilih oleh anda.
2. Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan berapa RM, cukai penerbangan berapa RM, caj perkhidmatan penumpang berapa RM dan bayaran tambahan untuk bagasi yang telah beranak-pinak ketika melancong.
3. Semak kesemua dokumen. Pastikan pasport, visa dan tiket anda adalah sah. Boleh rujuk kepada Travel Agensi yang menguruskan kesemua dokumen tersebut.
4. Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi. Samada pakej asas atau premium.
5. Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda. Memori phone anda besar kan?
Ads
6. Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang bernilai ke dalam pesawat. Jika tidak perlu bawa, tinggalkan di rumah. Kau pun nak pergi mana bawa segala harta bagai.
7. Tangkap gambar barang-barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.
8. Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara. Belanja bukan sikit kalau berjalan weh.
9. Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan.
10. Jika penerbangan ditunda selama 2 jam, anda layak menerima hidangan makanan, khidmat penggilan telefon dan akses internet. Jika tertunda 5 jam, anda layak mendapat penginapan hotel. Jika dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.
Ads
11. Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.
12. Jika kau tak ada duit, kau berangan jer dulu. Nanti ada duit, boleh lah travel menaiki pesawat. Berangan itu percuma.
Senarai semak ini dibawakan kepada anda oleh flysmart dengan kerjasama Lutfi Lokman.
Harap membantu untuk kau travel nanti. Kongsilah.
Lutfi Lokman EPL TRAVEL.
Tak adalah susah sangat kan? Jadi selepas ni, boleh amalkan tip daripada Lutfi Lokman ni. Semoga perjalanan anda lancar dan selamat sampai ke destinasi.
Perkongsian asal beliau boleh anda dapatkan di sini:
Travel menggunakan beg belakang atau backpack menjadi pilihan ramai dek kerana memudahkan si pemikul untuk bergerak ke hulur dan ke hilir sambil memikul sendiri barang-barang peribadi. Jika menggunakan beg beroda atau beg jinjit, pergerakkan anda pasti sedikit terbatas.
Namun begitu, menggunakan backpack tidak lah semudah yang disangka, kerana anda masih perlu memikul berat yang ditanggung di belakang. Oleh itu, seseorang itu perlu bijak menyusun barang semasa proses ‘packing’ apa yang perlu dibawa untuk bercuti atau untuk tujuan mendaki. Ini penting bagi menghadkan jumlah barang yang perlu dibawa, capaian barang-barang kegunaan dan juga keseimbangan anda.
Oleh itu kalian semua harus pandai membuat padanan yang sesuai juga menyusun barang mengikut beberapa tip ini.
Barang-barang kurang ‘penting’ atau akan digunakan pada tempoh lewat hari dicadangkan untuk diletakkan pada bahagian paling bawah sekali. Antaranya seperti tuala mandi, baju tidur atau toileteries.
Barang-barang yang agak berat dicadangkan untuk diletakkan di bahagaian tengah beg agar memberi keselesaan kepada belakang badan anda juga keseimbangan tubuh ketika memikul beg.
Untuk bahagian paling atas, barang yang kerap digunakan sangat dicadangkan agar mudah untuk diambil. Antaranya seperti pewangi ketiak, ubat, kamera dan sebagainya.
Untuk bahagian luar anda boleh selitkan dengan botol air, selipar, topi atau peta.
Contoh cara susunan:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang dah biasa datang Kuala Lumpur (KL), mesti pernah perasan bas yang tak ada bumbung tu kan? Bas tu selalu bergerak pusing-pusing KL bawa pelancong ke sana ke mari.
Pernah tak anda terfikir untuk naik bas tu? Kalau pernah, anda perlu lakukan segera dan kalau tak pernah langsung untuk terfikir nak naik, anda perlu ubah persepsi tersebut dan cuba sekali naik dan lihat sendiri KL dari sudut pandang seorang pelancong. Libur bagi satu keyakinan pada anda, ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Bukan selalu kita dapat pusing-pusing KL kan? Especially kalau anda bawa anak-anak, mereka pasti teruja. Masakan tidak, selama kita pusing-pusing di KL ni, kita yang memandu dan selalunya kita tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas.
Tapi pengalaman yang diberikan di bas KL Hop-On Hop-Off ini lain kerana selain ada pemandu bas, anda juga ada pemandu pelancong yang akan memberikan penerangan yang menarik tentang lokasi-lokasi pelancongan yang terdapat di sekitar ibu negara itu.
Untuk anda cuba menaiki bas ini cukup mudah. Sebaik sahaja tiba di Terminal KL Sentral, anda boleh cari bas ini di laluan pintu utama Terminal KL Sentral di hentian nombor 16. Sebaik sahaja anda duduk di dalam bas, bas akan bergerak untuk membawa anda ronda-ronda KL di dua laluan utama iaitu The Garden Route dan The City Route.
The Garden Route akan membawa anda ke 15 lokasi menarik bermula dari Muzium Negara sehingga ke Taman Botani Perdana dan Taman Burung Kuala Lumpur serta beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Kampung Baru. Apabila selesai sahaja trip yang pertama ini, anda boleh turun di Bukit Bintang di hentian nombor satu untuk ke laluan yang kedua iaitu The City Route.
The City Route pula akan membawa anda meneroka 11 tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong yang bukan sahaja datang dari luar negera, malah rakyat Malaysia sendiri juga suka untuk ke tempat-tempat berkenaan – lebih-lebih lagi yang bukan warga kota Kuala Lumpur. Berpeluang sahaja menjejakkan kaki ke sini, jarang untuk mereka lepaskan peluang untuk tidak berkunjung ke destinai-destinasi tersebut.
Antara lokasi adalah menara berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan kawasan tempat membeli belah yang padat dengan peniaga dan pembeli di Petaling Street. Menarik bukan?
Bagi Libur, ini adalah salah satu cara yang paling menarik dan paling menjimatkan untuk anda ‘tawaf’ satu KL berbanding cara-cara lain. Kerana terdapat beberapa pilihan tiket dan anda boleh naik dan turun bas ini di mana-mana sahaja sekitar KL berdekatan dengan tempat-tempat hentian yang ditetapkan.
Tiket yang ditawarkan kepada anda mempunyai dua kategori iaitu untuk 24 jam dan juga untuk 48 jam bermula daripada harga RM25 seorang hingga RM65 untuk seisi keluarga.
Selain daripada tiket untuk anda bersiar-siar sekitar KL, bas ini juga menyediakan pakej pelancongan yang menarik kepada anda untuk berjalan-jalan luar daripada KL seperti ke Putrajaya dan sebagainya.
Jadi, sekali seumur hidup sekiranya anda berasa letih untuk memandu jauh dan ingin pengalaman yang berbeza membawa keluarga anda meluangkan masa bersama, anda boleh dapatkan pakej menarik yang ditawarkan oleh mereka.
Selain daripada itu, bas KL Hop-On Hop-Off ini juga menjalinkan kerjasama dengan Express Raill Link Sdn. Bhd yang menawarkan promosi tiket keretapi pergi balik KLIA Express dan tiket menjelajah KL menaiki bas KL Hop-On Hop-Off dengan harga yang cukup istimewa iaitu RM65 untuk kanak-kanak dan RM140 untuk dewasa.
Sekiranya anda ingin terbang ke luar negara dan transit sementara menunggu penerbangan seterusnya di KLIA, anda boleh cuba pakej yang ditawarkan ini untuk lari sebentar dari ruang menunggu yang bosan dan menjelajah ibu negara Kuala Lumpur dalam suasana penuh keseronokkan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari ini ramai yang suka dan berani melancong tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Selain bebas mengikut jadual sendiri, sememangnya ada banyak tempat menarik yang boleh anda pergi. Namun jika pertama kali ke luar negara atau pertama kali sampai ke satu-satu tempat, 10 cadangan ini mungkin dapat membantu melancarkan perjalanan anda dan mengutip pengalaman yang paling best. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin boleh anda lakukan.
Makanan Penerbangan
Sekiranya anda meminta makanan halal, anda mungkin akan disajikan sebelum penumpang lain. Ini mungkin membawa anda beberapa penampilan yang tidak baik dari penumpang lain tetapi sekurang-kurangnya ia akan memberikan anda masa untuk benar-benar makan sesuatu sebelum petugas penerbangan datang kembali untuk mengambil dulang anda. Di samping itu beberapa syarikat penerbangan menawarkan menu kanak-kanak. Ini adalah baik untuk mengetahui sekiranya anak lelaki atau anak perempuan suka makanan apa. Jika tidak ia pasti akan menganggu bukan sahaja anda malah juga penumpang lain.
Tuntut dan Semak Semula Bagasi.
Jika penerbangan anda akan ada transit satu malam atau setengah hari, pastikan anda telah mengasingkan pakaian dalam beg kecil yang boleh di bawa naik ke dalam kapal terbang. Jangan sampai anda perlu mengeluarkan bagasi besar dan membuatkan anda lewat dan akhirnya bergegas ke terminal seperti orang bodoh.
Light Travel
Tanpa beg dan bagasi yang besar, ia lebih memudahkan perjalanan anda tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk membawa dua tiga bagasi yang besar sedangkan ia sebenarnya tidak begitu perlu dan penting dalam perjalanan percutian anda.
Tukaran Wang Asing
Daripada bertukar mata wang tempatan dengan banyaknya sebelum memulakan perjalanan anda, anda mungkin boleh menggunakan ATM dalam rangkaian bank anda. Institusi kewangan yang besar pastinya mempunyai kadar pertukaran yang lebih baik daripada individu yang dapat menjamin keselamatan wang anda.
Lindungi Dokumen Anda
Imbas salinan semua pasport dan dokumen perjalanan anda. Kemudian simpannya ke peranti storan USB yang serasi. Anda boleh letakkan lanyard dan dibawa ke mana sahaj. Di mana sahaja anda meletakkan anda pastikan ia bukan tempat yang sama dengan pasport anda. Salah satu perkara yang menjadikan perkara ini begitu penting ialah pasaran yang pantas untuk dokumen perjalanan yang dicuri. Ini bukan hari di mana anda boleh dengan mudah menerangkan bagaimana anda indentifikasi terlibat dalam komitmen beberapa penipuan di atas tanah yang bukan negara asal anda.
Kongsi Plan & Rancangan
Jika melancong secara DIY dan dalam tempoh yang lama, daftar la dengan embassy atau pejabat konsulat yang dengan Ini akan memberi laluan kepada anda untuk dihubungi sekiranya ada kecemasan keluarga semasa anda pergi. Walau bagaimanapun, menasihatkan keluarga anda tentang apa yang menjadi kecemasan yang perlu dihubungi. Ia mungkin remeh tetapi ia sebenarnya sangat penting kecuali jika ada sesuatu yang boleh anda lakukan dari jarak waktu tertentu. Cara ini juga membolehkan anda menghubungi keluarga jika anda menghadapi kecemasan seseorang di rumah boleh membantu semasa anda berada di luar negara. Plus, ianya percuma.
Keselamatan Sepanjang Melancong?
Maklumkan agensi insurans perubatan anda bahawa anda akan mengembara keluar negara. Anda mungkin perlu membeli insuran tambahan untuk melindungi anda ketika anda melakukan perjalanan. Terdapat juga beberapa polisi kualiti yang boleh anda beli daripada pembekal bebas yang pakar dalam jenis perlindungan ini.
Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan
Pastikan anda memohon agar pihak penerbangan untuk menghubungi anda melalui e-mel, mesej teks (telefon bimbit perjalanan antarabangsa yang diperlukan dalam beberapa kes), memanggil anda dengan perubahan dalam pengaturan penerbangan anda. Ini boleh menyelamatkan saya jika berlaku sebarang kecemasan yang tidak terjangka. Maklum sahaja di negara orang, macam-macam boleh terjadi.
Minum Air Botol @ Air Mineral Semasa Perjalanan
Minta minuman botol jika anda tidak pasti sumber air. Bacalah ini untuk maklumat lanjut mengenai nasihat mengenai penggunaan air.
Relaks dan Selalu Bertenang
Anda melancong ke negara asing dan nasib anda berada di tangan orang yang belum pernah anda jumpai sebelum ini. Tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan mengenainya supaya anda dapat menikmatinya. Kehidupan adalah tentang perjalanan, dan nikmati setiap pengalaman dengan penuh terbuka.