
Ramai yang tahu mengenai amalan kitar semula,namun usaha untuk memahami kepentingannya masih terbatas. Malah ada yang menganggap ia perkara leceh kerana setiap barangan perlu diasingkan mengikut jenisnya.
Oleh itu, pendedahan terhadap amalan kitar semula khususnya perlu dilakukan tidak kira dimana sahaja kita berada. Di darat, di udara mahupun dilautan.
Terbaru, syarikat penerbangan Air New Zealand memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi mengurangkan sisa sampah dalam pesawatnya. Menurut syarikat penerbangan kebangsaan tersebut, mereka menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun. Oleh itu pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Maka tercetus idea menggunakan cawan boleh dimakan dihasilkan syarikat tempatan Twiice. Ia diperbuat menggunakan biscotti berperisa vanila dan bersifat kalis bocor dan sangat popular dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakannya pesawat Air New Zealand.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aplikasi JomParking Pilihan Alternatif Bayar Parkir Terkini Di Kuala Lumpur. Penggunaan Mesin Dah Ditamatkan

Mungkin ada yang masih keliru jika anda parkir disekitar Kuala Lumpur kerana kaedah untuk membayar parkir seperti tidak wujud. Bagi yang masih tidak tahu, cara membayar parkir di Kuala Lumpur telah diubah kepada sistem yang baru.
Warga kota boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membuat pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan sekitar ibu negara mulai 7 Oktober 2020, bagi menggantikan penggunaan mesin yang ditamatkan pada 30 September 2020 lepas.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan aplikasi itu merupakan pilihan tambahan kepada empat aplikasi mudah alih e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan M-Cash yang mula dilaksanakan mulai 1 Oktober 2020 lepas.
Permohonan baharu pas bulanan parkir pada ketika ini masih belum beroperasi, namun DBKL masih membuka permohonan untuk petak khas seperti biasa. DBKL turut memohon orang ramai supaya terus menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Jenis Barang ‘Rare’ Yang Dijual Menggunakan Mesin Layan Diri Di Jepun

Jepun memang dah terkenal dalam menghasilkan mesin layan diri yang pelik, unik dan menakjubkan. Macam-macam yang orang Jepun jual di sana daripada jual buah-buahan sampai la ada mesin yang jual seluar dalam!
Kalau nak tahu apa lagi jenis mesin layan diri di sana, entri ini akan memberikan anda kompilasi beberapa mesin layan diri yang pelik, unik dan menakjubkan yang ada di negara matahari terbit itu!
1. Mesin air Coca-Cola Ais segera
Ini bukan air Coca-Cola yang biasa tu tau. Ini air Coca-Cola yang istimewa sikit sebab anda hanya perlu menterbalikkan botol air Coca-Cola itu untuk menukarkan ia daripada air biasa kepada ais. Bestkan? Macam minum Slurpee dekat 7-Eleven.
2. Mesin jual air penambah tenaga dan kondom
Waktu berkerja di Jepun sangat lama dan kadang-kala mereka kesuntukan waktu untuk menghabiskan ‘masa-masa berkualiti’ bersama. Jadi ada mesin yang menjual air penambah tenaga dan kondom bersama untuk tujuan tersebut. On-the-go. Jepun apa ada hal.
3. Mesin jual penutup mulut untuk elakkan anda dijangkiti kuman dan bakteria
Jepun juga negara yang terkenal dengan sikap lemah-lembut dan pembersih rakyat mereka dan tidak manis disana sekiranya anda bersin dan menggunakan tisu atau sapu tangan lalu disimpan kembali ke dalam poket. Jadi untuk memudahkan urusan itu, jalan-jalan di sana ada terdapat mesin layan diri yang menjual penutup mulut supaya anda bebas menggunakan kenderaan awan dan ke mana sahaja tanpa risau mengganggu orang lain ketika menghadapi selesema.
4. Mesin jual binatang peliharaan
Mesin macam ni pun ada dekat Jepun tau. Mesin ni membolehkan anda mendapatkan binatang peliharaan kesayangan dalam masa beberapa saat sahaja. Haiwan tersebut akan diletakkan didalam kotak kaca dan mempunyai pintu di depannya. Jangan risau kerana air, makanan dan udara ada disalurkan ke setiap bekas. Jadi haiwan-haiwan itu selamat di situ. Ada tanda harga di depannya dan anda boleh pilih binatang kesayangan anda.
5. Mesin jual arak di stesen keretapi
Arak atau sake diperbuat daripada beras ini sangat popular di Jepun dan ianya boleh didapati daripada mesin layan diri di Stesen Kereta Api Niigata. Jadi kalau anda terasa nak minum sake, jangan khuatir. Ada mesin layan diri di sana yang membolehkan anda dapatkan satu shot sake dengan segera. Mesin layan diri ini juga memberikan pilihan kekuatan alkohol kepada anda.
6. Mesin jual buah epal
Di negara yang mana semua rakyat yang bergerak dengan laju dan sentiasa sibuk, agak masuk akal sekiranya anda boleh memberi beberapa barang-barang basah di mesin layan diri, lebih-lebih lagi makanan yang memberikan faedah kesihatan kepada anda. Sebagia contoh mesin layan diri yang menjual epal ini. Selain daripada buah epal, ada juga buah-buahan lain yang dijual seperti pisang, jambu, beras dan sebagainya. Apa yang menariknya adalah mesin-mesin ini dengan mudah boleh didapati di stesen-stesen kereta api di sana.
7. Mesin layan diri jual t-shirt
On the way nak pergi dating tapi baju pulak tertumpah kuah? Jangan risau, sebab ada mesin layan diri yang menjual baju! Ya, jual baju. Jadi jangan risau kalau anda ingin segera pulang sebab pergi sahaja cari mesin layan diri ini, dan anda akan dapat satu baju baharu.
8. Mesin jual sos kicap untuk masakan
Kalau anda ke Jepun, jangan salah beli ya. Kot ada yang ingat ini adalah air minum pula. Tak, ini sebenarnya sos soya yang selalu digunakan dalam masakan orang Jepun. Orang Jepun panggil benda ini sebagai dashi stock.
View this post on InstagramA post shared by ?️ (@traveltheworldyoumust) on
9. Mesin jual burger segera
Kalau benda ni ada berleluasa, maka habis la McDonald. Ini baru betul-betul fast food. Masukkan sahaja duit dan pilih, burger apa yang anda mahukan. Pop! Burger akan keluar dari lubang mesin terus kepada anda.
10. Mesin layan diri jual seluar dalam
Sama saja macam konsep baju tu tadi tap kali ni dia jual seluar dalam pulak. Ada pelbagai pilihan saiz dan warna untuk anda. Mudahkan membeli-belah di Jepun?
Nak apa lagi? Ada beratus macam benda yang di jual menggunakan mesin layan diri di Jepun. Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga menggunakan teknologi yang sama. Tapi tak boleh, rakyat Malaysia ni tak boleh tengok benda-benda macam ni. Mesin ATM dalam bank tu pun diorang boleh angkut guna 4X4, inikan pulak mesin layan diri macam ni. Pasang hari ni, esok hilang barangkali. Huhuhu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arab Saudi Umum Buka Ibadah Umrah Untuk Jemaah Luar Mulai Ogos. Syarat Kena Lengkapkan Dos Vaksin!

Nampaknya sebaik selesai musim haji 1442H, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.
Menurut laporan Gulf News yang memetik agensi berita negara, SPA, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini selesai dengan jayanya.
Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara ini, sudah dibuka semula mulai semalam.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua ahli gabungan kompeten supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.
Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Ia bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.
Sementara itu menurut ciapan dalam Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
Artikel Berkaitan:
Akhirnya Penerima Vaksin Sinovac Diterima Masuk Arab Saudi. Syaratnya Kena Ambil Dos Tambahan!
Ibadah Haji Tahun Ini Hanya Untuk Jemaah Pelbagai Negara Yang Menetap Di Arab Saudi Sahaja
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI