Aktiviti mendaki bukanlah kerana inginkan kepuasan semata-mata tetapi bertujuan mencabar kemampuan diri untuk berhadapan halangan alam sekitar terutama geografi dan cuaca. Selain itu, ia sebagai tanda kita manusia yang kerdil untuk memuji kebesaran Tuhan.
Jika Everest terkenal sebagai gunung tertinggi di dunia, Annapurna di Pokhara antara gunung paling bahaya. Ini adalah perkongsian dan catatan daripada saudara Khairul Hafiz yang berpeluang mendaki ke Annapurna Base Camp.
Ini tentang Nota Kembara abam membawa diri ke Annapurna Base Camp. Dalam siri Nota Kembara, Abam akan share kan pengalaman abam semoga boleh menjadi rujukan sesiapa yang berhajat nak ke ABC satu hari nanti perkara-perkara yang Do and Don’t, dan tidak ulang kesilapan yang abam tengah lakukan sekarang..
Pendakian hari ini, ada 2 aktiviti trekking:
6 Dec Jumaat
Pendakian 1
Gorephani-Poonhill Peak
2800m-3300m
Jarak: 2.03km
Pendakian 2
Ghorepani-Thadapani (Chuile)
2800m-2200m
Jarak: 12.52km
Berat rasaya nak bangun pagi tu. Alarm jam bunyi pada jam 4.45 pagi. Rasa malas nak keluar daripada sleeping bag. Keluar je dari sleeping bag tentu akan rasa sejuk. Tidur di guesthouse pada ketinggian 2800meter dari aras laut memang sejuk sekali. Tapi terpaksa tabahkan hati juga untuk bangun, gosok gigi dan amik wudhu dalam kesejukan. Suhu dalam 7 darjah celcius ketika tu. Kena paksa diri untuk bangun juga untuk summit attack seperti dirancang jam 5.30 pagi. Poon Hill berkedudukan 3210 meter, bermakna kami akan mendaki ketinggian kurang lebih 400 meter untuk ke puncak pada pagi itu. Waktu subuh 5.21 pagi, selesai solat subuh, bergegas tukar stoking dari stokin tidur untuk menyarung stokin hiking dan menyarung kasut.
Ingat tak pada Nota Kembara yang lepas, ada kawan abam kata, abam dah biasa ke tempat sejuk seperti di kawasan arctic di utara eropah di Lapland Sweden dan Norway atau pun Iceland, sepatutnya dah tak ada masalah sangat bila sampai di tempat sejuk, tapi abam tetap kata sejuk di gunung adalah lebih sejuk dari kawasan arctic di utara eropah, sebab apa? haa teruskan membaca.
Semasa di Lapland, suhu paling sejuk yang abam pernah sampai adalah pada -22 darjah celcius. Tapi cabaran sejuk di pergunungan ni adalah, kita perlu deal dengan limitation prasarana yang ada pada negara yang bukan kelas pertama ini. Kalau semasa di Norway, walaupun cuaca sejuk, tapi kalau kita berlari masuk ke dalam bangunan rumah atau pun kedai, kita dah boleh rasa lega, sebab dekat bangunan atau rumah tu mesti dah ada heater. Paling-paling pun lari dalam kereta, full blast heater, dalam 2 3 minit kita dah boleh rasa selesa. Kalau masa di bilik air pon mesti ada heater dan air panas dan kita akan selesa dalam segala ‘big and small business’ kita setiap hari.
Tapi, di kawasan pergunungan, semua guesthouse yang ada tiada kemudahan heater dan 100% bergantung kepada pakaian kita. Sebab tu adalah sangat crucial membawa pakaian yang seperti abam listkan dalam Nota Kembara Siri ke-3 abam. Waktu Sampai di guesthouse, dan persediaan untuk tidur bergantung kepada bagaimana kita urus antara pakaian yang kita guna semasa trekking, dan pakaian yang kita guna semasa di guesthouse atau ketika tidur. Semasa nak mandi juga, kita perlu sediakan dalam 200 Rupee untuk hot shower. Jika tidak, kenalah bertabah untuk mandi dengan sejuk yang macam air batu tu..
Semalam Sudip, guide kami pesan,
“bring whatever jacket you have, because the weather might be cold. When we start climb up, you may feel warm, then you can change to thinner jacket along the way..”
Abam pon ready lah dengan down jacket paling tebal, dengan glove wind proof dan segala kelengkapan yang ada untuk menghadapi keadaan paling sejuk.
Baru 15 minit mendaki, abam dah rasa rimas dan tak bermaya. Mungkin sebab semalam dinner awal jam 6 petang, pagi ni pukul 5.30 pagi dah start hiking, rasa lapar dan tenaga tak cukup. Akak Seri offer biskut Oreo, lepas makan sebiji dua, baru rasa bertenaga sikit untuk terus naik. Next time, better prepare food sikit sebelum summit attack. Sementara tu abam tukar jacket dari Down jacket yang paling tebal, ke jacket wind stopper, sebab abam tak rasa sejuk sangat dah, sebab masa mendaki semua badan dah generate haba dan start rasa panas. Tapi masa nak tukar tu, menahan juga la kesejukan masa buka down jacket untuk sarung wind stopper jacket.
Sepanjang perjalanan naik ke Poon Hill, dah boleh nampak cuaca hari ini sangat cantik. Alhamdulillah, bila sampai di puncak, kami disajikan view sunrise yang sangat cantik pada ketinggian 3210 meter. Turun dari Poon Hill, siap packing semua barang, dan bersarapan. Kemudian kami memulakan pendakian ke destinasi berikutnya iaitu ke Thdapani.
Trekking ke Thadapani hari ini tidaklah seteruk seperti hari semalam. Dari Ghorepani ketinggian 2800 meter, kami akan menurun ke ketinggian 2200 meter, yang mana trek kami lebih banyak menurun dan kami akan memasuki trek ke ABC. Sebelum ini, kami keluar daripda trek ke ABC sedikit kerana kami menuju ke Puncak Poon Hill dan itu menyebabkan tempoh pendakian menjadi 6 hari untuk sampai ke ABC. Jika trip terus ke ABC, pendakian boleh dilakukan dalam 4 hari sahaja.
Kami tiba di Thadapani atau lebih tepatnya di Chuile, kira-kira jam 4 petang. Seperti biasa, kami segera meminta hot shower, dalam 200 Rupee untuk bersiap membersih diri sebelum bersedia untuk makan malam.
Perjalanan esok, dari Thdapani kami akan bergerak ke Sinuwa, gambar human interest penduduk kampung antara yang terbaik sepanjang trekking abam akan kongsikan pada Nota Kembara seterusnya.
Salam Nota Kembara dari Banjaran Himalaya,
Khairul Hafiz @carrollapiez
Catatan Kembara di Chuile, Nepal.